CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan kes kapal LCS tidak pernah tutup – Azam Baki

25-4-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 678| Komen: 1

Description: GUA MUSANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihak ya tidak pernah menutup siasatan berhubung kes pembelian kapal selam Scorpene dan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

GUA MUSANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihak ya tidak pernah menutup siasatan berhubung kes pembelian kapal selam Scorpene dan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan sehingga kini pihaknya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat kes berkenaan.

Katanya, SPRM akan segera berkongsi maklumat kepada umum sekiranya mendapat petanda baik.

“Kes (Scorpene) masih berjalan apabila kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi.

“Alhamdulillah, maklum balas positif dari pihak luar negara yang memberi maklumat yang kita minta dan kehendaki. Jadi, saya akan maklumkan kemudian apabila tiba masanya jika ada petanda yang baik. Kes ini masih lagi dalam siasatan kita,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Azam turut menafikan dakwaan pihak luar tentang siasatan terhadap LCS turut dihentikan.

“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes in masih aktif diteruskan.

“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 25-4-2024 10:41 PM
LCS nie antara isu paling byk PH ckp masa jd pembangkang. Mcm² dia nak buat bila jd kerajaan tp bila dah berkuasa jd krik² jer.

Kes jana wibawa tue laju betul SPRM buat keje. Kes LCS dari PH jd pembangkang smp jd Kerajaan, lambat jgk nak siasat. Adakah LCS nie lebih complicated dari kes 1MDB & SRC?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.198908 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top