CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shidee Tampil Perjelas Dakwaan Pukul Abang Ipar, Minta Alihkan Kaki Punca Perbalahan – ‘Demi Allah Saya Tak Salah’

2-4-2024 05:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17080| Komen: 62

Description: Penyanyi berpengalaman, Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan melibatkan dirinya dengan abang ipar di rumah ibu mentuanya pada 25 Mac lalu.


Penyanyi berpengalaman, Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan melibatkan dirinya dengan abang ipar di rumah ibu mentuanya pada 25 Mac lalu.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab berkata, pergaduhan tersebut tercetus apabila abang ipar memintanya untuk mengalihkan kaki kerana dianggap menghalang laluan.


Shidee yang sedang menghafal lagu pada ketika itu kemudiannya mempersoalkan mengapa dirinya perlu mengalihkan kaki.

"Waktu itu saya ada ‘show’ di Bangi dan pulang lewat. Saya pula balik ke rumah ibu mentua saya sebab anak saya ada di situ dan isteri saya juga sedang sarat mengandung.


"Sampai di rumah dalam pukul tiga pagi, saya terus mandi dan kemudiannya menghafal lagu. Sehinggalah satu ketika abang ipar saya keluar daripada biliknya dan meminta untuk saya mengalihkan kaki saya.

"Saya pun tanya kenapa perlu alih sebab dia boleh jalan lagi (ada ruang) tapi lepas itu saya pun alih kaki saya."

"Kemudian dia masuk ke dalam bilik air sambil merungut dan apabil dia keluar (bilik air) dia berhenti depan saya dan marah-marah."

"Saya tak tahu apa puncanya tetapi malam itu memang ada berlaku pertengkaran."

Tambah Shidee, dia kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada isterinya namun perbualan tersebut didengari abang iparnya sebelum mereka kembali bertengkar.

"Bila abang ipar saya dengar pertanyaan saya itu, dia tanya saya tak puas hati ke dengan dia? Jadi, perbalahan tersebut berlaku semula."

"Ketika pergaduhan itu berlaku, saya tak sedarlah ada luka ke, patah apa-apa ke, saya tak tahu.

"Selepas itu saya pergi ke balai polis untuk beri kenyataan mengenai pergaduhan itu dan saya ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan."

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Semuanya Sudah Terlambat’ ini menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menganggap dirinya sebagai seorang yang panas baran.

"Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah saya tak salah."

"Walaupun saya dipersalahkan dan orang kata saya tak betul, tapi percayalah Allah SWT lebih tahu segalanya."

"Saya bukan seorang yang panas baran. Kalau saya baran, tanya lah isteri saya pernah ke saya jentik dia dan anak-anak? Kalau saya baran mereka pasti teruk.

"Cuba kalau anda diprovokasi apakah tindakan anda? Anda pasti marah."

Terdahulu, Shidee ditahan reman selepas didakwa memukul abang iparnya dengan menggunakan batang besi hingga mendatangkan kecederaan pada 25 Mac lalu.

Untuk rekod, Shidee dan isterinya, Siti Fairunnisa mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Februari 2010 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Perkahwinan mereka menjadi perhatian apabila timbulnya kontroversi hubungan mereka tidak diresuti ibu mentuanya susulan jarak usia mereka yang jauh.

Sumber: Melodi TV3/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 2-4-2024 06:27 AM
Kelakar la. Kes skrg ni kes pukul. Batang besi tu bergerak pakai niat ke? Mcm budak pulak jawapan warga emas ni.
Quote matjerk 2-4-2024 06:36 AM
"Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah saya tak salah."

Dia lahirkan mcm mana?
Quote sukacactus 2-4-2024 06:46 AM
Erkkk! Dia ni kalau marah terus black out kot sampai xingat
Quote jlo 2-4-2024 07:31 AM
bahaya betul perangai baran camni..mg kalo marah dia punye mengamok sampai tak ingat
Quote babynina30 2-4-2024 07:53 AM
Kellasss atok 65yo tunggu timang anak ke5

Usah dilupa kesah cinta 3 segi , anak-mil-pacik. Mil is 6 yrs younger than him. Bini muda 22 thn dr dia.

Kes 2010 dlu, heols mcm becinta dgn mil. Sudahnya sauk anak? Pastu dok rumah mil sejak 2006. Tp kawen dgn bininya taun 2010. Teros mil buat report . B4 tu dia dok situ, kira macamana ? Dok serumah tp tak kawen ? Tumpang je ke apa ?  

Info semua dkt wiki. Hrp sesape sudi betolkn kalau info yinni salah.

Dan heols ni bujang telajok ke dlu ? Tak pernah kawen b4 dgn bini now ?
Quote LipasComel 2-4-2024 07:53 AM
still tak justify kenapa pukul org tu dgn batang besi.
Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:47 AM
statement dia x selari dengan situasi semasa. mohon cerita perkara sedetail yg mungkin nanti kat lawyer yg wakil tu tau pakcik.
Quote ihtisyam1 2-4-2024 08:51 AM
tua buat la perangai orang tua..... sabar byk skit
Quote mamajawie 2-4-2024 10:35 AM
Edited by mamajawie at 2-4-2024 10:36 AM

atok nyanyuk n bini terpaling sial..dedua perangai iblis kaki spin...ahhh bodoh la bagi statement x selari dengan apa dia buat sampai pkul dengan batang besi..apsal x kena reman lama pulak?jangan kata bini bighah tu sujud kat kaki abang soh tarik balik kes atok kertu ni
Quote mamajawie 2-4-2024 10:37 AM
matjerk replied at 2-4-2024 06:36 AM
"Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah  ...

cacat otak kot..bodoh kan statement rentua ni

Quote chandrahusin 2-4-2024 10:40 AM
aisehhh aku minat kot Shidee ni dulu2
tak sangka la perangai hauk naw
Quote Mimo.mimo 2-4-2024 11:34 AM
Takde siapa ke nak amek statement abang ipar dia? Dia pun taksedar apa dia buat.
Quote songket_merah 2-4-2024 11:56 AM
babynina30 replied at 2-4-2024 07:53 AM
Kellasss atok 65yo tunggu timang anak ke5

Usah dilupa kesah cinta 3 segi , anak-mil-pacik. Mil is 6 ...

dia pernah mengorat aleeza kassim masa jadik model video klip sayang semua susah terlambat
Quote belilies 2-4-2024 12:07 PM
matjerk replied at 2-4-2024 06:36 AM
"Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah  ...

Sebelum tu kata bukan panas baran. Cemana tu? Bongok tul.
Quote justchu 2-4-2024 12:16 PM
babynina30 replied at 2-4-2024 07:53 AM
Kellasss atok 65yo tunggu timang anak ke5

Usah dilupa kesah cinta 3 segi , anak-mil-pacik. Mil is 6 ...

semekin sangat ke sampai kena merempat rumah ex gf?
Quote ketambangkang 2-4-2024 12:28 PM
punca pergaduhan mcm budak2 siakkk
Quote babynina30 2-4-2024 12:31 PM
justchu replied at 2-4-2024 12:16 PM
semekin sangat ke sampai kena merempat rumah ex gf?

Dlm page obulan i baca tu. Exgf merangkap mil buat repot n ckp heols takde memiliki rumah   

Pastu ada heols buat statement lps tu ckp , tak bercinta dgn mil .

Tp tu lah. Same mcm kes ni. Statement semua mcm baikkk , tp 1 side story je

Delulu pakcik tuo baran ni.

Hadap pulekkkk bini nk ons dgn tuo kertu 2b, 2menet nii
Quote justchu 2-4-2024 01:10 PM
babynina30 replied at 2-4-2024 12:31 PM
Dlm page obulan i baca tu. Exgf merangkap mil buat repot n ckp heols takde memiliki rumah   

Past ...

kelakuan tak padan umurkertu sgt dah tu
biasa org muda2 je darah panas
dah tua slow down skit

ni mcm lebih pada sakit mental

Quote Purplehaz 2-4-2024 02:25 PM
Bayangkan lah kalau yg dicapai tu kapak atau pedang..mau jadi Arwah dh Abg ipar.
Btg besi dlm rumah?? ker dh siap standby??

Abg ipar pun..kerna mulut bdn binasa.
Beringat lah syaitan iblis tu mmglah diikat mase bln puasa..tp nafsu amarah syaitan tu still melekat dh dlm diri tu.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

12-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054057 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top