CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPDN giat kumpul maklumat berhubung kartel padi, beras

22-4-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3764| Komen: 4

Description: PAPAR – Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali menyatakan pihaknya sedang giat mengumpul maklumat terperinci berkaitan kartel padi serta beras di seluruh negara.


PAPAR – Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali menyatakan pihaknya sedang giat mengumpul maklumat terperinci berkaitan kartel padi serta beras di seluruh negara.

Armizan berkata, siasatan yang akan dirangka adalah selepas memperoleh data daripada Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara.

“Memang ada (diterima) aduan (berkaitan kartel padi dan beras). Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) juga sudah mengambil tindakan atas aduan tersebut dan kita sedang mendapatkan maklumat itu.

“Oleh itu, kita sedang mendapatkan maklumat daripada Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Dengan adanya maklumat berkenaan, kita akan merangka bentuk siasatan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Armizan berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang 2024 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat hari ini.


Terdahulu, KPKM menegaskan bakal mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktivit kartel padi dan beras di negara ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 22-4-2024 09:36 PM
cuba siasat mp lain kot berlabak beras simpan
Quote Radzor 23-4-2024 08:45 AM
Edited by Radzor at 23-4-2024 08:46 AM

Anwar berkata dia memahami Syed Mokhtar mungkin masih ada baki pembayaran untuk dibuat berkaitan pembelian pegangan (bernas) itu, pada masa sama menegaskan kerajaan tidak akan benarkan "pembolotan kekayaan" oleh ahli politik dan kalangan yang dekat dengan mereka dengan "menghisap darah pesawah padi yang miskin".

"Ini yang kita katakan tata kelola (governance), bukan slogan Melayu dan Islam (sahaja) tetapi pelaksanaan (dasar)," katanya lagi.

Dec 5, 2022
Quote Tinot7 23-4-2024 04:19 PM
Yg kartel2 tu cainis ka bangsa lain?
Quote JunkMail 23-4-2024 04:23 PM
Elok elok bernas jaga pergi kacau... Taknak monopoli katanya... Hujung hujung nak bagi kartel take over... Malas aku nak carikan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039994 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top