CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapalah Bernikah Dengan Budak Seperti Itu? Bukan Ada Duit Rasanya’, - Ds Vida Geram Marissa Jadi Penyondol

9-2-2024 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 57304| Komen: 82

Description: Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dengan tindakan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang bernikah dengan Ahmad Aslam secar ...

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dengan tindakan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang bernikah dengan Ahmad Aslam secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Di Instagram (IG) miliknya, Vida kesal dengan Marissa yang sanggup merosakkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain dengan menjadi isteri kedua kepada Aslam.

Kata Vida, Marissa cukup sempurna dengan anugerah kecantikan yang diberikan Allah.

Luah rasa geram lagi, ahli perniagaan berumur 52 tahun menyifatkan Aslam seorang lelaki yang tidak berduit.

"Hey! Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak seperti itu? Bukan ada duit rasanya. Tapi duit nombor dua."

"Mu (Marissa) jadi madu orang (isteri kedua), menyondol? Kenapalah? jadi madu orang (isteri kedua), menyondol." 


"Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel (kacak), boleh ambil, otak mu letak dekat lutut ke?

"Saya sebagai mak, rasa sakit. Tak tahulah mak ayah sebenar dia (Abby dan Norman) rasa macam mana. Geramnya, anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi nikah dengan suami orang. Janganlah".


Bagaimanapun, pelantun lagu Muah Muah Raya turut mendoakan agar urusan Norman dan Abby dipermudahkan dalam mengharungi dugaan anak.

Pada Rabu lalu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.

Malah usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-2-2024 05:56 PM
Ha bebel lagik, bebelllll ghasa la laharaaaannn mak maaaaakkkkk
Quote alesandra 9-2-2024 06:00 PM
Kalo cikb tu mcm mana agaknya esok2? org nak nikah sbb harta?
Quote Cyempaka 9-2-2024 06:47 PM
Apa nak buat..muka je cantik tp bodo. Pikir gatal bawah je xpikir masa depan. Muka cantik mcm tu bleh dpt org elok2 kot. Tp dah xnak pikir, xreti bersyukur.
Alih2 nanti salahkan Tuhan la tu.. dah jodoh katanya, Tuhan dah tentukan.
Quote krustykrab 9-2-2024 06:48 PM
52?
Ingat dah 60++
Quote noor2 9-2-2024 06:50 PM
Jgn ghisauuuu...cik B x mungkin terjadi...
Quote Cokoro 9-2-2024 07:09 PM
Keraih je napok bibir
Quote irvene 9-2-2024 07:16 PM
diam je lah vida. tkot esok2 jadi dkt ank ko pulak. kn cikbik kawen dgn fomfuan fuhhh.
Quote Tunakimchi 9-2-2024 07:22 PM
Nape bibir dah mcm belon?
Quote anggeriklatifah 9-2-2024 07:27 PM
Adooii tok vidaa ni..memang sealiran dgn pemikiran acik2 forommm..acik2 forum pon pikiaq begitu..

My own pendapat..biar je laaa si marissa ni dgn pilihan hidup diaa..da  iols harap dia setia laa dgm budak aslam tu..jadi biasa2 sahaja walau muka
cantikk...
Bila lagi nak tgok prmpuan muka cantik gedik mengada2 merana hidup..asyik dok tgok nasib prmpuan cantik nasib baik2 je walau perangai lahanat membirah..
So ini lah masanyaa iols nak tgok prmpuan cantik bertudung yg bitch merana hidup..its fun to me to see..giteww..
Quote Anyaa29 9-2-2024 07:59 PM
Rasa puas tgok tok vida punya bebelan….kenapa lah marissa buat mcm ni
Quote PongKang 9-2-2024 08:05 PM
Lama2 tengok berita marisa ni rasa dia pun sekufu kot dgn laki nya. Sesama takde education, sesama penunggang, sesama jalang, ok la kan neti boleh move on next story
Quote toxicated 9-2-2024 08:07 PM
Patut arituh suruh si kacak masuk minang. Kalau tau marissa gigih nak kawin awal
Quote delia3003 9-2-2024 08:09 PM
Edited by delia3003 at 9-2-2024 08:11 PM

Rugi la muka cantik, muda tapi jadi penyondol, laki budak2 takde duit pulak tu. Anak kazak muka tak lawa tu pun tau sondol laki ada duit, tak kisah la orang kata kedekut ke apa.

Sangat la tak cerdik, sia2 je usia muda muka cantik
Quote JunkMail 9-2-2024 08:21 PM
Aku rasa terganggu sangat tengok bibir tokbida
Quote jihyomelly 9-2-2024 08:27 PM
kadang2 budak2 yg merenyam ni slagi tak merasa slagi tu teringin..nanti bila dah lama baru menyesal..biar la dia nak merasa perasaan menyesal tu tak sekarang nanti2 mesti ada..
Quote Yaya04 9-2-2024 08:30 PM
Cik B nnti nikah dgn yg kaya juga ke atau yg mcm laki dania? atau Cik B tak kawin langsung? Rase Cik B tak kan berani belakangkan mak dia sbb mak dia adalah sumber duit dia.
Quote QueenIsolde 9-2-2024 09:20 PM
Yaya04 replied at 9-2-2024 08:30 PM
Cik B nnti nikah dgn yg kaya juga ke atau yg mcm laki dania? atau Cik B tak kawin langsung? Rase Cik ...

Cik B walau nmpk cm bodo2 alang gitu, tp iols rasa dia jenis cerdik & matang dalam percakapan dan buat keputusan.
Quote gideoncross 9-2-2024 09:25 PM
irvene replied at 9-2-2024 07:16 PM
diam je lah vida. tkot esok2 jadi dkt ank ko pulak. kn cikbik kawen dgn fomfuan fuhhh.

Ni lah Melesia, org lain punya hal, org lain plak yg ikut cmpur. Lgi bgus diamkn diri & xyah jdi juri utk family org lain, better jga diri sndri, lgi bgus
Quote anilanil 9-2-2024 09:27 PM
Markisah ni sama jer dgn tokvida zaman muda dulu. Nikah dgn ntah sapa2 1st husband nya. 2nd & 3rd husband pon semekin gak. Iqbal tu jer la yg kaya. Tapi takpe, bole je ikut jejak tokvida yg sering mencari cinta..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-3-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.066312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top