CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam

7-8-2014 03:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21251| Komen: 75

Description: Selepas Itu Seorang Rakan Bapa Saya Menghubungi Bapa Saya Dan Bertanyakan Tentang Saya Lalu Menyuruh Saya Pergi Berubat Kerana Dia Beritahu Ada Dikalangan Rakan Baik Cemburu Dengan Saya.

Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam


PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith  mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Talha,25, berkata, penyakut yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.

"Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.

"Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Talha berkata, dia menyedari terkena ilmu hitam pada awal tahun ketika mengusahakan sebuah perniagaan restoran di Setapak.

Perbuatan khianat itu bukan sahaja ditujukan kepadanya, malah rakan perniagaannya yang lain turut mengalami nasib yang sama.

"Ketika saya buka restoran di Setapak dahulu ada restoran lain yang kurang berpuas hati dan merasakan kami mengganggu perniagaan mereka.

"Pada mulanya isteri rakan saya yang menjaga restoran itu terkana dahulu, kemudian rakan saya pula, selepas itu saya turut mengalami kejadian yang sama iaitu hilang selera makan" ujarnya.

Tambah Talha, ketika dia belum pulih sepenuhnya dengan penyakit itu, dia sekali lagi ditimpa kejadian aneh yang dipercayai dilakukan oleh rakan artis.

Perkara tersebut katanya diketahui selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional.

"Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam berkaitan restoran itu datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.|

Selepas itu seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya.

"Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang.

"Dia kata dia cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik," katanya.

Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik.

Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 7-8-2014 12:55 AM


Foto terkini Talha Harith
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2014 01:00 AM
ni tercekik bulu ayam ke?
Quote tepisket.. 7-8-2014 01:01 AM
Paku la. Takpun pisau cukur. Kan?
Quote munchkin 7-8-2014 01:05 AM
hmmm siapo dio talha harikh ni?
Quote Orix 7-8-2014 01:12 AM
restoran pa kat setapak???
Quote RUZANA 7-8-2014 01:20 AM
dia ni kan yg dlm cerita setia hujung nyawa tu..mmg hari tu dia kurus sungguh pakai kerusi roda je..
Quote ZaraPalarae 7-8-2014 01:22 AM
Ciyannya my ghaz ni
Quote CrowneGlory 7-8-2014 01:27 AM
Talha who??
Quote enchikfitz 7-8-2014 01:46 AM
Sendu. Tapi Kesian dgn dia ni
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2014 02:39 AM
mana pergi bulu kaki dia?
Quote khaira01 7-8-2014 02:42 AM
huuu...ingatkan dia nak masuk Islam td.
ujian..ringan sikit beban dosa.
Quote 247 7-8-2014 03:11 AM
X kenal la iolss dia ni -.-
Quote malukokram 7-8-2014 03:22 AM
Ada ada..penah tgk gambo dia kurus kering..

Beza benor dari jaman dia memula belakon dulu..

Gamba terbaru hensom la pulokk!!

:lol
Quote LEGENDARY 7-8-2014 03:24 AM
ko ingat sumer orang kenal talha harith ker...
Quote nadieya 7-8-2014 05:51 AM
dia ni ke belakon cerita kusinero cinta yg pkai kerusi roda tu?
Quote maxim 7-8-2014 06:26 AM
dalam drama memburu ombak rindu ke ape ntah kt tv3 dlu mmg kurus bebenor nampak budak ni
Quote ais_kosong 7-8-2014 07:01 AM
dia nih geng juvana jugak kan?
Quote sambaldurian 7-8-2014 07:23 AM
Org melayu ni asal bukak kedai mkn je msti ade terselit citer sihir, klu kedai mkn x laku ke.betul ke x, xtaw la.tgk org cina OK je klu bukak kdai mkn dkt2.
Quote drivethru 7-8-2014 07:42 AM
Patut la skrg ni tgk dh kurus semacam. Mcm org ambil dadah jer. Rupe nye sakit terkena sihir. Dulu dlm juvana n tanah kubur xde kurus mcm skrg.

Sorang lagi yg shazwan zukifli kawan dia. Pun dh kurus. Hensem lagi mase badan berisi sikit.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065049 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top