CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Tuntut Cerai Cedera Parah Ditetak Suami

9-4-2024 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9684| Komen: 3

Description: DUNGUN – Gara-gara menuntut cerai, seorang tukang masak kantin sekolah cedera parah ditetak suaminya di Ketengah Jaya di sini kelmarin.
Gambar hiasan


DUNGUN – Gara-gara menuntut cerai, seorang tukang masak kantin sekolah cedera parah ditetak suaminya di Ketengah Jaya di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian dahi apabila ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang oleh suaminya yang berstatus penduduk tetap (PR).

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati pada mulanya suami isteri terbabit telah bertengkar.

“Suspek yang berusia 64 tahun dikatakan cemburu menyebabkan dia dan isterinya bertengkar.

“Sewaktu pertengkaran berlaku, wanita itu telah menuntut cerai menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu mengambil senjata tajam dipercayai parang sebelum menetak mangsa,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, mangsa yang mengalami luka sepanjang sembilan sentimeter pada bahagian dahi telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.


Tambah beliau, wanita tersebut yang menerima 10 jahitan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Gerakan memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut sejak digiatkan,” katanya.

Sumber  – KOSMO!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 9-4-2024 08:38 PM
Kahwin dgn Pakistan la tu kan....kena pulak pakistan tua dah tak larat kerja untuk ko kikis duit dia kan.
Quote nazurah 16-4-2024 06:49 AM
tuanya laki sheols... di hujung usia duduk dalam tirai besi, baik ko cerai jek pastu ada rejeki menikah lagi... haha
Quote PaulaFox 17-4-2024 12:31 AM
Edited by PaulaFox at 17-4-2024 12:34 AM

❤️He­lo) N­am­a say­a P­au­la, sa­ya b­erum­ur 2­3 ta­h­un) Sa­y­a se­­or­ang mo­d­el se*ks ya­ng ber­ci­ta­-cit­a tin­gg­i 18*­+) S­ay­a su­ka berg­a­mb­ar tel­*anj­an­g) Sil­a n­ila­ik­an f­ot­o s­­a­ya me­ng­g­un­ak­an pa­ut­an­ ➤ https://ja.cat/id560998

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.116652 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top