CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana Muslimah Gayakan Skirt Labuh

9-8-2015 11:06 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 24045| Komen: 2

Description: Skirt labuh dahulunya mungkin kurang diminati kerana suatu ketika dahulu dianggap 'kuno' oleh sesetengah peminat fesyen..

Oleh Fyruz Hanna


Skirt labuh dahulunya mungkin kurang diminati kerana suatu ketika dahulu dianggap 'kuno' oleh sesetengah peminat fesyen. Namun kini tidak lagi, rata-rata muslimah di ibu kota khususnya Kuala Lumpur menggayakan trend skirt labuh ini dengan pelbagai gaya menarik sekali. Mari semak skirt-skirt yang 'INTREND' dan mungkin boleh beri anda ilham untuk bergaya.

 

Skirt Kembang Cotton

Potongan skirt kembang ini lebar dan besar. Si pemakai akan berasa selesa kerana dapat melangkah luas. Kebiasaanya, skirt ini dibuat dengan potongan 'A'. Hanya mengenakan baju T-Shirt, si pemakai akan tampil anggun sepanjang hari.

 

Skirt Lycra



Bagi yang meminati material lycra, pastinya mengetahui kain jenis ini mempunyai tekstur lembut,licin dan sejuk. Penggunakaan skirt jenis lycra ini memberi kesan lebih dramatik kerana teksturnya yang melekat dan jatuh. Si pemakai akan tampak lebih feminin apabila menggayakan skirt jenis ini. Namun, bagi mereka yang dikategorikan sebagai bertubuh gempal, seharusnya pemainan warna untuk material jenis lycra amat penting bagi memberikan efek kurus kepada si pemakai.


Skirt Tutu

 

Skirt jenis ini menggabungkan material kain yang jarang berunsur net. Skirt jenis ini kebiasaanya diberi sentuhan lining untuk memberikan impak yang menarik kepada si pemakai. Lihat sahaja gambar di atas, dengan sentuhan sedikit satin di hujung skirt, ia memberikan satu dimensi baru bagi menggayakan skirt jenis tutu ini.

 

Skirt Kembang Satin

 

Fabrik satin mempunyai jenis kain yang kelihatan berkilat. Cantik bukan?. Namun pemilihan warna harus betul untuk menggayakan skirt jenis berkilat ini, Ini kerana dengan bantuan sinaran dari sekeliling, sesetengah pemilihan warna akan nampak skirt tersebut nampak murah dan 'kampung'. Selamat mencuba

 

Skirt Chiffon

 

Penggunaan fabric chiffon tidak hanya terhad kepada penggunaan shawl sahaja. Kebiasaannya skirt jenis ini digayakan dengan penggunakaan baju yang juga dari material sama. Chiffon yang mahal akan memberi impak yang lebih menarik kerana berat kain itu akan mengalunkan skirt jatuh dengan lebih tersusun. 

27

Bagus
27

Marah
15

Terkejut
20

Sedih
29

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote setokinpurple 15-8-2015 10:08 PM
Suka kumpul skirt! Selamat tinggal jeans!
Quote biozipstar 12-8-2015 01:36 PM
i like

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046584 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top