CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak 38 Tahun, Isteri Direman Sebar Maklumat Dalaman Polis

2-7-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10992| Komen: 29

Description: Seorang pelawak dan isterinya direman membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di aplikasi Telegram.


Seorang pelawak dan isterinya direman membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di aplikasi Telegram.

Perintah reman selama tiga hari kepada pelawak berusia 38 tahun dan isterinya pula selama sehari tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sumber berkata, kedua-dua mereka terdahulu ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam di Balai Polis Seksyen 9 di sini.

“Pelawak berkenaan direman tiga hari dan isterinya selama sehari,” katanya ringkas hari ini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular di sekeping gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd. Manan ke IPD tersebut dengan tulisan membabitkan IPD berkenaan. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairilhusni 2-7-2024 11:30 PM
Awal plak check in
Quote batrishia 2-7-2024 11:42 PM
siapakah pelawak itu
Quote kakasotong2 2-7-2024 11:44 PM
Mamat Sepah & wife kan.

Ada kena mengena info yg leak dekat tele ES tu ke?
Quote annehuda 2-7-2024 11:44 PM
Aku baca Mamat dari kumpulan Sepah, bini dia polis.
1000267884.jpg
Quote azimie 2-7-2024 11:46 PM
admin ES ke beliau ??
Quote Mary_jane 2-7-2024 11:48 PM
“Pelawak serta isterinya direman dua hari bagi siasat penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam di Telegram.

Ia susulan tular penyebaran foto lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman meninjau IPD terbabit.”

Mamat kena reman 3 hari, bini nya cuma sehari.
Quote babyorange 3-7-2024 12:25 AM
Tak paham..kne reman sbb sebarkn gambo lawatan pengarah logistik ke ipd? Npe ngn gambo lawatan tu? P&c ke gambo tu?
Quote rayna_raynes 3-7-2024 01:02 AM
babyorange replied at 3-7-2024 12:25 AM
Tak paham..kne reman sbb sebarkn gambo lawatan pengarah logistik ke ipd? Npe ngn gambo lawatan tu? P ...

P&C lah tu. Mungkin spot check ke apa

Quote matbad 3-7-2024 04:32 AM
Spot check selepas tele ES londeh kes apa ntah..kja lain tak buat dorg ni bnda mcm ni kalut plak nak reman bagai..yg taukey judi besar2 tak la plak dorg reman????
Quote BoongaKertas 3-7-2024 08:26 AM
kiranya mcm serius ke issue ni? siap reman bagai?
Quote lostnfaun 3-7-2024 08:35 AM
Bini mesti kena sekolah dgn bos. Pengarah tue mesti dah marah dulu dkt ocpd shah alam.

Quote DeLuna85 3-7-2024 08:44 AM
Kes apa yang dia londeh. Nak tau juga
Quote straycat 3-7-2024 08:51 AM
Comel wife dia eh... Yang si mamatnya, errmmm baiklah perlu menahan diri dari face shaming.
Quote edayildiz 3-7-2024 08:52 AM
bini dia polis kann
Quote Skyz9183 3-7-2024 09:02 AM
meols slh bca ke eh? ingat kn sbb kes sebar gmbar arwah zayn rayyan.
Quote pittjie 3-7-2024 09:16 AM
Skyz9183 replied at 3-7-2024 09:02 AM
meols slh bca ke eh? ingat kn sbb kes sebar gmbar arwah zayn rayyan.

bukan kes ES kut. Tele ES masih aktif je tu.

Quote supernaturalee 3-7-2024 02:20 PM
mcmn blh kantoi
i tot ape yg dipost di es tu tgn2 ghaib
admin die akn cover ape
so that ko selamat je nk share pape kt situ
Quote None68 3-7-2024 05:07 PM
Terjejas tak kerjaya bininya tu?
Quote melekaifc 3-7-2024 05:12 PM
check in 2 malam

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054652 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top