CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Selotep’ Bagasi Atas Bumbung Mpv Balik Raya

8-4-2024 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12176| Komen: 68

Description: PETALING JAYA – Dua hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pastinya orang ramai mula bergerak pulang ke kampung masing-masing sejak Jumaa ...


PETALING JAYA – Dua hari lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal meraikan Hari Raya Aidilfitri dan pastinya orang ramai mula bergerak pulang ke kampung masing-masing sejak Jumaat lalu.

Menariknya situasi kali ini apabila tular di media sosial dua keping gambar memaparkan beberapa bagasi dan beg diletakkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander sewaktu melalui laluan lebuh raya baru-baru ini.

Dapat dilihat juga pemilik kenderaan membalut bagasi-bagasi tersebut dengan menggunakan ‘selotep’ (pita) agar ia kukuh di atas bumbung.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik tersebut kerana mampu berfikir luar kotak agar kesemua bagasi dapat dibawa pulang ke kampung.

“Ini mesti kes nak bawa balik baju satu almari, kreatif bang oi,” seloroh Nikman.

Ada sebahagian netizen turut meninggalkan komen mempersoalkan keselamatan pengguna lain yang mengekori kenderaan tersebut.


“Kukuh kah balutan itu? Buatnya ‘selotep’ putus, mahu tergolek beg roda atas jalan. Kalau terkena kenderaan lain yang ikut belakang lagi bermasalah,” tegur Ayuni.

“Harap selamat lah beg-beg atas bumbung itu. Risau terpelanting kena cermin kereta orang lain,” kata Syahir.

“Bahaya, takut terjatuh beg. Bahaya untuk pemandu lain,” kata Eylanuddinz. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 8-4-2024 11:59 AM
bahaya la dahla ikat dgn selotep je. kalau jumpa polis/jpj mesti kena ni. gila la kalau ye pon ikatla dengan tali ke rantai besi ke.. ibarat tayar la tergolek atas jalan2 tiba2, boleh buat orang eksiden terkejut bodo la
Quote jazaa100 8-4-2024 12:03 PM
Tutup dgn kain, ikat kuat² blh lah ....
Ni salotape.....
Quote cikatilia 8-4-2024 12:09 PM
aku rasa baik dia pakai tali aje tali rapia pon ok tp byk2 kali amik hat tebal sikit..
ni mcm bila2 aje bole luruh kebawah kalau brek terlebih
Quote kepompong 8-4-2024 12:11 PM
astaga bawak la 2 kete kalau byk sgt brg tu... tak skola ke apa ni...
Quote airfilterkotor 8-4-2024 12:11 PM
Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik tersebut kerana mampu berfikir luar kotak agar kesemua bagasi dapat dibawa pulang ke kampung.


Bodo nyerr lahai rata-rata netizen.
Quote jari10 8-4-2024 12:15 PM
Bila tak merancang dgn baik gitulah jadinya..tak fikir keselamatan org lain ke
Quote She-Ra 8-4-2024 12:18 PM
ya hampunnnn.. asal boleh yekk
dia tak fikir ke ekk kalau kt highway ni walaupun ko bwk mcm kura2, angin dr kenderaan lain dan angin kt laluan highway tu sendiri kuat?
bwk brg naik 4x4 pun siap ikat guna tali khas & bungkus okay!
ini kalau terbang, mcm2 boleh jd.. kemalangan segala..
Quote syamzana 8-4-2024 12:18 PM
bongoknya tang mana kreatif tatau.
kalau jatuh kene moto/kete org lain kan haru.
bwk blk berpada laa naik mpv pun tak cukup lagi
Quote ninja boy 8-4-2024 12:25 PM
Mpv besar x mampu muatkan brg sefamily
Quote cycra 8-4-2024 12:29 PM
mpv utk bawa orang ja..beg2 kena beli van vennete
Quote Cyempaka 8-4-2024 12:43 PM
Kete je besar, otak pprt low class. Sama bengap dgn yg memuji. Kang ada yg ikut pulak. Semoga kena saman, cegah sebelum parah.
Quote amyza 8-4-2024 12:59 PM
Membahayakan nyawa pemandu lain
Quote shamsadis 8-4-2024 01:02 PM
jatuh kena motor/cermin kereta nanti...
Quote grouper 8-4-2024 01:06 PM
Klau nak tau industri penerbangan pun ada pakai duct tape klau nak wat emergency fix..ada kes diorg tampal kat sayap kapal terbang lagi...so duct tape ni mmg blh pakai tapi ada jenis dia la..
Quote zehra2 8-4-2024 01:06 PM
mungkin kereta sewa je. jd tk boleh psg mcm²
Quote otai_g 8-4-2024 01:10 PM
Bahaya. Masalahnya kalo bnd tu jatuh org lain yg kena. B40 mindset.
Quote beatgirlX 8-4-2024 01:15 PM
Memang ada risiko membahayakan pengguna jln raya yg lain..
Sb ko kat highway jln clear takkan nak tekan minyak below 60lm/j kan..
Mesti tekan laju2.. Dan kemungkinan soletip tu tercabut adacye.. Ishhh...
Quote prettyuglybabe 8-4-2024 01:16 PM
otak dah gadai buat beli xpander
Quote insulin 8-4-2024 01:20 PM
Nampak tak selamat tu.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048437 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top