CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tong Tong Mempunyai Minda Dan Berusaha Untuk Memahami Akal Yang Diajar Oleh Manusia", Saintis China Cipta 'Kanak-Kanak AI'

9-2-2024 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47965| Komen: 8

Description: Beijing: Sekumpulan saintis China berjaya mencipta 'kanak-kanak teknologi kecerdasan buatan (AI)' pertama di dunia, entiti yang mempamerkan tingkah laku dan keupayaan yang serupa dengan kanak-kanak ma ...

Beijing: Sekumpulan saintis China berjaya mencipta 'kanak-kanak teknologi kecerdasan buatan (AI)' pertama di dunia, entiti yang mempamerkan tingkah laku dan keupayaan yang serupa dengan kanak-kanak manusia berusia tiga atau empat tahun, lapor portal Oddity Central.

Dinamakan Tong Tong atau Gadis Kecil, anak AI pertama di dunia itu dianggap sebagai langkah besar ke arah Kecerdasan Am Buatan (AGI).

Diperkenalkan pada Pameran Batasan Teknologi Kecerdasan Am Buatan, model AI yang inovatif itu dilaporkan mampu menjangkau pembelajaran autonomi dan mungkin memaparkan tahap emosi yang belum pernah dilihat dalam pembangunan AI.

Menurut penciptanya di Institut Beijing untuk Kecerdasan Am Buatan (Bigai), Tong Tong terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya melalui interaksi dengan manusia dan penerokaan.

"Tong Tong mempunyai minda dan berusaha untuk memahami akal yang diajar oleh manusia.


"Dia membezakan yang betul daripada yang salah, menyatakan sikapnya dalam pelbagai situasi, dan mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan," kata video promosi yang ditunjukkan semasa pameran itu.

Semasa pameran di Beijing itu pada bulan lalu, pelawat boleh berinteraksi dengan Tong Tong dan memerhati tingkah lakunya berdasarkan pengaturcaraannya.

Sebagai contoh, apabila diprogramkan untuk memilih persekitarannya yang kemas, avatar maya Tong Tong akan membetulkan foto yang bengkok di dinding, malah membawa bangku untuk dipanjat untuk mencapai bingkai itu, jika ia terlalu tinggi.

Jika seseorang menumpahkan susu semasa simulasi, Tong Tong akan membawa kain buruk untuk membersihkannya.

Bagaimanapun, salah satu perkara utama yang membezakan Tong Tong daripada ciptaan AI yang lain ialah dia mempunyai kuasa untuk memberikan tugas secara bebas kepada dirinya berdasarkan nilai dan cita-citanya sendiri.

Penciptanya mendakwa bahawa Tong Tong mampu belajar secara autonomi dan mempunyai perasaan gembira, marah, dan sedih, serta bertindak balas dengan sewajarnya kepada keadaan emosi orang lain.

Gadis Kecil itu juga boleh berinteraksi dengan orang ramai melalui mimik muka, gerak isyarat dan perbualan.

Pengarah Bigai, Zhu Songchun berkata, Tong Tong sedang berkembang dan bertambah baik secara berterusan.

"Untuk maju ke arah kecerdasan am buatan, kita mesti mencipta entiti yang boleh memahami dunia sebenar dan memiliki pelbagai kemahiran," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 9-2-2024 08:50 PM
AI semakin memaparkan emosi, manusia pula makin hilang kemanusiaan ( bersifat logikal / kapitalis semata seperti mesin menjana).

Teringat filem Artificial Intelligence.
Quote kemaruk 9-2-2024 08:54 PM
Tazzabar tunggu ai memiliki badan fizikal
Quote supernaturalee 10-2-2024 04:01 AM
kemaruk replied at 9-2-2024 08:54 PM
Tazzabar tunggu ai memiliki badan fizikal

Dh Ada lh
Pmx
AI gop

Quote Tinot7 10-2-2024 07:07 AM
AI wanita dewasa sudah.. kanak2 sudah.. AI lelaki dewasa sudah ka? Ka takde sambutan?
Quote sukacactus 10-2-2024 07:15 AM
Kalau kat sini tong2 tu share bayar
Quote nusaraya 10-2-2024 10:54 AM
Edited by nusaraya at 10-2-2024 10:55 AM

Semuanya itu masih kalah dengan hasil cipta atau maha karya Malaysia yang betol-betol wujud dan nyata ada...

Malaysia telah berhasil  menciptakan sebuah bangsa besar  (Bangsa Melayu Mahawangsa)  ,,, Penguasa  dan Pengasas Tamadun Alam Benua Melayu yang Maha Haibat dan juga istimewa .... Mereka juga adalah  Bangsa Suchi kerana mereka bersatus sebagai anak cucu keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah ... Hehehehe
Quote bungarose 10-2-2024 11:45 AM
Teringat movie megan
Quote Tunakimchi 10-2-2024 04:07 PM
Semua nak AI. Makin maju lah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-3-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.093991 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top