CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Bakal Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam

6-4-2024 05:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10302| Komen: 48

Description: SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bakal mengumumkan berita baik berhubung kenaikan gaji penjawat awam selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.


SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bakal mengumumkan berita baik berhubung kenaikan gaji penjawat awam selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.

Katanya, kenaikan itu wajar dilaksanakan susulan struktur gaji penjawat awam tidak disemak sejak sekian lama.

“Perkara ini diteliti kerana kita mendengar keluhan daripada orang ramai khususnya penjawat awam.

“Alhamdulillah kita (barisan jemaah menteri) ada kesepakatan dalam hal ini dan Insya-Allah berita baik ini akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang, selewat-lewatnya pada belanjawan tahun ini.

“Saya tidak akan bagitau bila saya akan umum. Oleh itu dengar sampai habis (pembentangan belanjawan) itu nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di UITM Pulau Pinang, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.


Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu dibuat meskipun kerajaan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan defisit perbelanjaan negara.

“Kalau ada kepincangan, itu bukan salah golongan pekerja tetapi pengurusan kerajaan.

“Sementara kita betulkan salah guna kuasa golongan pemimpin, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam ini,” katanya.

Pada Februari lalu, media melaporkan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr Adnan Mat menggesa kerajaan menyegerakan kenaikan gaji penjawat awam berikutan kedudukan gaji semasa tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup tinggi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilapor mengumumkan bahawa semakan pertama struktur gaji penjawat awam selepas 12 tahun akan dibentangkan semasa Belanjawan 2025 berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan sistem pencen bagi pekerja baharu.

Mesyuarat bersama Perdana Menteri dilapor membincang dan menimbang inisiatif-inisiatif penambahbaikan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam. 

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 6-4-2024 06:30 AM
Yela.. Punyela dari awal tahun dok canang.. Balik2 ulang kata sebelum hujung tahun akan umum
Dasar ular belit2...
Canang smapi pig can fly la..
Hujung2 sendu di angin lalu
Puihhhh

#mebudakgomen

Quote cicicumel 6-4-2024 08:52 AM
Yg skim pencen YB tu tolong umum sekali yer
Quote jazaa100 6-4-2024 09:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut naik....yg tersepit yg keja dwasta gaji min rm1500 & peniaga2 kecil.....

Quote LautBiru52 6-4-2024 09:19 AM
jazaa100 replied at 6-4-2024 09:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut  ...

Ye betul tu. Gaji gov naik je harga barang pun mesti naik. Kesian orang kerja swasta
Quote adizero11 6-4-2024 09:38 AM
Dah penjawat awam majikannya kerajaan..ko mintak laa dengan boss ko naik gaji jugak..simple..boss ko tiap tahun melancong dgn beli kereta baru rileks jerrr..tak kan gaji staff tak nak naik..
jazaa100: Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut naik....yg tersepit yg keja dwasta gaji min rm1500  ...


Quote Apoo 6-4-2024 09:44 AM
Sebab utama nak kena naik ni ialah penghapusan sistem pencen. Klu skim gaji mcm sekrg tanpa pencen, mmg x ramai akan pilih kerja gomen especially untuk tanpa ijazah.
Quote Yoonggi 6-4-2024 10:07 AM
byk kali dah ulam rasanya psl ni tp nk umum kenaikan sbnr tu lmbt lg kan? agaknya nk bg penjawat awam look fwd ler kot
Quote jazaa100 6-4-2024 10:30 AM
LautBiru52 replied at 6-4-2024 09:19 AM
Ye betul tu. Gaji gov naik je harga barang pun mesti naik. Kesian orang kerja swasta

Tun M dulu, tak semudah tu nk naikkn gaji penjawat awam sbb Tun pikir org keja swasta, org keja kg, petani, nelayan peniaga² pasar mlm semua tu akn terkesan...
Quote AnBulisia 6-4-2024 11:05 AM
dia punya ulam ulam nak umumkan tu memang mengujakan
laksana bila diumumkan, semua penjawat awam akan mengundi madanon tanpa paksa
Quote kasibiman 6-4-2024 01:57 PM
Edited by kasibiman at 6-4-2024 01:58 PM

Lah kau meratib hutang negara tang pengenalan cukai barang cikai, cukai SST naik ke 8 persen, cukai barang mewah yg kau kata nak buat tapi kau peram.

Kau bagi tarif air naik. Kau kurangkan sabsidi letrik isirumah kene bayar.

Alih2 kau nak bagi gaji lebih pulak.

Matematik kau reti ke tak ni?
Quote sharlenetexas 6-4-2024 02:00 PM
Cantik spek mata itam. Masuk masjid pun x tanggal spek itam. Kalau atok, nenek tak lekang pakai spek itam, selalunya baru keluar hospital operate mata. Doktor mata selalu kata letak butir/biji kat dalam mata.






Quote cmf_almondpecan 6-4-2024 02:10 PM
sharlenetexas replied at 6-4-2024 02:00 PM
Cantik spek mata itam. Masuk masjid pun x tanggal spek itam. Kalau atok, nenek tak lekang pakai spek ...

Ye kan. Mak sedara saya operate cataract mata kiri, pakai spek hitam. Lepas tu buat mata kanan pulak, pakai spek hitam lagi.
Quote JunkMail 6-4-2024 03:06 PM
Pokcik ni kenapa dok pakai sunglass? Sakit mata ke? Semalam aku tengok berita dia ada perjumpaan rasmi dgn pemimpin mana ntah kat dalam bangunan which I assume ialah sri perdana...pun pakai spek hitam. Kau dah kenapa pakcik??? Courtesy lah pandang mata tetamu melainkan mata kau tengah sakit which kau patut mc je supaya tak berjangkit kat orang lain.
Quote Apoo 6-4-2024 03:09 PM
jazaa100 replied at 6-4-2024 10:30 AM
Tun M dulu, tak semudah tu nk naikkn gaji penjawat awam sbb Tun pikir org keja swasta, org keja kg ...

Tun mmg kedekut. Skim gaji gomen zaman dia paling azab. Tujuan dia supaya budak2 cerdik masuk kerja swasta. Time tu kan zaman perindustrian.

Naik pak lah baru org2 gomen mewah. Lepas tu semua kerajaan pakat manjakan pekerja gomen. Maklum la, bilangan undi paling ramai.

Aku rasa PMX nak ambil hati penjawat awam balik lepas pengumuman tiada pencen ni.
Quote Tinot7 6-4-2024 03:14 PM
Nak naik baper byk ni? Bkn ka kerajaan dah takde duit?
Quote AbukRokok 6-4-2024 03:29 PM
jazaa100 replied at 6-4-2024 09:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut  ...

Potong plk subsidi ron 95... PAdU bagi 300 sebulan pun xdpt menyelamatkan dari hyperinflasi
Quote gigahertz 6-4-2024 03:35 PM
jazaa100 replied at 6-4-2024 01:14 AM
Yg nk idup kat msia ni penjawat awam je....
Bila gaji dorang naik....siaplah...brg² semua akn ikut  ...

malam ni naik la harga barang.
Quote hashashes 6-4-2024 03:35 PM
Dah naik gaji tu mohon muka acik2 dok kaunter jangan ketat sangat lah
Quote gekkou 6-4-2024 04:32 PM
naik seribu kot
bersyukurlah naik walau berapa pn
budak2 baru yang bakal join gomen sahaja yang dah x ada scheme pencen
yang sedang bekerja ni
tok sah nk meroyan tak tentu hala
kalian masih under pension scheme
jgn kata gomen kedekut pula
nk bayar pencen negera pn dah struggle benar2 ni
and tidak la tolak beribu pn
setakat few% from your total salary aje
kami swasta pn tolak benda sama

define contribution tu dah bertahun gomen nk laksanakan
bukan zaman madanon baru mula
cuma tak ada PM yang berani untuk make the decision to stop the pension scheme

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.341143 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top