CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Sekeluarga Sambut Raya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini?

10-4-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16339| Komen: 77

Description: Sama seperti beberapa tahun sebelum ini, selebriti popular Noor Neelofa memaklumkan dia dan keluarganya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.



Sama seperti beberapa tahun sebelum ini, selebriti popular Noor Neelofa memaklumkan dia dan keluarganya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia akan pulang ke kampung halaman di Kelantan sekiranya berkesempatan.

"Raya tahun ini sangat simple, sama seperti beberapa tahun ke belakangan ini. Saya raya di Kuala Lumpur, tetapi jika ada kesempatan masa dan ruang untuk balik ke kampung (Kelantan) insya-Allah balik.

"Sejak musim Covid-19, memang dah raya di KL sahaja. Lagipun keluarga Haris pun berada di KL. Senang semua di sini."

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Raya Astro 2024 yang berlangsung di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail atau PU Riz itu berkata persediaan menyambut raya dilakukan dalam keadaan sederhana.


"Persediaan baju hanya sehelai sahaja, yang hari-hari seterusnya pakai baju yang sedia ada."

Sementara itu, disoal adakah peminat bakal menyaksikan wajah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas pada Syawal ini, Neelofa tidak dapat memberikan kepastian.

"Tidak tahu lagi, tengok lah bagaimana."

Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 10-4-2024 02:13 AM
Takod ain lagi ke? IMG_1379.gif
Quote slyfynx 10-4-2024 02:26 AM
Hahaha, xnk ngaku SSKJP dah ke?
Kan internesenel.
Quote Diamondmoney 10-4-2024 04:54 AM
Nobody cares
Quote codenamedream 10-4-2024 07:44 AM
Siapa Abbas?


Baba's kami kenal
1000130124.png
Quote Minyakyuyi 10-4-2024 08:11 AM
codenamedream replied at 10-4-2024 07:44 AM
Siapa Abbas?



Ala..silap tekan..sory kaka...

Tp menghiburkan pg2 raya ni
Quote amyza 10-4-2024 08:26 AM
Mcm org dah tak kisah jer.
Yg bilal dulu ramai lah excited nak tengok.

Suka tengok anak erni, comel asyik merajuk ajer syamel pun rajin melayan.
Quote cikmouse 10-4-2024 09:08 AM
Screenshot_20240402_223443.jpg
Quote nena9042 10-4-2024 09:25 AM
cikmouse replied at 10-4-2024 09:08 AM

Besar jugak dak babas ni
Anak sedara I tua few months dari dia, kecil lagi
Quote aemon 10-4-2024 10:49 AM
Seorang lopa dah jatuh misekin kah???baju satu jer
Quote Pak.dolla 10-4-2024 01:15 PM
aemon replied at 10-4-2024 02:49 AM
Seorang lopa dah jatuh misekin kah???baju satu jer

.
.
.
mungkin ya jgk sbb tu dia minta jd dj radio tu kan?
Quote AWEKSAMURAI 10-4-2024 01:28 PM
amyza replied at 10-4-2024 08:26 AM
Mcm org dah tak kisah jer.
Yg bilal dulu ramai lah excited nak tengok.


Sama mcm.adik afiya pipi oren pon org buat x kisah je
Quote jihyomelly 10-4-2024 01:58 PM
ada acik porem kesah - flip tudung sambil nyanyi lagu Alamakkkkkkk
Quote babynina30 10-4-2024 03:50 PM
Abbas lahir januari lalu ? Takkan baru 3bln abeh dh terer manjat gituu

Bkn ke abeh lahir taun lepeh nyah ?
Quote Uchelisa 10-4-2024 06:51 PM
codenamedream replied at 10-4-2024 07:44 AM
Siapa Abbas?



Quote doubleA 10-4-2024 07:11 PM
Who cares? Simpan jela abbie tu jah sampai bila2 pun no one cares
Quote Diamondmoney 10-4-2024 07:18 PM
babynina30 replied at 10-4-2024 03:50 PM
Abbas lahir januari lalu ? Takkan baru 3bln abeh dh terer manjat gituu

Bkn ke abeh lahir taun lepeh ...

Thn lepas kot abbie lahir.


Netizen tak heran abie tak kisah lg. Benak pun tak heran jgk. Cmna ni
Quote Pak.dolla 10-4-2024 09:00 PM
Edited by Pak.dolla at 10-4-2024 01:56 PM
Diamondmoney replied at 10-4-2024 11:18 AM
Thn lepas kot abbie lahir.




.
.
.
setuju...masyarakat dh x heran....

idolat pun masyarakat x heran....benang ni pun sendu hahaha

sendu se sendu sendunya kan?
Quote gideoncross 10-4-2024 09:58 PM
No one cares kekdahnya
Quote dewi_rina 10-4-2024 10:19 PM
Org lagi nak tengok muka abg Red lah dari tengok muka Dollah dgn hasbullah

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072221 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top