WASHINGTON – Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA) hari ini. “Jambatan Utama I-695 runtuh selepas dilanggar kapal,” kata MTA di platform X, merujuk kepada lebuh raya rentas negeri yang melibatkan jambatan tersebut. Justeru, MTA menggesa supaya pemandu mengelak laluan melibatkan jambatan itu yang merentasi Sungai Patapsco. Seorang jurucakap Jabatan Polis Baltimore memberitahu saluran berita NBC News bahawa terdapat pengguna jalan raya yang terjatuh ke dalam sungai. “Saya boleh mengesahkan bahawa pada pukul 1.35 pagi(waktu tempatan), polis Bandar Baltimore dimaklumkan tentang sebuah jambatan yang runtuh. Kejadian berlaku di Jambatan Utama Francis Scott,” kata Detektif Niki Fennoy. Laman pemantauan kapal, MarineTraffic memaparkan sebuah kapal kontena mengibarkan bendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan itu awal tadi. Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scoot berkata, beliau dimaklumkan tentang kemalangan itu dan usaha menyelamat sedang dilakukan. “Tolong mendoakan mereka yang terjejas,” kata Olszewski di laman X. – AFP |
dua_chzy replied at 27-3-2024 02:19 AM
Aiol pun tafaham camna dia langgar, nampak macam tergesel sikit je tapi bagaikan kertas renyuk jamba ...
noradaniez replied at 27-3-2024 12:16 AM
Komedian singapore boleh la buat lawak kapal deme langgar jambatan ni, selalu bahan malaysia je.
cikrosienona replied at 27-3-2024 05:13 AM
Jambatan ni kecik je and nipis… xbesar mcm jambatan pulau pinang and mmg bukan laluan kargo… xta ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054105 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.