CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Maut Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2 Kolej Vokasional Oleh Suspek – “Mangsa Dituduh Curi RM85”

25-3-2024 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9563| Komen: 60

Description: Seorang pelajar Kolej Vokasional daerah Lahad Datu dilaporkan maut dipukul sekumpulan pelajar lain pada Jumaat lalu.


Seorang pelajar Kolej Vokasional daerah Lahad Datu dilaporkan maut dipukul sekumpulan pelajar lain pada Jumaat lalu.

Ketua Polis daerah itu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat dengan sekumpulan penghuni asrama yang lain berkaitan kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.


Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.


Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kes tersebut selain kenyataan kes yang menjelaskan kronologi kes menyayat hati tersebut.



Setakat ini, polis turut mengambil keterangan terhadap 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit selain merampas 12 telefon pintar milik suspek.

Kesemua pelajar yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan tersebut telah ditahan reman selama enam hari sehingga 29 Mac ini. – SINAR HARIAN/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 25-3-2024 01:38 PM
Eww ramainya pembunuh dlm 1 tempat. Aku hrp korg nak cari 8.50 sen nanti pun tercungap cungap bila besar nanti
Quote supernaturalee 25-3-2024 02:49 PM
17 jahanam


Quote Skuau 25-3-2024 03:11 PM
KISAH BENAR:
1.preng2 motor...dilenyek sampai mati.
2.Minum air oren kwn...ditikam sampai mati.
3.Dituduh curi rm85 dibelasah sampai mati.
Quote amyza 25-3-2024 03:31 PM
Skuau replied at 25-3-2024 03:11 PM
KISAH BENAR:
1.preng2 motor...dilenyek sampai mati.
2.Minum air oren kwn...ditikam sampai mati.

4.curi laptop, tekap dgn iron
Quote epullipan 25-3-2024 03:40 PM
sumbat semua penjara or hukum bunuh je..hidup menyusahkan orang besar nanti
Quote Sazreena 25-3-2024 04:37 PM
Yg pukul berjemaah tu eloklah duduk dalam sensiang...kalau lambat takut ramai lagi yg kena bunuh. Lagi payah kalau pembunuh tu dah kahwin dan beranak.
Quote toynme 25-3-2024 04:49 PM
selalu mcm ni tinggal bape ketui je yg tjawab...lain2 lepas
Quote nw111 25-3-2024 05:47 PM
Jahatnya bdk2 skrg... nasib anak2 i xde masuk asrama eventho me n hubby products of sbp....kalau tak i rasa i la salah sorang dr parents kerek yg asyik complain macam2 dlm wasap grp
Quote imransulaiman 25-3-2024 06:17 PM
Dah bunuh, buang dari tingkat 2 lagi?? Memang membunuh dengan niat ni!
Quote Perawankota 25-3-2024 06:35 PM
Kejadian ni dah mcm dlm drama series Astro, "Yang Tahu je Tahu". Dorg dera si Borhan, curah air panas, pastu Borhan tak mati lagi. Dorg campak Borhan dari tingkat atas bangunan sekolah.. Tapi dalam cerita tu Borhan survived..

Takutnya budak2 sekarang jahat benar2..

Quote lostnfaun 25-3-2024 08:22 PM
Budak² sekarang gila betul. Dulu kes bakar tahfiz lepastu kadet askar kena tekap iron.

Makin lama makin teruk kes buli nie.
Quote rainbowrainz 25-3-2024 08:25 PM
Iols x baca Kes ni Dan xnak baca.sbb iols sedih..kejam sgt.just nak tacang je..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan beriman.. aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Quote Momohizan 25-3-2024 08:28 PM
Edited by Momohizan at 25-3-2024 08:29 PM
toynme replied at 25-3-2024 04:49 PM
selalu mcm ni tinggal bape ketui je yg tjawab...lain2 lepas


Lain2 yang lepas tu binawe. Kat sekolah I dulu yang setan kaki pukul ni aman2 habis belajar, jadi pengawas, masuk Uni, keluar dapat kerja bagus sebab confident level memang tinggi, jadi bos jahanam toxic kat department. Sial2 ni memang hidup aman sebab pandai mengampu, manipulative. Patut setan2 ni berjodoh dengan pasangan ada HIV.
Quote Ahriman 25-3-2024 08:30 PM
Memang Jelmaan setan diorang ni.
Quote Momohizan 25-3-2024 08:33 PM
Get ready la family bebudak jahanam ni, nerakazen witch hunt family korang. Yang parent ada business tersungkur, yang parents kerja makan gaji kena pulau, yang parents kais pagi makan pagi get ready la menung panjang, otak jem.
Quote eLiaD 25-3-2024 08:35 PM
bullying would be a never ending cycle...


RiP
Quote cranell 25-3-2024 08:43 PM
sebab tu parental guide dekat game tu kena ikut. bukan biar je budak2 main game tak follow rating.

Sekarang nak menyesal dah tak guna, yang mati tak hidup kembali. yang bunuh tak boleh cuci tangan. Siap tadah punggung je la nanti dekat tempat baru tu.

Quote honeybee1802 25-3-2024 08:48 PM
Momohizan replied at 25-3-2024 08:28 PM
Lain2 yang lepas tu binawe. Kat sekolah I dulu yang setan kaki pukul ni aman2 habis belajar, jadi  ...

Agaknya bos2 toxic kt malaysia yg suka suki maki org ni pembuli la dulu ye...iols ntah takde jumpa plak pembuli..mungkin jaman iols gigirl tak reti membuli...jenis ikut geng mana yg suka la..geng surau..geng study...geng melawa...
Quote zuuu 25-3-2024 08:54 PM
Sazreena replied at 25-3-2024 04:37 PM
Yg pukul berjemaah tu eloklah duduk dalam sensiang...kalau lambat takut ramai lagi yg kena bunuh. La ...

Kes arwah farhan dh mmbuktikan sebaliknya,membunuh level iblis camtu pon last2 dapat hukuman 10 tahun gitu je penjara...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094504 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top