CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pertemuan Tidak Sengaja Uqasha & Pekin Beri Aura Positif

16-2-2015 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18593| Komen: 37

Description: "Alhamdulillah Hubungan Kami Baik-Baik Sahaja Sebagai Kawan. Tidak Lebih Daripada Itu," Katanya Ketika Dihubungi Mstar Online Pada Jumaat.
Pertemuan Tidak Sengaja Uqasha & Pekin Beri Aura Positif


PETALING JAYA:
Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bersama bekas tunangnya, aktor Pekin Ibrahim bukan bererti cinta di antara mereka kembali bertaut.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23, sebaliknya berkata, gambar berkenaan bukti mereka tidak lagi bermusuhan atau menyimpan dendam terhadap kegagalan mempertahankan hubungan sebelum ini.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah. Tidak perlu lagi ia dibangkitkan.

"Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Uqasha, dia bertemu dengan Pekin secara tidak sengaja ketika menghadiri sesi fotografi berasingan di sebuah syarikat akhbar pada Jumaat.

Bagaimanapun kata Uqasha, itu bukan kali pertama mereka bertemu selepas berpisah tahun lalu tetapi pertemuan kali ini paling baik kerana mereka saling bertegur sapa untuk bertanya khabar.

"Sebelum ini kami ada bertemu di majlis-majlis hiburan tetapi hanya sekadar melambaikan tangan atau senyum sahaja.

"Tetapi pertemuan kali ini kami saling bertanya khabar dan berbual-bual mengenai filem terbaharunya, Coverina yang akan ditayangkan dipawagam tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, mereka tidak mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan kekasih kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Jelas Uqasha lagi, dia kini hanya menganggap Pekin seperti abangnya dan menghormati pemuda itu sebagai senior dalam bidang seni.

"Ia tidak mungkin berlaku. Biarlah kami kawan biasa sahaja dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Saya berharap dia akan bertemu dengan kebahagiannya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia bakal membuka sebuah syarikat produksi miliknya pada pertengahan tahun ini dan akan memfokuskan kepada penerbitan program televisyen dan drama.

Kata Uqasha, biarpun masih baharu dalam bidang seni namun itu menganggap perkara itu sebagai kekuatannya untuk terus mempelajari selok belok tentang dunia penerbitan.

"Insya-Allah jika segala-galanya berjalan lancar syarikat produksi itu akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya yang kini dikaitkan dengan pelakon Syafiq Kyle.

Sementara itu, Pekin yang dihubungi turut menjelaskan pertemuan singkatnya dengan Uqasha selepas sekian lama memberi aura positif dalam dirinya untuk melupakan semua kisah lama.

"Bidang seni ini kecil sahaja. Bermusuhan pun tidak ada gunanya dan paling penting kita masing-masing sudah meneruskan hidup," katanya.

7

Bagus
2

Marah
5

Terkejut

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 14-2-2015 12:12 PM
oo ok. nexttt
Quote lumie 14-2-2015 12:20 PM
Hihihihi... Elok lah. Ak rs lps die putus ng pekin tros xde cite psl die dh.. Klo ade pn cite biase2 je.. Ok lah
Quote Toppaz 14-2-2015 12:27 PM
x habis2 ngan gossip relation on/off dorg ni.. Asal kuar ceta anak senrose msti sal relationship ngan boypren.
Quote ecahaha 14-2-2015 12:52 PM
uqasha ni cantik n makin berseri lepas pakai tudung.. cam tak caya je umur baru 23 tahun...
Quote amiraira 14-2-2015 12:56 PM
asalkn mereka bahagia.....
Quote apiang 14-2-2015 12:59 PM
cun....muka cm tua dah.

hehhehe

tepek la gambar yg kontroversi tu woi
Quote beatgirlX 14-2-2015 01:15 PM
uqasha ni pupular dgn citer cinta je..
Quote Aya_Osman 14-2-2015 01:33 PM
ok la tu..xde gadoh2...smg jd teladan pd artis2 lain...








Quote mai-shi 14-2-2015 02:58 PM
Uqasha 23? Sebaya aku? Aku ingat lagi tua.. Lol.. Emma ok lagi kot nak kata sebaya aku.. Haha
Quote elmen 14-2-2015 03:07 PM
mana gambarnyeeee
Quote CikDaNdeLi0n 14-2-2015 03:09 PM
ooo....

matured nau muka sheols..
Quote Ferr_Remy 14-2-2015 03:12 PM
Smpat lagi pomot filem trbaru ex tunang. Gitchew
Quote animcute 14-2-2015 04:19 PM
la...cerita macam ni pun masuk paper
nampak sangat nothing interesting about malay film industry ...
Quote mattzzx 14-2-2015 04:48 PM
Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat.....
Quote maplesue 14-2-2015 06:08 PM
Uqasha ni makin cantik lepas pakai tudung.
Quote CrowneGlory 14-2-2015 06:24 PM
Cantik dia ni
Quote de_ikea 14-2-2015 08:18 PM
Sheols nmpk matured.
Quote cicicumel 15-2-2015 04:43 AM
uqasha ni dh pakai tudung tp berlakon pegang2 bukan main lagik..
ntah la i tgk sheols ni bertudung mcm xde mkna..

tp mmg sheols nmpak lagi cantik bertudung sbb bentuk muka sheols mmg x lawa kalu free hair...so bila bertudung boleh cover kekurangan itu...
Quote chinta89 15-2-2015 08:51 AM
beatgirlX replied at 14-2-2015 01:15 PM
uqasha ni pupular dgn citer cinta je..

tahu x pe.. tu je modal dia kalau kua berita.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080524 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top