CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

10-4-2024 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31829| Komen: 12

Description: PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Isla ...


PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda menyeru orang ramai agar menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh rasa gembira.

“Beta dan isteri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.

“Mudah-mudahan, segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima olehNya,” titahnya.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda bertitah agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama meraikan bulan Syawal dengan amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan masyarakat.

“Ambillah peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita, terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.


“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat ilahi semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia,” titahnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-4-2024 12:30 AM
Wow tulisan jawi..
Quote supernaturalee 10-4-2024 01:57 AM
Wow...die senyum daaaa

Quote kakikuDibibirmu 10-4-2024 05:54 AM
Kalimah Jawi tersenyum sinis
Quote Samerosie 10-4-2024 10:22 AM
Comelnya kaler shocking pink ni.. Next yr nak kaler ni lah
Quote green~tea 10-4-2024 11:36 AM
Lawo bini nya... cantik nya....
Quote lostnfaun 10-4-2024 07:52 PM
Agong yg nie takde bt perutusan dkt tv yer..
Quote ulamalu 10-4-2024 09:50 PM
Solat raya pg tadi buat kat surau Istana Negara.
Ada berapa saf je.  Selalu Agong buat kat Masjid Negara.  Agong ni x suka mingle dgn rakyat ke?
Quote menjad 10-4-2024 10:10 PM
Beza tul ngan yang dulu. Nampak ler yg dulu lebih mesra rakyat. Yg ni agak tertutup mgkin nak privasi.
Quote cm_vungtau 10-4-2024 10:13 PM
Kenapa nak kena tulis jawi? Taknak kasi rakyat bukan islam baca ke?
Quote TOPwind 10-4-2024 10:17 PM
ulamalu replied at 10-4-2024 09:50 PM
Solat raya pg tadi buat kat surau Istana Negara.
Ada berapa saf je.  Selalu Agong buat kat Masjid N ...

Issue Security

Quote ninja boy 11-4-2024 09:12 AM
Suka tulisan jawi, atuk ai hari2 buy newspaper jawi
Quote nazurah 11-4-2024 09:20 AM
Rasanya Agong balik Johor sbb dia ada pi open house rumah MB. Rajin Agong balik kampung.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043967 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top