CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas PA Aliff Syukri Menangis Di Mahkamah, Tiada Duit Nak Upah Peguam

29-6-2024 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17756| Komen: 91

Description: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Melati Abdul Ghani merayu kepada hakim agar diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan khidmat peguam kerana tiada sumb ...

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Melati Abdul Ghani merayu kepada hakim agar diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan khidmat peguam kerana tiada sumber kewangan yang mencukupi.

Memetik mStar Online, Melati diarah Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk melantik peguam dalam masa sebulan susulan permohonan prosiding komital yang difailkan oleh pasangan usahawan itu.

“Disebabkan saya tiada peguam hari ini, saya merayu dengan hakim beri tempoh sebulan untuk mencari peguam. 

“Saya cakap pada peguam plaintif, kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, saya cuma nak hidup tenang. Kes ini membuatkan saya sangat tertekan. Saya bukannya orang kaya nak upah peguam sampai makan ribuan ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Melati berharap bekas majikannya itu sudi memaafkan kesalahannya serta melupakan perkara tersebut. Melati juga mengatakan nombor telefonnya disekat oleh Shahida.


“Apa yang berlaku merupakan pengajaran untuk kita, mungkin ada salah saya, sampai bila kita nak bergaduh dan memanjangkan perkara ini? Tak bolehkah kita hidup aman damai macam biasa? Saya hanya manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan.

“Kalau boleh kita luapakan perkara ini dengan kita buat hal masing-masing. Kalau kes mahkamah ini diteruskan sampai bila-bila masalah kita takkan selesai,” katanya.

Difahamkan, peguam mewakili Shahida berkata dia diarahkan anak guamnya untuk memfailkan kes berkenaan selepas pihak defenden melanggar pihak mahkamah.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 29-6-2024 01:52 PM
Rasakan lah kau kakmell..
Kalau tak, kat IG kau tu asyikkkkk lah mengata orang tu orang ni..bukan mengata tok alip je..
dah lama pun tahu kena saman kan?
tapi baru minggu ni sebelum pergi mahkamah kau nak tunjuk insaf bertelekung menangis bagai..
konon pengajaran kata kauuuu
kau kena ubah mulut kau tu dulu kakmell..
orang tua selalu kata "tengok bibir pun dah tahu mulut jahat"
skang aku tahu lah apa maksud orang dulu2 tu..
kau dengan bibir terjuih penyek kau tu bila mengata orang tak ingat dunia!
dah lah rumah kotor, jual makanan pulak tu..
dengan mengasuh anak orang ramai2 tapi kebersihan rumah tak jaga..wayar berselirat kat cabinet tv..buat nya budak2 tu terlanggar/capai ke apa habis lah kau nak menjawab..kau mengasuh pun bukan budak besar je, ada jugak baby bawah setahun..tolonglah kemas rumah tu elok2
Quote noor2 29-6-2024 02:19 PM
Siapa tahu brp umur prmbantu peribadi ni?
Quote EncikRhoma 29-6-2024 02:24 PM
noor2 replied at 29-6-2024 02:19 PM
Siapa tahu brp umur prmbantu peribadi ni?

68 tahun
Quote noor2 29-6-2024 02:25 PM
EncikRhoma replied at 29-6-2024 02:24 PM
68 tahun

Oh...tua dah dari bonda alip...
Quote divalaura 29-6-2024 02:57 PM
noor2 replied at 29-6-2024 02:19 PM
Siapa tahu brp umur prmbantu peribadi ni?

dalam 49 macam tu..sebab laki dia pun tak sampai 55 lagi
Quote virgocircus 29-6-2024 03:02 PM
Dia ni org mana? Warga atau pr?
Quote noor2 29-6-2024 03:13 PM
divalaura replied at 29-6-2024 02:57 PM
dalam 49 macam tu..sebab laki dia pun tak sampai 55 lagi

Ohh...seee nampak lagi tua dari bonda Alip syukri...umur mak alip dah 60++ kan..
Quote epuepy 29-6-2024 03:17 PM
Padan la muka. Sejenis mulut takde insurans. Kalo tak silap Dulu2 dia gak yg tag team dgn arwah wani comel buruk2 kan tok lip.
Org mcm ni mmg layak la kena saman.
Quote airmineral 29-6-2024 03:21 PM
Kenapa kena saman?
Quote beatgirlX 29-6-2024 03:23 PM
Bukan awal2 aritu mcm berlagak ke dia punya status
Quote AWEKSAMURAI 29-6-2024 03:26 PM
beatgirlX replied at 29-6-2024 03:23 PM
Bukan awal2 aritu mcm berlagak ke dia punya status

Berlagak belum tentu berduit
Quote beatgirlX 29-6-2024 03:31 PM
AWEKSAMURAI replied at 29-6-2024 03:26 PM
Berlagak belum tentu berduit

Terbukti sudahh...
Quote bottombikini 29-6-2024 03:35 PM
jap dia kena saman pasal kes yg mana
dulu2 kemain rapat eh dorang si semua
hujung2 berantakan....

tapi yg aku nak tau sgt
mana pegi odah
mcm tiba2 je hilang pada suatu ketika dulu
pastu ada yg jawab dia takde sbb dah kawen
tapi si bonda sepatah haram tak bekutik
Quote 8Queen8 29-6-2024 03:37 PM
Dulu bila mak Qayyum ambil Qayum balik, dia mengata Qayyum/ Luth Ali Al Haq dan menaibkan ibunya kan? Sampai mulut terherot herot.  I tengok hati dia hitam sangat.
Quote QueenGambit 29-6-2024 04:48 PM
Tp sedih gak kan tgk muka mintak di kasihani.
Quote Samerosie 29-6-2024 05:14 PM
Tadi lunch kat rumah mak, tv dia tengah drama si terlajak ni yg terkawin dgn shira. Tak de perasan iols tengok fonen ni terjerit2.
Quote Diamondmoney 29-6-2024 05:16 PM
Dia ni ingt dia bole menang kes. Pastu bile jadi kaya segera. Skali ambik kau


Padan muka
Quote siasia 29-6-2024 05:49 PM
Maaf tak kesian kat makcik. X payah la nk buat dialog drama makcik.. buat mcm tu seolahnya kalau aliff shukri tak tarik balik saman so aliff la yg jahat, xde simpati bla bla bla

Nk jdkan pengajaran tu mmg lah utk org lain supaya tak ngikut perangai kau makcik. Tp untuk kau sendiri hadaplah akibat dari tindakan tak matang tu.

Ni yg P. Ramlee kata nak tua pun bodoww. Lebih dulu makan garam smpai terlebih garam.
Quote Siapadia 29-6-2024 06:09 PM
Tula orang tua tua cakap, kerana mulut badan binasa

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.049636 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top