CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

[Banjir]Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat Kepada 26,048 Orang

26-12-2014 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2918| Komen: 0

Description: Pasir Mas Terus Merekod Jumlah Mangsa Tertinggi Dengan 7,776 Orang Daripada 2,597 Keluarga Masih Ditempatkan Di 30 Pusat Pemindahan.
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 26,048 orang

Sebahagian daripada bandar raya Kota Bharu telah mula digenangi air ekoran kenaikan paras air di Sungai Kelantan di sini semalam.

KOTA BHARU 24 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat kepada 26,048 orang daripada 7,462 keluarga di 116 pusat pemindahan.

Hujan lebat sejak malam tadi yang berterusan sehingga pagi ini turut menyebabkan beberapa kawasan di bandar Kota Bharu mula ditenggelami air.

Keadaan semasa itu dijangka menyebabkan Kelantan lumpuh selepas semua sembilan daerah di negeri ini ditenggelami air dengan Gua Musang dan Kuala Krai paling terjejas teruk.

Di Gua Musang, jumlah mangsa terus meningkat kepada 6,927 orang daripada 1,772 keluarga di 14 pusat pemindahan diikuti Kuala Krai seramai 5,206 mangsa dengan melibatkan 1,271 keluarga.


Pasir Mas terus merekod jumlah mangsa tertinggi dengan 7,776 orang daripada 2,597 keluarga masih ditempatkan di 30 pusat pemindahan.

Tumpat pula merekodkan seramai 3,794 mangsa diikuti Tanah Merah (801 mangsa), Pasir Puteh (602 mangsa) Machang (149 mangsa), Kota Bharu (296 mangsa) dan Jeli (557 mangsa).

Sementara itu semua sungai utama di negeri ini telah melebihi paras bahaya iaitu di sungai Galas di Dabong, sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan iaitu masing-masing di Tangga Krai, Jambatan Guillemard dan Tambatan Diraja manakala sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob masih kekal berada pada paras bahaya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=848237&extra=page%3D1&page=13
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.081977 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top