Post time 6-2-2017 09:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dee556 replied at 6-2-2017 09:30 AM
pergi bila tu?
saya, keluarga dan rakan2 insyaallah berangkat pagi esok dengan Andalusia.
kami m ...
Jemaah Andalusia yg tiba Medina bersama kami dgn flight A380 pada 31/1 terus naik bas ke Makkah. Mereka akan ke Medina sebelum pulang. Mungkin mereka juga macam kami original patut masuk Jeddah.
Bagi kami jemaah Rayhar, itinerary bertukar dgn musuk Medina dulu, dan kemudian ke Makkah. Rayhar juga arrange yg kami akan bermalam satu malam di Medina sekali lagi sebelum pulang. Kira dpt restlah kami.
Lain TA lain perubahan itinerary mereka. Kena check dgn TA masing2. Dengar cerita, A380 akan medarat di Medina hingga April nnt.
Post time 6-2-2017 10:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Di Medina sekarang sejuuuuuk. Siapa tak tahan sejuk sila bawa track-top. Hari Jumaat lepas sebelum bertolak ke Makkah, temp 7C dan berangin kuat pada subuh. Cuaca Makkah just nice walaupun subuh. Baju biasa aje cukup.
kalau ikut surat dari Pengurus MH Chartered di MAS, penutupan terminal haji tu sehingga april.
jadi semua yg beli pakej MH chartered akan turun dan naik dari Madinah tak kira samada mereka dah pilih untuk masuk Madinah dulu atau kemudian.
aryn.............akak baru balik dari sana.
di Madinah setakat kami berada di sana dari 8.2 - 11.2.2017 memang masih sejuk terutama waktu subuh.
tengahari ada juga matahari dan terasa sedikit panas.
dalam bilik hotel tak perlu on econ.....sejukkkk.
di Mekah sejuk waktu subuh jugak.
waktu2 lain terasa angin dingin walaupun suhu sekitar 19c- 24c.
akak tak pakai pun jaket tapi ada je org pakai winter jaket yg berbulu tu
alhamdulillah.....semuanya selamat.
akak dan anak2 dapat masuk hijir ismail dan solat di sana.
sempat juga bawak makcik dan emak dia yang umur 70++ masuk ke dlm tu dan solat.
syukur sangat2....
jommmm..............kita kumpul dana untuk next trip.
alhamdulillah.......usaha dan doa.
selebihnya kuasa Allah swt.
yang paling penting, cekalkan hati.....tidak perlu fikirkan hal2 lain.
insyaallah Allah permudahkan. wallahualam
awal jugak med check up tahun ini ya.
full med check up senang cerita.......tekanan darah tu salah satu je.
bila kita pergi klinik kesihatan samada kerajaan atau swasta, mereka akan ambil blood sample.
selepas keputusan keluar, selain dari kita memang ada penyakit2 yang kita tahu dan under medication....doktor akan advise dan tulis dalam buku rekod haji kita. suntikan pun akan direkod didalam buku tersebut. suntikan tak perlu awal sangat.
macam kami hari tu.....kami ambik yang sejenis je suntikan dari klinik kerajaan kerana memang free.
another 2 ambik dari klinik swasta............tak mahal mana pun dan sesetengah klinik kena bagitau awal2 sebab mereka tak simpan vaksin tersebut.
seronoknya nak pergi haji.
rasa nak ke sana lagi stay lama macam musim haji walaupun baru je balik dari umrah 18hb hari tu.