CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ada Anak, Adik Beradik, Doktor Dan Jururawat," Dakwaan Taib Mahmud Diculik Tidak Masuk Akal - Razarudin

7-2-2024 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8968| Komen: 3

Description: Petaling Jaya: Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud 'diculik' kerana beliau kini selamat berada di kediamannya.

Petaling Jaya: Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud 'diculik' kerana beliau kini selamat berada di kediamannya.

Menurutnya, pihaknya ada menerima beberapa laporan (kenyataan) yang dilaporkan dalam media sosial berkaitan dakwaan Abdul Taib dilarikan.

"Laporan itu kita ambil dan siasat kerana ia bukannya daripada Pesuruhjaya Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau saya sendiri.

"Bagaimanapun, dakwaan beliau diculik tidak masuk akal kerana keberadaan Tuan Yang Terutama (Abdul Taib) di rumah. Ada anak, adik beradik, doktor dan jururawat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.


Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan Abdul Taib berada dalam keadaan selamat selepas didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta kelmarin.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-2-2024 04:25 PM
Betoi ke bini Lebanon dia nak lari?
Org Sarawak sakit hati tengok anak tiri mkn beger lap mulut guna duit.. puikkk
Quote Purplehaz 7-2-2024 04:40 PM
Diculik dari penjaga sah ker??...since dh sakit tua ni..sebelum nyanyok lantiklah penjaga Sah.Nnti kot kes dibawak lari..pastu harta harta dipindah milk pd sape yg jagenya.
Susah kalau family ada Team A team B ni.
Quote ulamalu 7-2-2024 05:26 PM
Doktor yg buat report polis tu menipu ke?  Ke ni nak control damage je.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-3-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.043197 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top