CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza, suami tunaikan badal haji arwah Huzz

28-6-2024 09:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16383| Komen: 6

Description: Keluarga kepada wartawan hiburan veteran iaitu Allahyarham Huzz bersyukur ibadah badal (upah) haji yang buat arwah selamat disempurnakan pada 15 Jun lalu.


Keluarga kepada wartawan hiburan veteran iaitu Allahyarham Huzz bersyukur ibadah badal (upah) haji yang buat arwah selamat disempurnakan pada 15 Jun lalu.

Adik kepada Huzz atau nama penuhnya Kamal Huzaini Kamaludin iaitu Nur-ul Afida berkata, ibadah haji tersebut ditaja oleh pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerusi badan kebajikan milik mereka iaitu Yayasan Nurjiwa.

“Alhamdulillah selepas 20 hari pemergian Huzz ke rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan badal haji buat arwah telah sempurna.

“Terima kasih khususnya buat Siti Nurhaliza dan suami kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz ketika menziarahi sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Afida yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut berkongsi foto sijil badal haji arwah.


Siti sebelum ini memaklumkan suaminya berhasrat untuk menaja badal haji buat Huzz ketika arwah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser usus.

Terdahulu, Huzz disahkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-7-2024 01:31 PM
Alhamdulillah.. mulia sunnguh hatimu tokti..
Quote freyayong 1-7-2024 02:37 PM
Alhamdulillah.. terima kasih siti nurhaliza
Quote hyie 1-7-2024 03:17 PM
Alhamdulillah. Eh, surndoo je benang ni ye. Haterz tertutup hijab agaknya
Quote danieladam 2-7-2024 12:38 PM
Takde sape ke kritik baju tok ti masa melawat huzz tu?
Quote Purpkehag 2-7-2024 12:39 PM
Syykur ke
Quote Purpkehag 2-7-2024 12:40 PM
Ish ..syukur le

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044589 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top