CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trafik sesak lebih 18 km dari Gombak hingga Bentong

6-4-2024 06:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9950| Komen: 53

Description: PETALING JAYA – Pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi mengakibatkan trafik perlahan dan sesak lebih 18 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak sehingga Bentong.


PETALING JAYA – Pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi mengakibatkan trafik perlahan dan sesak lebih 18 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak sehingga Bentong.

Ia susulan orang ramai dilihat sudah memulakan perjalanan ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri, minggu depan.

Menurut Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Trafik, setakat pukul 6.30 petang, trafik perlahan sepanjang 13.2 km dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi.

“Kesesakan itu dilaporkan terus berlaku sepanjang 3.8 km dari Bukit Tinggi ke Lentang sebelum bersambung 1.7 km sehingga Bentong,” katanya, sebentar tadi.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik juga sedikit perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan ekoran kemalangan.

“Terdapat kemalangan di KM 153.9 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh dan di KM 14.5 arah utara dari Kempas ke Skudai. Bagaimanapun trafik lancar dan terkawal,” ujarnya.


Selain itu, katanya, aliran trafik sesak dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi ekoran kemalangan di KM 237.7 yang menyebabkan lorong kiri dan lorong tengah terhalang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 6-4-2024 08:08 AM
Bertabah la pada yang terlibat. Hati2 di jalan raya.
Quote Kitty_catz 6-4-2024 08:38 AM
udah kelik ke kumpulan kita jangan berpecah? aiols masih keja lorrr
Quote pearl.silver 6-4-2024 08:44 AM
I terfikir klu hari biasa agaknya kt kelantan tu tinggal org tua dan kanak2 saja.
Sbb bila nk raya je org muda dia sume sangkut ats jln.
Quote renko 6-4-2024 09:09 AM
tu hari bukan ke puak2 ni acah sembang kotey xmau balik selagi masalah air tak selesai
Quote adizero11 6-4-2024 09:39 AM
Kerajaan patut bina lebuhraya khas buat orang kelantan balik ke negeri dieorg tanpa masuk ke tol gombak dan highway karak..jenuhh org pahang dan terengganu terpalit sekali dgn jem berjam2..padahal lepas exit bentong kemain clear jalan..
Quote antikorok 6-4-2024 10:11 AM
adizero11 replied at 6-4-2024 09:39 AM
Kerajaan patut bina lebuhraya khas buat orang kelantan balik ke negeri dieorg tanpa masuk ke tol gom ...

Kan chuolss. Punca sebab ramai nak balik Kelate jah, lepas jah simpang ke Gua Musang tuh, magik betol teros jalan clear. Nampak nauuu yg ummah Kelate yg ramai kat Lembah Klang. Punca sebab satu jahhhh jalan nak masok ke pantai Timur, padahal lepas kuar dari tol gombak-bentong tu, situlah jalan nak ke LPT, situlah nak ke CSR, situlah nak ke Genting.
Patot laluan CSR Gua Musang tuh asing buat sendirik teros ke Lembah Klang. Tapi iolsss tak rela hutan Banjaran Titiwangsa ditarah lagik buat highway lantas menyebabkan banyak tanah runtoh, kemusnahan hutan dan kematian haiwan liar - roadkill akibat dilanggor kenderaan. Dah ler highway kat tanah ayer ni hauk namampos terowong lintasan haiwan liar pon tak bina sbb cut cost
Quote Thunderclouds 6-4-2024 10:31 AM
Kitty_catz replied at 6-4-2024 08:38 AM
udah kelik ke kumpulan kita jangan berpecah?  aiols masih keja lorrr


Belom sis
Tgh melondri lg.
Masih bkira² nk grk rini @ esk
Dh 2thn xberaya di serambi mekoh negeri lindungan tohan.
Selamat bercuti sis.
Quote Thunderclouds 6-4-2024 10:34 AM
adizero11 replied at 6-4-2024 09:39 AM
Kerajaan patut bina lebuhraya khas buat orang kelantan balik ke negeri dieorg tanpa masuk ke tol gom ...

Mana maunya.
Xblk modal perantau blk kelantan time raya jer.

- logik Lobai
Quote syamzana 6-4-2024 10:38 AM
tu diaa kata taknak blk kg...

iols balik ke trg semlm pkl 9pagi Alhamdulillah aman damai jln agak engang sampai pun awal.
tp tu pun ada excident terangkat tayar 4biji ke atas, kalut p mana tatau laju nau mazda tu pun.

bertabah la yg terlibat sama.
Quote bakingsoda 6-4-2024 10:57 AM
dah agak menipu je tak balik kg konon sbb tak mampu zaman mahaldahni
Quote ultra78 6-4-2024 11:11 AM
pearl.silver replied at 6-4-2024 08:44 AM
I terfikir klu hari biasa agaknya kt kelantan tu tinggal org tua dan kanak2 saja.
Sbb bila nk raya j ...

Golongan muda dan lepasan universiti rata-rata migrate ke negeri lain. Yang tinggal adalah penganggur,pesara gomen,budak sekolah,orang kerja kampung,orang kerja pembantu kedai,peniaga kecil dan staff gomen. Contoh brain drain paling kronik di Malaysia. Kerajaan negeri tanpa segan letak kain rentang selamat pulang kepada perantau setiap kali musim raya. Dia tak sedar yang itu menunjukkan kegagalan sendiri.
Quote SalenaGomez 6-4-2024 12:00 PM
Edited by SalenaGomez at 6-4-2024 12:02 PM

Smlm SG balik utara guna WCE, alhamdullillah x jam. Cuma make sure membuang sesiap, isi minyak full dan sediakan makanan sesiap utk berbuka, sebelum masuk WCE.

Check waze, plus highway boleh tahan jam menuju utara
Quote cmf_almondpecan 6-4-2024 12:14 PM
renko replied at 6-4-2024 09:09 AM
tu hari bukan ke puak2 ni acah sembang kotey xmau balik selagi masalah air tak selesai

Mungkin berkat diaorang tak balik ni jam berkurang jadi 18km. Kalau tak, 30km agaknya hehehe
Quote renko 6-4-2024 12:22 PM
cmf_almondpecan replied at 6-4-2024 12:14 PM
Mungkin berkat diaorang tak balik ni jam berkurang jadi 18km. Kalau tak, 30km agaknya hehehe

boleh jadi
cukurrrrrrrrrrrrr
Quote Samerosie 6-4-2024 12:29 PM
Bertabahlah pekerja2 pembersihan hiway.  Dah le tahun ni panas nak mati, ken alak kutip sampah pengotor balik kg.
Quote hashashes 6-4-2024 12:29 PM
Pakat2 balik lah deh. Orang2 born & bred kl hooray2 la skrg ni jalan lengang takde traffic jammed
Quote penmerah 6-4-2024 12:32 PM
Semalam laluan nak masuk/keluar LEKAS pun jem
I yg nak masuk simpang ke rumah pun terjebak Sama
Terus cakap kat hubby tq sbb pandai pilih I jadik Bini sbb rumah Kitorg dan both parents dekat je berlainan Taman takyah harap jem/gilir Di Hari Raya

Selamat Hari Raya semua moga selamat sampai kampung memasing
Quote Samerosie 6-4-2024 01:27 PM
hashashes replied at 6-4-2024 12:29 PM
Pakat2 balik lah deh. Orang2 born & bred kl hooray2 la skrg ni  jalan lengang takde traffic jammed ...

Mmg best tak pening nak kena service keta jalan jauh, berkongsi bilik, bilik air etc etc my mother org kl, adik beradik yg hidup semua pj or kl. Arwah my father je orang ipoh itupun dulu balik raya kedua ketiga. Adik i sorang kat pj. Sorang je kat kuantan.
Quote edayildiz 6-4-2024 01:32 PM
esk jem lg ke x? i balik esk..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.066246 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top