CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki beri makanan percuma 40 tahun di Madinah meninggal dunia

19-4-2024 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15704| Komen: 33

Description: RIYADH – Seorang warga emas lelaki yang memberikan minuman panas dan makanan percuma kepada pengunjung di kota Madinah termasuk Masjid Nabawi selama hampir empat dekad telah meninggal dunia, lapor p ...


RIYADH – Seorang warga emas lelaki yang memberikan minuman panas dan makanan  percuma kepada pengunjung di kota Madinah termasuk Masjid Nabawi selama hampir empat dekad telah meninggal dunia, lapor portal berita Gulf News kelmarin.   

Sheikh Abu Al Sebaa yang dilahirkan di bandar Hama, Syria meninggal dunia ketika berumur 96 tahun, manakala punca kematiannya tidak didedahkan.

Rutin hariannya melibatkan penyediaan kopi, teh, susu dan roti dalam kuantiti yang banyak.

Minuman dan makanan itu kemudian diagihkan dari kiosknya berhampiran Masjid Quba.

Dia juga akan membawa sejumlah besar kurma dan halia.

Dalam banyak wawancara, Sheikh  Abu berkata, dia memberikan makanan dan minuman itu ikhlas kerana Allah dan  tidak menerima  pampasan kewangan daripada mana-mana pihak. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 19-4-2024 10:59 PM
Masyaallah..besar ganjaran yg bakal arwah dpt..4 dekad tu..
Quote Carcosa 19-4-2024 11:08 PM
Fuishh. Rutin harian pulak tu. Byk nye duit arwah.
Semoga Allah memberkati roh arwah.. Aamin Aamin Aaminnnnn.
Quote acikhan 19-4-2024 11:13 PM
alfatihah,besar n byk ganjaran die dpt selama nie dari yg esa
Quote cmf_jeangrey 20-4-2024 02:16 AM
Alfatihah...besarnya ganjaran bersedekah dan bg org makan

Semoga ditempatkan bersama org beriman

Quote mejaputih 20-4-2024 07:13 AM
MasyaAllah...mesti keturunan hebat2 ni hartawan dan dermawan...
Quote any42 20-4-2024 07:20 AM
pasti pmergian yg dirindui. Al-Fatihah
Quote None68 20-4-2024 12:52 PM
Aku pun teringinlah nak kaya mcm gini boleh bantu byk orang sambil buat pekerjaan yg aku suka, memasak.
Quote antikorok 20-4-2024 12:59 PM
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta diberikan ganjaran syurga tertinggi atas amal kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya. Insya-Allah. Aamiin
Quote Kuehraya 20-4-2024 06:05 PM
MasyaAllah. Ini org yg hebat. Semoga Allah membalasnya dengan syurga
Quote slavehunter 20-4-2024 06:07 PM
Syurga menantimu uncle.
Quote dua_chzy 20-4-2024 07:03 PM
Bestnya hidup sampai 96 tahun. Sihat sampai tua pula tu I mean tua2 gitu pun dia mampu buat kerja berat gitu kan.

Generasi Wall E cam kita, umo 30-40an dah ramai kiok. Mental health pun questionable sebab asek berforom.
Quote dua_chzy 20-4-2024 07:06 PM
None68 replied at 20-4-2024 04:52 AM
Aku pun teringinlah nak kaya mcm gini boleh bantu byk orang sambil buat pekerjaan yg aku suka, memas ...

Aiol dah lama tingin buat gini tapi bila mengenangkan perangai hauk manusia terutama generasi hauk selfish entitled tempay aiol ni, aiol tak mampo ikhlaskan hati macam uncle ni.
Quote makita 21-4-2024 03:44 PM
Edited by makita at 21-4-2024 03:47 PM
None68 replied at 20-4-2024 12:52 PM
Aku pun teringinlah nak kaya mcm gini boleh bantu byk orang sambil buat pekerjaan yg aku suka, memas ...


Meh meols cadangkan kalau chuols suka memasak mcm2 leh buat. Cer check masjid kat umah chuols..hari Jumaat mesti akan ada yg bersihkan masjid pagi2.

Kat tempat meols yg bersihkan masjid acik2 pencen. Adalah dlm 10 org. Mmg pihak masjid sediakan sarapan pagi. Jadi boleh je topap kuih ke apa2 yg mampu dibuat. Mulakan dgn skala kecil je dulu. Meols dulu2 masa 2020 polish skill masak dgn serve makcik pakcik ni lah. Dah konfiden, berani bukak business. Business tu Alhamdulillah sampai skrg masih ada.

Lagi 1 kan..masa sembayang Jumaat, kat tempat meols ni ada je yg order nasi ayam dlm 50 pack dan letak kat masjid. Meols teringin nak sediakan air balang dan meehon goreng tapi tu lah tak terbuat sbbnya waktu2 tghari tu nak kene jemput anak ke sekolah.

Masa bulan posa meols hantar lah makanan yg meols reti buat. Wpon tak dpt cater utk semua org tapi adalah sikit ikut kemampuan meols
Quote dua_chzy 21-4-2024 03:45 PM
makita replied at 21-4-2024 07:44 AM
Meh meols cadangkan kalau chuols suka memasak mcm2 leh buat. Cer check masjid kat umah chuols..har ...

Bagus idea ni. Aiols approve.
Quote Mamason 21-4-2024 03:53 PM
Masya Allah hebatnya beliau...
Quote makita 21-4-2024 06:28 PM
dua_chzy replied at 21-4-2024 03:45 PM
Bagus idea ni. Aiols approve.

Hahaha ni cadangan utk yg tak berduit. Kalau berduit, order je takyah buat sendiri.
Quote Ahriman 21-4-2024 07:16 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam Takziah.
Quote Skuau 21-4-2024 08:26 PM
dua_chzy replied at 21-4-2024 03:45 PM
Bagus idea ni. Aiols approve.


sekali..muka rohingya yg sama hari2 mai..sekali muka bangla yg sama hari2 mai...terus kansel.....
Quote None68 23-4-2024 05:13 AM
makita replied at 21-4-2024 06:28 PM
Hahaha ni cadangan utk yg tak berduit. Kalau berduit, order je takyah buat sendiri.

Bukan tak berduit, kan suka masak tu.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050996 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top