CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan tiada kuasa kawal harga tiket penerbangan – Anthony Loke

25-6-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8850| Komen: 12

Description: SEPANG – Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga tiket penerbangan kerana ia bersifat dinamik dan ditentukan oleh pasaran.


SEPANG – Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga tiket penerbangan kerana ia bersifat dinamik dan ditentukan oleh pasaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya hanya mengawal harga tiket penerbangan ketika musim perayaan yang mana harga maksimum ditetapkan menerusi subsidi oleh kerajaan.

Menurut beliau, bagi harga tiket penerbangan antarabangsa, kerajaan tidak mempunyai mekanisme tertentu bagi mengawal harga penerbangan itu.

“Tiket penerbangan domestik adalah bersifat dinamik dan tidak dikawal oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Batik Air dan KIA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam yang mendakwa harga tiket penerbangan seperti tiada tanda untuk turun terutama pasca pandemik Covid-19.

Katanya, kenaikan harga tiket ini boleh diatasi dengan mewujudkan lebih banyak persaingan dan kekerapan penerbangan.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 25-6-2024 10:45 AM
Cuba lah buat something utk kawal
Org fly keluar utk melancong kang bising pulak
Quote katak hijau 25-6-2024 10:48 AM
Orang tak merasa beli tiket mahal sbb nak balik kampung, emergency, balik raya..mcm ni lah.
Sbb semua tiket flight dia gomen tanggung.
Gaji pun bersih ja tak terusik
Quote ciksom 25-6-2024 10:50 AM
Ingatkan bole report MCM akta pencatutan yg beli barang kat kedai tu
Quote ifanonline 25-6-2024 10:58 AM
sebab tu kena wujudkan banyak persaingan, kena ada price war...monopoli tak bagus utk consumer
Quote mojarean_X 25-6-2024 11:06 AM
Teringat dulu fly dari asrama 2,3 pagi
Quote rospinki 25-6-2024 11:10 AM
kena book awal 3-6 bulan awal murah sgt dah timetu
Quote rospinki 25-6-2024 11:10 AM
tapi kalu emergency mmng payahla nk dpt harga murah
Quote lanacondor 25-6-2024 11:05 PM
Begitu la.. time sblm ada kuasa ko ckp boleh buat semua benda. Konon jatuhkan najib minyak turun, ptptn xpyh byr, pelabur naik. Skg dh pegang kuasa alih2 semua xboleh. Begitu org xde ilmu di beri kuasa.
Quote sharlenetexas 25-6-2024 11:06 PM
Kalau kerajaan takde kuasa nak harapkan kepada siapa pulak?


Quote Rogue98 25-6-2024 11:50 PM
Suruh jer menteri2 n pm bayar ticket flight sendiri...nanti baru lah masing2 ada akal...mcm masa belum jadi kerajaan dulu tu...
Quote dani-rox 25-6-2024 11:58 PM
masa covid dulu merayu2 nak beroperasi, dpt loan gov setengah billion ringgit. dah senang, sambung balik cekik marhaen. poraaahhh.
Quote yoppoy 26-6-2024 01:38 AM
Naseb lagh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042620 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top