CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKR mahu jadi gergasi sistem politik Malaysia

22-4-2024 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3996| Komen: 19

Description: SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memperkemaskan jentera di semua peringkat dan bergerak dengan lebih agresif agar muncul sebagai gergasi sistem politik Malaysia.


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memperkemaskan jentera di semua peringkat dan bergerak dengan lebih agresif agar muncul sebagai gergasi sistem politik Malaysia.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua rangka kerja Keadilan Menang 16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25) perlu dilaksanakan dengan jitu supaya matlamatnya tercapai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Pertama, jentera atau keanggotaan mesti lebih ramai, ranting mesti hidup, cabang-cabang mesti segar dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) perlu lebih aktif.

“Hebat sebagaimana laungan dan benar perjuangan kita. Namun, sekiranya tidak disusun rapi, kita akan tawan dengan mereka yang laksanakan slogan hidup Melayu atau laksanakan Islam walaupun kita rekod mereka hambar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan selain turut meluncurkan dokumen KEMAS16 dan POP25 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.


Anwar yang juga Perdana Menteri memaklumkan akan melakukan pemantauan terhadap gerak kerja partinya itu sama ada di semua peringkat.

“Saya telah minta beberapa teman untuk membantu saya di pejabat, untuk bantu jentera-jentera yang ada supaya memberi maklumat dan memantau secara dekat pelaksanaan baik di peringkat negeri, cabang dan ranting.

“Harap semua beri kerjasama kepada mereka dan ambil langkah mengikut jadualnya,” ujarnya. 

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaseh80 22-4-2024 09:30 AM

Mimpi tak Sudah
Quote honam 22-4-2024 10:11 AM
terbaikkk hidup pkr
Quote cashewnut 22-4-2024 04:32 PM
Hoi hoya hoi. Ini berita paling kelakar.
Quote Skuau 22-4-2024 05:43 PM
Saiya ulang jer la sampai AJM.
Quote Nenasketum 22-4-2024 07:34 PM
Warga woke memang perasan namatey.
Quote MissYouSayang 22-4-2024 09:14 PM
Peegayar ni parti jubo lembuu la
Quote Firenzza 22-4-2024 09:36 PM
Quote Minami2013 22-4-2024 11:11 PM
Baca tajuk je.. i tk baca artikel. Cuma nk tulis.. dalam mimpi je la. Lepas ni terkubur terus kalo masih lagi pimpinan top nye org yg sama.
Quote BoongaKertas 23-4-2024 07:41 AM
wanita bernama dr wan azizah ni built different kan? kagum dgn sheols. shes so strong! iols bukan team laki sheols, just sheols saja yg iols admire.
Quote B40tastePosh 23-4-2024 07:43 AM
Edited by B40tastePosh at 23-4-2024 07:47 AM

Hidup Hidup... Hidup PKR (Melayu)

Urip Urip.. Urip PKR (Jawa)

Idup Idup...Idup PKR (Iban)

Tuo Tuo...Tuo PKR (Bugis)
Quote grouper 23-4-2024 07:58 AM
Next pru berkubur
Quote copy_paste 23-4-2024 08:04 AM
aku sebenarnya pelik,kat sosmed mana2 pun menampakkan  xbyk sokongan,
tapi masa pilihanraya mesti menang besar,
Quote Radzor 23-4-2024 08:11 AM
pkr is about anuar
Quote Radzor 23-4-2024 08:12 AM
BoongaKertas replied at 23-4-2024 07:41 AM
wanita bernama dr wan azizah ni built different kan? kagum dgn sheols. shes so strong! iols bukan te ...

bini alip sukri uols admire x?
Quote epullipan 23-4-2024 09:00 AM
menjadi gergasi dengan laungan..saya ulam...mohon tumbang next PRU
Quote BoongaKertas 23-4-2024 09:15 AM
betul gak ni
Quote ctaz 23-4-2024 09:25 AM
SAYA ULAM........
Quote areyam 23-4-2024 12:57 PM
copy_paste replied at 23-4-2024 08:04 AM
aku sebenarnya pelik,kat sosmed mana2 pun menampakkan  xbyk sokongan,
tapi masa pilihanraya mesti me ...

silent voter...
Quote kakikuDibibirmu 23-4-2024 01:54 PM
SAYUR ULAM...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051825 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top