CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Kongsi Bilal Sudah Pandai Baca Surah Lazim Pada Usia 3 Tahun – ‘Paling Terkejut, Dia Ingat Ayat Awal Dalam Yasin’

8-4-2024 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17818| Komen: 115

Description: Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang sudah pandai membaca beberapa surah lazim yang terkandung dalam al-Quran.


Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang sudah pandai membaca beberapa surah lazim yang terkandung dalam al-Quran.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia dan suami Haris Ismail tidak pernah mengajar mahupun memaksa anaknya itu membaca al-Quran.

Namun menganggap itu sebagai satu kelebihan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

"Alhamdulillah. Sebenarnya saya anggap itu adalah rezeki dari Allah, Bilal memang minat dengan bacaan Quran."

"Saya dan suami tidak pernah suruh atau paksa untuk baca. Memang dari kecil, kalau ada sesiapa yang baca Quran dalam rumah, Bilal akan datang dekat dan dengar.

"Budak kecil kan senang ingat dan ikut, antara surah yang di ingat beberapa surah lazim pada juzuk 30. Antara surah yang dia suka ulang, wal asr dan banyak lagi."


Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa mendedahkan dia dan Haris berasa terkejut apabila Bilal juga sudah boleh mengingati ayat awal dalam surah Yasin.

"Yang paling saya dan suami paling terkejut baru-baru ini dia ingat beberapa ayat awal dalam surah Yasin."


Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 8-4-2024 12:07 PM
Sembanggg di Bulan Ramadhan
Quote cicicumel 8-4-2024 12:08 PM
Hebat nya Bilal... Alhamdulilah
Quote aemon 8-4-2024 12:09 PM
yela..nnt 5 tahun dah juzuk 1 quran.

12 tahun dah masuk al azhar.
Quote She-Ra 8-4-2024 12:19 PM
dia tak pernah belanja video borak dgn bilal kan? ke ada?
teringin jgk nak dgr butir2 percakapan bilal
Quote cik_ingeniare 8-4-2024 12:22 PM
Alhamdulillah.. share la video.. acik teringin nak tengok kepetahan bilal
Quote Nurul_007 8-4-2024 12:23 PM
cicicumel replied at 8-4-2024 12:08 PM
Hebat nya Bilal... Alhamdulilah

kalau anak org lain misti you terus komen minta bukti kn
Quote doubleA 8-4-2024 12:24 PM
Ingatkan bilie dah khatam quran wow wow wow
Quote Nurul_007 8-4-2024 12:26 PM
mohon jeni penjilat jah komen sepatah kata.nk dgr komen jeni yg batak like/bukti  jah sembang canang je tp tk da bukti misti jeni lembam percaya je
Quote lashes 8-4-2024 12:31 PM
benda normal je tu lofa oiii..budak 3 tahun sekarang pergi playschool bukan setakat surah lazim je dah hafal solat pun dah pandai..bacaan dalam solat semua hafal..benda normal je untuk budak2 zaman sekarang
Quote Afifi82 8-4-2024 12:33 PM
Terpaling sgt.
Quote Cleocatra 8-4-2024 12:50 PM
Biley umur 10 tabun esok dah pandai bagi khutbah jemaat. Saya nak suami sangat teruja. Sejuk perut saya mengandungkan Biley
Quote amyza 8-4-2024 01:21 PM
Anak no2 dah tayang ke belum?
Quote airmineral 8-4-2024 01:25 PM
Mesti comel sebut pelat2 budak kan?
Nk tengok bidiooooooo
Quote Nozot 8-4-2024 01:29 PM
Sesungguhnya aku berpuasa
Quote DukunSentet 8-4-2024 01:39 PM
Dah tu nak pindah erab bila..ke sembang kari..so kalau xde bukti video bilie ngaji aku anggap yang nie pon sembang kari..

Quote Chah21 8-4-2024 01:56 PM
Sape yg ckp bilal 3y eh bukan ke sebaya ank syamel ngan erni.. 2y baru kn
Quote Tasikchini 8-4-2024 01:57 PM
Sembang terpaling
Quote MatDeghem 8-4-2024 02:01 PM
codenamedream replied at 8-4-2024 12:07 PM
Sembanggg di Bulan Ramadhan

Heeeiiiii......kamu dengar ini. Suara Bilal
  
[youtube]ji8lL46uKAU?si=kkOvPsT6Qy6XpAzu[/youtube]



Quote MatDeghem 8-4-2024 02:04 PM

Mak bilal triggered

[ig]https://www.instagram.com/p/C5c3l8HrdK2/[/ig]





Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059859 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top