CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Yasmine cari pasal dengan Sophia Albarakbah pula

27-4-2024 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21011| Komen: 342

Description: Belum tamat perang dengan Ruhainies, kini wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine terus menghangatkan industri hiburan apabila melakukan provokasi terhadap pelakon, S ...

Belum tamat perang dengan Ruhainies, kini wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine terus menghangatkan industri hiburan apabila melakukan provokasi terhadap pelakon, Sophia Albarakbah.

Perkara itu mula tercetus apabila Sarah memuat naik rakaman video memaparkan Sophia sedang memperkatakan tentang golongan wanita tidak perlu bersaing kerana situasi tersebut dianggap sebagai toksik.

Bukan itu sahaja, Sarah turut mempertikai komen netizen yang memuji Sophia kerana tidak meneruskan hubungan dengan Aliff sebelum ini.

“Betul ke sedar awal, bukan penyondol dan bermaruah?

“Sekarang mari kita bercakap tentang awak, ‘bidadari’ Sophia Albarakbah.

“Awak tahu apa yang saya katakan. Hanya awak, Aliff dan saya tahu?” katanya dalam Instagram.

Tidak terhenti di situ, Sarah meneruskan bahang apabila memuat naik ciapan Sophia yang melahirkan rasa syukur pada tarikh Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.


“Hari Aliff kene tangkap khalwat lagi awak telah memuat naik hantaran macam ini kemudian beritahu pada wartawan sana sini dan beritahu ‘Aliff yang cari-cari saya tapi saya tak layan’.

“Saya tidak akan melakukan perkara ini kalau bukan sebab awak mahu menambah kebencian pada Aliff dengan kenyataan palsu dan pembohongan serta ingin dilihat seperti malaikat? Memang tidak.

“Jadi, saya akan memulakan semuanya terlebih dahulu sebelum awak terus melemparkan kebencian kepada Aliff. Awak juga layak merasai perkara sama (dibenci). Jadi, betul ke tak layan?” katanya lagi.

Memanaskan lagi keadaan, Sarah turut memuat naik foto memaparkan perbualan antara Sophia dengan Aliff dipercayai menerusi ruangan mesej Instagram pada tarikh 28 Mac lalu.

“Jadi, jangan cuba suruh wartawan buat cerita tentang awak tak layan Aliff, tetapi hakikatnya melayan hingga 28 Mac.

“Sejujurnya kalau saya tak dengar maklumat itu, saya memang tak akan mahu berbual tentang ‘bidadari’ ini.

“Saya benci Ruhainies sebab dia tipu saya tapi awak pula nak tipu satu dunia dengan cerita tak melayan tapi sampai rancang nak berjumpa. Itu tak layan?” luahnya.

Sarah juga memerli Sophia kerana tidak menghentikan tindakan Aliff yang memanggilnya dengan panggilan sayang dan cinta.


“Dia panggil awak ‘yang’ dan ‘love’ tapi awak tak mahu hentikan dia pun?

“Awak tetap layankan betul Sophia?” selarnya.

Sophia sekitar tahun lalu pernah terpalit dengan kontroversi kononnya menjadi orang ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Kontroversi tercetus apabila Bella mendedahkan keintiman Sophia dan Aliff selepas terlibat dalam drama bersiri berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani dengan gelaran sebagai penyondol rumah tangga orang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 27-4-2024 12:47 PM
Dak bedak cina ni cacai siapa sebenarnya?
Quote truesonic 27-4-2024 01:05 PM
Dia ni penyelamat AA ke?
Quote deebiz14 27-4-2024 01:12 PM
Ape plak cari pasal....

Mmg si Peah (kesayangan acik2 porem) sendiri buat pasal.

ps: meols ngah enjoy makan popcorn smpi da nak abes dah...
Quote jalfa 27-4-2024 01:33 PM
Dah napa nak suruh acik porom benci peah.dlm dunia ni tak de siapa pon boleh paksa org utk suka org atau benci orang..macam ko gile kat alip....walau alip camtu ko suka jugak kan..
Quote divalaura 27-4-2024 01:34 PM
[em:4:] mendapat lah masing2
Quote anilanil 27-4-2024 01:40 PM
Dak sarah, kitorang selek tau. Apatah lagi ngan peah barkoba. Even kalo peah nak sondol sol pon kitorang ok jer
Quote Noraniza_Iblis 27-4-2024 02:27 PM
ppuan delulu ni dah gile gamaknye.. tk sedar diri die tu , jd alas kaki alep je..
dengan muke saripah sahora, eyelash senget..
ko ingt nk ke alip tu berbini kan ko...
kemonnn gurlll
Quote DeLuna85 27-4-2024 02:31 PM
Sampai bab peah terus di kata cari pasal
Quote MadameOnion 27-4-2024 02:32 PM
Kira betul la bella meroyan masa asgv tu..mmg peah barokah nak tgk alip putik
Quote LoveSungmin 27-4-2024 02:34 PM
padan muka peah bukti dah tersebar..
Quote Incanto 27-4-2024 02:38 PM
Edited by Incanto at 27-4-2024 02:39 PM

sarah ni perasan dia tohan ke apa?

ko tak sedar kah peah barkoba dah di maafin netizeng sbb dia cantik

sarah ranking paling bawah sama dgn ruru, adik bella lagi cantik
Quote timah03 27-4-2024 02:38 PM
LoveSungmin replied at 27-4-2024 02:34 PM
padan muka peah  bukti dah tersebar..

Peah ada bising ke erk... Tertiba dia pun kena...
Kalau si meerqeen tu... Sebab dia tak mengaku kenal kan...
Quote Zeatyisaac 27-4-2024 02:38 PM
deebiz14 replied at 27-4-2024 01:12 PM
Ape plak cari pasal....

Mmg si Peah (kesayangan acik2 porem) sendiri buat pasal.

Orang cantik dimaafkan, macam Marissa, anak Abby tu.
Quote Zeatyisaac 27-4-2024 02:39 PM
Incanto replied at 27-4-2024 02:38 PM
sarah ni perasan dia tohan ke apa?

ko tak sedar kah peah barkoba dah di maafin netizeng sbb dia ca ...

Kan.... I like!
Quote Zeatyisaac 27-4-2024 02:40 PM
anilanil replied at 27-4-2024 01:40 PM
Dak sarah, kitorang selek tau. Apatah lagi ngan peah barkoba. Even kalo peah nak sondol sol pon kito ...

Hahahaha... So true!
Quote abangadek 27-4-2024 02:54 PM
Sarah ni belaan mak alip ke?
Quote Afifi82 27-4-2024 04:10 PM
Minah ni Saka somebody ke? Abis semua org dia royankan.
Quote markonahlah 27-4-2024 04:14 PM
LoveSungmin replied at 27-4-2024 02:34 PM
padan muka peah  bukti dah tersebar..

Tak baik padan muka kat peah..ramai fans dia kat sini
Quote Sazreena 27-4-2024 04:48 PM
Yg senanya alip bewok tu yg kuat try awek cun..cam peah tu spesial case...jangan usik peah k

Lihat semua komen(342)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066505 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top