CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Kafir: Fadhlina Enggan Ulas Kenyataan Mufti Perlis

2-4-2024 06:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14602| Komen: 57

Description: KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek enggan mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung isu kafir yang berkait dengan beliau.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek enggan mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin berhubung isu kafir yang berkait dengan beliau.

Fadhlina sebaliknya, meminta semua pihak untuk berhenti membangkitkan perkara tersebut dan menumpukan kepada amal ibadat sempena 10 hari terakhir Ramadan.

“Saya rasa untuk Ramadan ini lebih baik kita jaga akhlak serta lipat gandakan ibadah. Kepada semua, saya pesan jangan buat fitnah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Burung Kecil di Dewan Kompleks Seri Bintang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Mufti Perlis, Mohd. Asri bahawa melarang menggunakan perkataan kafir secara salah, sangat berbeza dengan mengharamkan perkataan itu disebut.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, ia bukan kritikan kepada kerajaan tetapi kesilapan individu selain menyatakan negara memerlukan individu berkelayakan menguruskan pendidikan merangkumi anak-anak muslim dan bukan muslim.


Sementara itu, mengulas mengenai Majlis Iftar Burung Kecil, Fadhlina berkata, ia adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak kecil yang sedang berlatih untuk berpuasa.

Majlis tersebut dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama FGV Dairy Farm dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Pogram itu turut menyaksikan persembahan bacaan Hadis 40 Imam Nawawi daripada Sekolah Kebangsaan Seri Tasik bagi menghidupkan solidariti untuk Palestin. 

Loading FB Post...

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 2-4-2024 06:05 AM
Tak mampu nak jawab la tu.. Sebab memang kenyataan ko salah.
Quote Perwira2022 2-4-2024 06:16 AM
Nga Kor Meng. Dia bukan Islam dan dia bukan kafir.

Quote BartholomewKuma 2-4-2024 07:21 AM
Penulih tak letak pun title doc pada mufti perelih ni. Dia baru keluaq gua ka atau memang sengaja. Hamg boh la sikit pangkat dia bagi elok2 sikit. Bukan nak suh sebut pangkat penuh dia punnn "Profesor Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin"
Quote shamsadis 2-4-2024 07:58 AM
ada perbezaan penggunaan perkataan...

LARANGAN..

dan...

HARAM....

kena bijak sikit jadi Menteri ni, pilih ayat yang betul
Quote melekaifc 2-4-2024 08:04 AM
korang je sibuk rumah tangga dia.
Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:06 AM
meols musykil sbb word kafir tu stated dlm Quran kan? menteri2 bangnon next time boleh tak tlg cerdik sikit buat statement. rakyat nak tgk utk make sure next pilihanraya tak buat silap dah.
Quote Perwira2022 2-4-2024 08:07 AM
shamsadis replied at 2-4-2024 07:58 AM
ada perbezaan penggunaan perkataan...

LARANGAN..

Kan puak2 PH selalu sebut semasa mereka pembangkang,  syarat jadi menteri mestilah bodoh.

So sekarang dorang melaksanakan kata2 mereka sendiri.
Quote dua_chzy 2-4-2024 08:09 AM
Aku ingatkan Fadhlina mengkapirkan orang macam porumer2 terpaling syaitan dalam ni suka buat,

rupanya takat dia kongsi view dia as a mother jah.

Kenapa Melayu Semenanjung sibuk nak butthurt?
Quote dua_chzy 2-4-2024 08:10 AM
Pasal kafir ja dia kena attack sampai gini. Punya takda laif hidup masing2.
Quote Yoonggi 2-4-2024 08:39 AM
sebagai menteri, kena lebih berhati2 dlm penggunaan perkataan dlm teks ucapan.
Quote s@s@ 2-4-2024 08:58 AM
dia yang try nak jadi champion, buat statement ikut pala sendiri yg byk emosi, bila kena tegur, jom kita tumpukan 10 malam terakhir..... sejenis rider jugak ke?
Quote matseh 2-4-2024 09:12 AM
Pengajarannya, just cakap dalam bidang anda shj.
Quote rospinki 2-4-2024 09:15 AM
kuat mengampu dia ni penat la gitu salah ampu kena serang balik..haha
Quote sismarkonah 2-4-2024 09:30 AM
molek rasanya jika dia sebagai menteri menerangkan dengan lebih details bukan larikan diri bila ditegur mufti. Sebab dalam konteks isu ini, apa yang mufti cakap adalah benar sebab dia menegur atas kapasiti yang bercakap itu adalah portfolio menteri yang memegang dasar negara dalam pendidikan.

pelik pulak kak konah, mende hal kecik-kecik alam sampai jadi isu negara walhal sejak zaman berzaman kita memang masyarakat majmuk yang saling menghormati.
Quote TomyamPuteh 2-4-2024 09:41 AM
Kaki spin mcm bos dia gak la.
Quote mamajawie 2-4-2024 10:33 AM
aku tengok video ustaz somad kot memang laju je dia buat video nganjing si kaki spin ni..weyhh dalam al quran sebut perkataan kafir lebih 10x ko sapa nk ckap lelebih???baru jadi menteri da terus pandai keluar fatwa sesat yihhhhh sangat2
Quote ifanonline 2-4-2024 10:37 AM
dua_chzy replied at 2-4-2024 08:09 AM
Aku ingatkan Fadhlina mengkapirkan orang macam porumer2 terpaling syaitan dalam ni suka buat,

rupan ...

tak pandai agama jgn buat pandai2 pulak cikgu sex oi
Quote iraizz 2-4-2024 11:15 AM
matseh replied at 2-4-2024 09:12 AM
Pengajarannya, just cakap dalam bidang anda shj.

Kan...... Mengaku kalah dia dgn dr maza.. Terus senyap tak mau komen
Quote iraizz 2-4-2024 11:16 AM
mamajawie replied at 2-4-2024 10:33 AM
aku tengok video ustaz somad kot memang laju je dia buat video nganjing si kaki spin ni..weyhh dalam ...

Baik lah dia selesaikan kes2 cikgu2 yg makin birah dari sibuk nak jadi usazah tak boleh sebut kapior

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

12-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067027 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top