CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Jelajah Lihat artikel

8 Makanan Luar Biasa Dan Pelik Di Korea

20-9-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6087| Komen: 0

Description: 8 makanan luar biasa dan pelik di Korea yang digemari oleh masyarakat di sana.
8 makanan luar biasa dan pelik di Korea yang digemari oleh masyarakat di sana.

San-nakji (sotong kurita mentah) 

Foto: Google



Sotong kurita mentah merupakan makanan yang pelik dan memualkan untuk orang negara lain tapi bukan di Korea. Tekstur kenyal daripada sotong membuatkan ia lebih memuaskan apabila dikunyah.

Beondegi (ulat sagu salai) 

Foto: Google


Di Korea, ulat sagu  merupakan makanan eksotik yang dimasak atas pot besi lama. Ulat sagu sangat popular di makanan jalanan Korea sebagai snek makanan ringan. Baunya yang sangat kuat sehingga boleh memberi ketidaksenangan kepada orang sekeliling. Namun ia mempunyai khasiat yang tersendiri seperti protein rendah lemak dan berkualiti tinggi. Beondegi boleh didapati di festival, taman dan berdekatan pusat pelancongan yang popular.


Cheonggukjang Jjigae (sup ‘mayat’) 

Foto: Google


Cheonggukjang popular dengan baunya yang sangat busuk kerana diperbuat daripada kacang soya yang diperam selama beberapa hari. Ia dipanggil “sup mayat” kerana terdapat kisah mengatakan bahawa orang Korea di Jerman masak sup ini di flat mereka, dan jiran menghubungi polis kerana takut ada mayat di apartment itu kerana baunya yang sangat busuk.

Boshintang (daging anjing) 

Foto: Google


Boshintang ialah daging anak anjing yang dijadikan sup. Ia dikatakan boleh memberi stamina kepada badan selain daripada untuk mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka. Bagaimanapun ada antara mereka yang menentang penjualan daging anjing atas belas kasihan terhadap binatang tersebut. Tidak kurang juga ada yang sudah obses dengan daging anjing kerana berfikiran daging itu sangat baik untuk kesihatan tanpa memikirkan keburukan disebalik makanan itu.

Soondae (sosej darah) 

Foto: Google


Ia kebiasaannya  menggunakan darah khinzir sebagai resepi utama. Tetapi secara tradisinya, ia mengandungi usus khinzir atau lembu yang dicampur dengan darah, nasi, sayur-sayuran dan juga mi. Ia bukanlah makanan pelik untuk orang Korea kerana dari zaman nenek moyang mereka sudah pun diperkenalkan makanan ini. Ia membekalkan kalsium dan protein untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Popular dalam kalangan belia, snek murah ini selalu ditemui di pasar tradisional Korea seperti pasar Gwajang.

Bokjili (sup ikan buntal) 

Foto: Google


Cara siang ikan buntal mestilah betul kalau tidak ia boleh membawa maut kalau dimakan. Cara masakan ikan buntal yang paling biasa disediakan oleh orang Korea ialah Bokjili. Bokjili ialah hidangan makanan laut yang boleh didapati di kawasan pantai. Ianya jauh lebih murah daripada fugu iaitu masakan dari Jepun yang juga berasaskan ikan buntal.  Selain daripada ikan buntal, sayur-sayuran, herba serta rempah ratus juga antara bahan yang diletakkan dalam hidangan sup bokjili.

Hongeo Hoe (ikan pari tapai) 

Foto: Google


Satu lagi makanan pelik di Korea ialah hongeo-hoe ataupun ikan pari tapai. Ini bukanlah hidangan untuk mengenyangkan kerana ia adalah satu cabaran yang mungkin korang selalu lihat di rancangan televisyen, contohnya rancangan realiti.  Ikan pari tidak membuang air kecil, sebaliknya ia merembeskan asid urik melalui kulitnya. Oleh sebab itu, apabila ikan pari itu ditapai, ia mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti ammonia. Menurut orang ramai, bau hongeo-hoe lagi teruk daripada rasanya, serta tidak begitu menyenangkan.

Mal-gogi (Daging Kuda) 

Foto: Google

Malgogi merupakan makanan yang sukar dihadam oleh sistem penghadaman manusia kerana tekstur dagingnya yang liat menyukarkan proses itu. Daging kuda selalunya popular dimakan secara mentah selain dibuat bbq selain boleh juga dimakan seperti sushi. Hidangan ini dianggap sebagai makanan istimewa bagi penduduk di Pulau Jeju oleh sebab ianya sangat sukar dijumpai kerana tidak ramai yang membuat servis jual beli kuda. Apa yang lagi menarik, daging kuda mempunyai banyak manfaat kesihatan dan hanya mempunyai 1/3 jumlah lemak. Selain itu, ia juga tinggi protein dan kaya dengan nutrien lain termasuk omega-3 dan asid linolenik. -CARI

Sumber: KimchiDaily

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055259 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top