CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladydolph

[2016] JEBAT THE MOVIE (BUKAN KERANA AKU TAK CINTA) ......

[Copy link]
Post time 25-5-2016 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 05:18 PM | Show all posts
kempunanlah kita nak gambar jebatmas berdua off screen

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 10:35 AM | Show all posts
gesel replied at 25-5-2016 05:18 PM
kempunanlah kita nak gambar jebatmas berdua off screen

kannnn...
so far mmg ada pic depa tp as usual ada je org kat tgh .......
so go figure!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 12:04 PM | Show all posts
ladydolph replied at 26-5-2016 10:35 AM
kannnn...
so far mmg ada pic depa tp as usual ada je org kat tgh .......
so go figure! {:1_550: ...

akan ada nanti ... skrg masa belum sesuai ..

bilalah tu

saka pun aihhh ... gambar selfie ramai pun nak moyan

adeeh jenuh kena puji intan permata
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 01:03 PM | Show all posts
mcm busuk je jebat dlm ni
masa dram BKATC tu nampak macho n wangi sket
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:02 AM | Show all posts
TT tumpang tepek.....



Cinta Sharnaaz & Nelydia

ke layar perak

SYED MUSSADDAD SYED MAHDI  |  05 Jun 2016 4:00 PM

TIGA tahun sudah berlalu dan dalam tempoh masa berkenaan ingatan peminat terhadap watak Jebat dan Mastura masih kekal hingga ke hari ini. Pastinya populariti yang pernah dinikmati oleh drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) masih hebat terutama melibatkan gandingan antara Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.


Bagaikan sebuah terowong masa yang tidak dapat diramal, tiada siapa yang menyangka drama bersiri yang pernah disiarkan menerusi slot Tayangan Eksklusif saluran Mustika HD ini bakal diangkat ke layar perak. Dengan garapan yang lebih menarik, intim dan penuh aksi serta menggunakan nama Jebat sebagai tajuk utama, ada sesuatu yang menarik bakal dipersembahkan melalui naskhah ini.

“Sebenarnya sudah beberapa kali saya mendengar yang ada projek istimewa yang bakal dibuat selepas fenomena BKATC termasuklah membuat telefilem sempena hari Raya Aidilfitri. Sejujurnya, saya akan menolak tawaran ini kalau mereka (penerbit) mahu menjadikan ia sebagai telefilem.

“Naskhah BKATC ini begitu besar jiwanya. Dari segi jalan cerita dan garapan hebat pengarah, semuanya sudah dibuktikan ketika tayangannya tiga tahun yang lalu. Ditambah dengan keserasian antara Jebat dan Mastura yang boleh dibawa ke layar perak. Keyakinan ini jugalah yang membuatkan saya terus bersetuju bila mahu diangkat sebagai filem.

“Lagi satu, saya yakin gandingan bersama Nelydia masih mampu menarik minat penonton setia BKATC untuk ke panggung nanti,” kata Sharnaaz memulakan cerita.

Menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik termasuklah Taiping dan Ipoh di negeri Perak, antara pelakon lain yang terlibat sama terdiri daripada Peter Davis, Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy, Rahhim Omar, Idris Khan, Louisa Chong dan Yap Chin Fong.

Tambah Sharnaaz lagi, sudah pasti dia tidak dapat menolak tawaran ini saat mengenangkan gandingan dan keserasian antara dirinya dan Nelydia yang sudah ada sejak dahulu lagi. Baginya, mereka sudah tahu cara kerja antara satu sama lain dan tidak timbul sebarang masalah di lokasi.

“Antara saya dan Nelydia mempunyai banyak persamaan. Kalau nak tahu perangai kami juga lebih kurang sama dan sebab itu lebih mudah bersama. Dahulu kami ambil masa sebulan juga untuk cari keserasian (penggambaran BKATC) dan akhirnya semua perkara jadi mudah.

“Soal gandingan bukan perkara yang boleh diambil main-main. Saya sudah melalui banyak pengalaman bergandingan dengan ramai pelakon wanita tanah air. Ada yang mudah memberikan keserasian dan tak kurang juga yang langsung tidak memberi apa-apa jiwa kepada saya.

“Lakonan bukan kerana duit semata-mata sebaliknya memerlukan penghayatan dan jiwa. Tidak mudah membina keserasian sekiranya gandingan satu lagi tak memberi. Sebab itu saya lebih menyukai pelakon seperti Nelydia yang sudah tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menolak andaian yang dia cerewet dalam memilih pasangan. Dia seboleh-bolehnya tetap akan mencari keserasian seandainya bergandingan dengan pelakon baharu memandangkan itu merupakan antara tanggungjawab yang harus dipikul.

Kepuasan

TERUJA dan dalam masa yang sama berdebar bersarang dalam jiwa pelakon ini. Bagi Nelydia pastinya dia mengharapkan filem Jebat mampu divisualkan dengan menarik memandangkan skrip hasil tulisan Nik Naemah Nik Mahir itu begitu melekat dalam jiwanya sejak kali pertama membacanya.

“Kekuatan jalan cerita dan skrip juga menjadi salah satu sebab untuk saya menerima tawaran ini. Saya tahu olahan cerita yang dibuat kali ini berlainan dengan apa yang diandaikan oleh pengikut BKATC sebelum ini.

“Ada beberapa plot yang tidak disangka-sanga yang akan membuatkan penonton suka. Perkara-perkara inilah yang menambahkan keyakinan saya yang filem Jebat akan memberikan perspektif baharu kepada penonton nanti,” tambah adik kepada Uqasha Senrose ini lagi.

Pun begitu, Nelydia mengakui yang dia banyak mencabar diri dalam beberapa babak yang memerlukan aksi lasak. Selain diseret dan diheret beberapa kali oleh Sharnaaz, dia juga akan melakukan sendiri aksi drift kereta manual kali ini.

Tambahnya, pihak produksi ada menyediakan pelakon lagak ngeri tetapi ada beberapa babak menarik membuatkan dia mahu merasai sendiri pengalaman tersebut sebagai pelajaran baharu dalam bidang lakonan secara peribadi.

“Bila bekerja untuk sebuah filem pastinya banyak perkara baharu yang saya pelajari. Saya fikir kali ini perlu membuat sendiri beberapa perkara untuk kepuasan sendiri. Setidaknya saya merasai sendiri pengalaman tersebut daripada tak mencuba langsung,” katanya.

Filem Jebat mengisahkan tentang watak Jebat dan Mastura yang menghabiskan masa di luar negara sempena dengan bulan madu. Namun begitu setelah beberapa hari di sana, beberapa perkara berlaku dan membuatkan Jebat merasai ada perkara yang tak kena sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Dia mencari helah untuk segera pulang ke sini dengan alasa kecemasan. Mastura mula curiga tetapi akur dengan kehendak suaminya. Setibanya di sini, Jebat terus ke tempat pakciknya yang juga merupakan sarang gangster yang telah lama ditinggalkan
.

Keberanian

BAGI penerbit Pena Creative Sdn. Bhd., Datuk Ziela Jalil menaruh keyakinan yang filem dengan kerjasama bersama dengan Astro bakal mempertaruhkan beberapa pembaharuan dan kesegaran berbanding dengan drama bersiri BKATC yang pernah ditayangkan.

“Pada awalnya saya sendiri tidak yakin untuk membawa naskhah ini ke layar perak memandangkan tiada pengalaman. Tetapi melalui beberapa perbincangan dengan pihak Astro, akhirnya kami bersetuju untuk menjadikannya sebuah filem.

“Peminat suka dengan gandingan antara Sharnaaz dan Nelydia. Walaupun sudah tiga tahun, orang masih bertanya bila lagi mereka mahu digandingkan sekali lagi. Jadi perkara-perkara itu yang membuatkan kami sepakat membawanya ke fasa lain.

“Tambahan pula watak Jebat begitu kuat dengan Sharnaaz yang membuatkan saya yakin peminat masih mahukannya. Jadi saya ambil cabaran dan risiko menerbitkannya,” kata Ziela ketika ditemui di Taiping, Perak sempena pelancaran filem Jebat, Isnin lalu.

Turut hadir Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Saniboey Mohd Ismail dan kru teknikal yang lain.

Tambah Ziela, garapan yang dibuat oleh Nik Naemah merupakan perspektif daripadanya dan ia bukan sama sekali kesinambungan daripada kisah BKATC yang pernah disaksikan oleh peminat sebelum ini.

“Ini adalah kisah baharu dan bukannya sambungan daripada BKATC. Jadi untuk peminat yang tidak mengikutinya dahulu pun masih boleh menonton dan memahami jalan cerita yang akan disampaikan.

“Saya yakin dengan kemampuan Jamal Khan (pengarah) untuk memberikan jiwa kepada filem ini secara keseluruhan. Dia sendiri sudah berpengalaman luas dalam penerbitan drama dan pastinya mampu memberikan yang terbaik kepada naskhah Jebat ini,” kata Ziela lagi.

Habis

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI

mussaddad.mahdi@utusan.com.my

TIGA tahun sudah berlalu dan pada tempoh berkenaan ingatan peminat terhadap watak Jebat dan Mastura masih kekal hingga ke hari ini. Pastinya populariti yang pernah dinikmati oleh drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) masih hebat terutama melibatkan gandingan antara Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Bagaikan sebuah terowong masa yang tidak dapat diramal, siapa menyangka drama bersiri yang pernah disiarkan menerusi slot Tayangan Eksklusif saluran Mustika HD ini bakal diangkat ke layar perak.

Dengan garapan yang lebih menarik, intim dan penuh aksi serta menggunakan nama Jebat sebagai judulnya, ada sesuatu yang menarik bakal dipersembahkan melalui naskhah ini.

Penerbit Pena Creative Sdn. Bhd., Datuk Ziela Jalil menaruh keyakinan yang filem kerjasama dengan Astro itu bakal menarik audiens kerana mempertaruhkan beberapa pembaharuan dan kesegaran berbanding drama bersirinya.

“Pada awalnya saya sendiri tidak yakin untuk membawa naskhah ini ke layar perak memandangkan tiada pengalaman. Tetapi melalui beberapa perbincangan dengan pihak Astro, akhirnya kami bersetuju untuk menjadikannya sebuah filem.

“Peminat suka dengan gandingan Sharnaaz dan Nelydia. Walaupun sudah tiga tahun, orang masih bertanya bila lagi mereka mahu digandingkan. Jadi perkara-perkara itu yang membuatkan kami sepakat membawanya ke fasa lain.

“Tambahan pula watak Jebat begitu kuat dengan Sharnaaz yang membuatkan saya yakin peminat masih mahukannya. Jadi saya ambil cabaran dan risiko,” kata Ziela ketika ditemui di Taiping, Perak sempena pelancaran filem itu Isnin lalu.

Turut hadir Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Saniboey Mohd Ismail dan kru teknikal yang lain.

Tambah Ziela, garapan yang dibuat oleh Nik Naemah merupakan perspektif daripadanya dan bukan kesinambungan daripada kisah BKATC yang pernah disaksikan oleh peminat sebelum ini.

“Ini adalah kisah baharu. Jadi untuk peminat yang tidak mengikutinya dahulu pun masih boleh menonton dan memahami jalan cerita yang disampaikan.

“Saya yakin dengan kemampuan pengarah Jamal Khan untuk memberikan jiwa kepada filem ini secara keseluruhan.

"Dia sendiri sudah berpengalaman luas dalam penerbitan drama dan pastinya mampu memberikan yang terbaik kepada naskhah Jebat ini,” kata Ziela lagi.

Keberanian

“Sebenarnya sudah beberapa kali saya mendengar tentang perancangan projek istimewa yang bakal dibuat selepas fenomena BKATC termasuklah membuat telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri. Sejujurnya, saya akan menolak tawaran kalau penerbit mahu menjadikannya sebagai telefilem.

“Naskhah BKATC ini begitu besar jiwanya. Dari segi jalan cerita dan garapan pengarah, semuanya sudah dibuktikan ketika tayangannya tiga tahun lalu. Dengan keserasian antara Jebat dan Mastura yang boleh dibawa ke layar perak, keyakinan ini jugalah yang membuatkan saya terus bersetuju apabila naskhah ini mahu diangkat sebagai filem.

“Saya yakin gandingan dengan Nelydia masih mampu menarik penonton setia BKATC untuk ke panggung,” kata Sharnaaz.

Menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik termasuklah Taiping dan Ipoh, Perak, antara pelakon lain yang terlibat adalah Peter Davis, Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy, Rahim Omar, Idris Khan, Louisa Chong dan Yap Chin Fong.

Tambah Sharnaaz, dia tidak mampu menolak tawaran ini saat mengenangkan gandingan dan keserasiannya dan Nelydia. Mereka sudah tahu cara kerja antara satu sama lain dan tidak timbul sebarang masalah di lokasi.

“Antara saya dan Nelydia mempunyai banyak persamaan. Kalau nak tahu perangai kami juga lebih kurang sama dan sebab itu lebih mudah bergandingan. Dahulu (ketika drama bersiri) kami ambil masa sebulan juga untuk cari keserasian dan akhirnya semua perkara jadi mudah.

“Soal gandingan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Saya sudah melalui banyak pengalaman bergandingan dengan ramai pelakon wanita tanah air. Ada yang mudah memberikan keserasian dan tak kurang juga yang langsung tidak memberi apa-apa jiwa kepada saya.

“Lakonan bukan kerana duit semata-mata sebaliknya memerlukan penghayatan dan jiwa. Tidak mudah membina keserasian sekiranya gandingan tak membantu. Sebab itu saya lebih menyukai pelakon seperti Nelydia yang sudah tahu yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga menolak andaian yang dia cerewet dalam memilih pasangan. Dia seboleh-bolehnya tetap akan mencari keserasian seandainya bergandingan dengan pelakon baharu memandangkan kerjasama itu merupakan antara tanggungjawab yang harus dipikul bersama-sama.

TERUJA dan berdebar bersarang dalam jiwa pelakon ini. Bagi Nelydia dia mengharapkan filem Jebat mampu divisualkan dengan menarik memandangkan skrip hasil tulisan Nik Naemah Nik Mahir itu melekat dalam jiwa sejak kali pertama membacanya.

“Kekuatan jalan cerita dan skrip juga menjadi salah satu sebab untuk saya menerima tawaran ini. Saya tahu olahan cerita yang dibuat kali ini berlainan dengan yang diandaikan oleh pengikut BKATC sebelum ini.

“Ada beberapa plot yang tidak disangka-sangka yang akan membuatkan penonton suka. Perkara-perkara inilah yang menambahkan keyakinan saya yang filem Jebat akan memberikan perspektif baharu kepada penonton nanti,” tambah adik kepada Uqasha Senrose ini lagi.

Pun begitu, Nelydia mengakui yang dia banyak mencabar diri dalam beberapa babak yang memerlukan aksi lasak. Selain diheret beberapa kali oleh Sharnaaz, dia juga akan melakukan sendiri aksi drift.

Tambahnya, pihak produksi ada menyediakan pelakon lagak ngeri tetapi ada beberapa babak menarik membuatkan dia mahu merasai sendiri pengalaman tersebut sebagai pelajaran baharu dalam bidang lakonan secara peribadi.

“Apabila bekerja untuk sebuah filem pastinya banyak perkara baharu yang saya pelajari. Saya fikir kali ini perlu membuat sendiri beberapa perkara untuk kepuasan diri. Setidak-tidaknya saya merasai sendiri pengalaman tersebut daripada tak mencuba langsung,” katanya.

Filem Jebat mengisahkan tentang Jebat dan Mastura yang menghabiskan masa di luar negara berbulan madu.

Namun begitu setelah beberapa hari di sana, beberapa perkara berlaku dan membuatkan Jebat merasai ada perkara yang tak kena sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Dia mencari helah untuk segera pulang dengan alasan kecemasan.

Mastura mula curiga tetapi akur dengan kehendak suaminya. Setibanya di ibu kota, Jebat terus ke tempat pakciknya yang juga merupakan sarang gengster yang telah lama ditinggalkan.

Kekuatan jalan cerita dan skrip juga menjadi salah satu sebab untuk saya menerima tawaran ini. Saya tahu olahan cerita yang dibuat kali ini berlainan dengan yang diandaikan oleh pengikut BKATC sebelum ini.
.- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.TOFDQvm9.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2016 09:17 AM | Show all posts
cam drama je . why not dramakan je . nape nak filmkn . flop flop
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 09:45 PM | Show all posts
tu la pasal..mana Mastura bertudung yg manis2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 11:35 AM | Show all posts
buat telemovie je pun sesuai kot. tak semua org follow drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 11:26 PM | Show all posts
bila la nak keluar ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 02:29 PM | Show all posts
sebenarnya movie ni dah release ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x ada je movie nya? Nabila x kasi ke? Tp cringy sgt bila sharnaz bg nama ank dia jebat. Mcm ada history antara heols n nely jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2020 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dh nmpak promo jebat the movie...lawak scene2 dia...harusss tgk ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok kt Ig trailer filem ni siap ada adegan atas katil lg... gesel gesel usah cakap ler.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 11:40 AM | Show all posts
Dah tgk cite ni hampehhh. Mcm takde hala tuju je storyline dia. Menggeletis laki bini je banyak. Shooting kat Prague tu x perlu pun takpe. Korang honeymoon jela kat Langkawi. Perabis duit jerr! Scene gaduh dgn watak jahat tu mcm kayu btol dgn dialog mat saleh celop tu mcm xde gaya nak balas dendem kesumat. Si Jebat je mengamok beria. Blerghhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 11:04 AM | Show all posts
niena90 replied at 8-9-2020 11:40 AM
Dah tgk cite ni hampehhh. Mcm takde hala tuju je storyline dia. Menggeletis laki bini je banyak. Sho ...

ye ke tak best baru plan nak tgk.......huhuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2020 04:16 PM | Show all posts
nisako replied at 9-9-2020 11:04 AM
ye ke tak best baru plan nak tgk.......huhuuuuu

Cite ni mcm xde objective dan jln cite pun longgar, tgh manja2 tetiba dtg org jahat cari gaduh. Byk kali pulak tu scene mcm tu berulang. Lps tu lgsg xde flashback kenapa la dorg tu nak bunuh sgt si Jebat ni. Watak antagonis tu alahaiii x nmpk gaya marah dendam benci kat Jebat dgn slang Britishnya pekat bukan mcm taiko gangster Cina pun. Lps tu kereta terhumban masuk gaung, sikit pun xde kesan cedera calar kat Jebat n Mas, tau2 je terselamat sihat walafiat hahaha!! Tgk je kat youtube. Utk hiburan boleh je nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelam kabut storyline die..
Tak sampai 10min sekali ade aje babak gangsterr
Watak laki bini - gangster - manja laki bini
Haaa- gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
niena90 replied at 8-9-2020 11:40 AM
Dah tgk cite ni hampehhh. Mcm takde hala tuju je storyline dia. Menggeletis laki bini je banyak. Sho ...

Betul..aku pun dh tgk...aku suker citer ni sbb lagu dia je..
Citer tah haper haper, kegedikan nelly mengingatkn aku pada haliza misbun dlm citer cinderella...menggesel je kat mat degem lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-5-2020 05:42 AM
Mcm x ada je movie nya? Nabila x kasi ke? Tp cringy sgt bila sharnaz bg nama ank dia jebat. Mcm ada  ...

Maybe die tersyok kat nelly masa shooting drama tu kot..asik gesel je kat shatnaz..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.215272 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list