ISKANDAR PUTERI – DAP akan menghormati keputusan dibuat mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah. Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching bagaimanapun berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut kerana perkara tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa institusi kehakiman negara ini. “Saya tidak mahu komen banyak sebab dalam kes Datuk Seri Najib, pendirian DAP adalah jelas bahawa beliau bersalah. Kita telah berkempen tentang perkara itu selama beberapa tahun dan beliau juga telah dijatuhkan hukuman. “Jadi berhubung isu ini (tahanan di rumah), kita akan menghormati, kita tidak boleh kata tidak terima kerana semasa beliau dijatuhkan hukuman bersalah, itu juga merupakan keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 1 April lalu. Dalam notis permohonan itu, beliau memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya. Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat berhubung isu berkenaan dan memaklumkan ia dibawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
dio5774 replied at 22-4-2024 11:11 AM
agaknya kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macam mana reaksi dap agaknya
dio5774 replied at 22-4-2024 11:11 AM
agaknya kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macam mana reaksi dap agaknya
s@s@ replied at 22-4-2024 12:44 PM
diorg ble terima wak, apa sangat la najib....
bangsa ni apa pun sanggup buat demi kuasa
terma2nkondisi2 replied at 22-4-2024 06:14 PM
ooohhh... patut la ada yg kata isu tahanan rumah najib ni hanya drama.. ada dakwaan yg mengatakan ti ...
Nfir replied at 22-4-2024 01:58 PM
Semua orang sanggup buat apa saja demi kuasa.
Mahathir, Muhyiddin + Bersatu, PAS. Semua ini sudah ...
Radzor replied at 22-4-2024 06:33 PM
pelik kenapa ada adendum plak . agung buat penambahan pada tarikh lain ke
Nfir replied at 22-4-2024 01:44 PM
“kalau najib keluar dan masuk balik jadi sekutu macammana reaksi dap agaknya”
Sebelum PRU tahun ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
5-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044030 second(s), 41 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.