PAKISTAN: Enam individu dilaporkan meninggal dunia dalam satu serangan berani mati yang merempuh konvoi jurutera China yang bekerja dalam projek empangan di barat laut Pakistan hari ini. Polis berkata, kejadian itu adalah serangan ketiga terbesar dalam tempoh seminggu terhadap kepentingan China di negara Asia Selatan. Dua serangan pertama melanda pangkalan udara dan pelabuhan strategik di wilayah barat daya Balochistan di mana China melabur berbilion-bilion dalam projek infrastruktur. Dalam kejadian itu, jurutera berkenaan dalam perjalanan dari Islamabad ke kem mereka di tapak pembinaan empangan di Dasu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut Ketua Polis Wilayah, Mohammad Ali Gandapur. "Lima warga China dan pemandu Pakistan terbunuh dalam serangan itu," kata Gandapur. Dasu adalah tapak empangan utama dan kawasan itu pernah diserang sebelum ini iaitu letupan membabitkan sebuah bas sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk sembilan warga China, pada 2021.
Jurutera China mengusahakan beberapa projek di Pakistan dengan Beijing melabur lebih AS$65 bilion (RM306.77 bilion) dalam projek infrastruktur sebagai sebahagian daripada Koridor Ekonomi China Pakistan (CPEC) di bawah inisiatif Belt and Roadnya yang lebih luas. Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan serta tiada tuntutan untuk serangan 2021. - REUTERS |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048271 second(s), 29 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.