CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya anak tak sah taraf – Myra Natasya, Anak Halim Othman

13-5-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28658| Komen: 110

Description: Enggan lagi menipu masyarakat, pelakon Myra Natasya mengakui dirinya anak luar nikah kepada penyampai radio Halim Othman.


Enggan lagi menipu masyarakat, pelakon Myra Natasya mengakui dirinya anak luar nikah kepada penyampai radio Halim Othman.

Kongsi Myra atau nama lengkapnya Yusmyra Natasya Abdullah, 29, Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin. Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahu dia supaya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya selain beritahu media mereka nikah di Thailand.

“Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media tetapi sebenarnya saya adalah anak tidak sah taraf,” katanya.

Dalam masa sama, Myra meluahkan rasa kecewa dengan Halim kerana tindakannya yang bukan sahaja membelakangkannya bahkan seolah-olah cuba menutup cerita sebenar.

“Sebelum ini saya selalu merayu kepadanya untuk memberitahu saya adalah anaknya. Selepas menceburi bidang hiburan pada 2019, barulah dia izinkan saya dedah cerita sebenar,” ujarnya.


Myra yang kini bergelar jurulatih pasukan sorak pernah berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Halim mengenai pertukaran maklumat bapanya dalam maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tiga tahun lalu.

Myra berkonfrantasi dengan Halim mengenai maklumat bapa dan nama bapa angkatnya dalam surat beranaknya. Halim juga bertegas tidak perlu  meminta izin anaknya ketika menukar makumat dalam sijil kelahiran tersebut.

“Saya tidak perlu izin awak (Myra) untuk menukar maklumat bapa. Tanpa gen saya, awak tidak akan wujud. Syukurlah,” kata Halim selepas Myra mempersoalkan isu penamaan bapa dalam sijil kelahirannya.

Myra juga pernah mendedahkan bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana personaliti terkenal itu dan ibunya iaitu Yusnita Omar bernikah di Thailand pada 1995.

Dia turut memberitahu ibu bapanya bercerai ketika dia berusia setahun, manakala urusan perceraian diselesaikan di Thailand pada 1998 hakikatnya perkara tersebut hanyalah rekaan bagi menjaga nama baik bekas penyampai radio Era itu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 13-5-2024 12:24 AM
okay ni baru la gossip worthy
Quote Wenpa 13-5-2024 12:30 AM
Cantik muka dak nih
Quote Rogue98 13-5-2024 12:31 AM
Tanpa gen saya awak takkan wujud?
Kesian Myra
Apa punye statement lahhh...Alim oiiii..
Quote edayildiz 13-5-2024 01:03 AM
masa kecoh aritu..ada yg komen gini..yg tahu je tahu..
tp nape tiber dia nk bkk cite ni balik
kalau i jd dia xingin ctct ngn bapak tu
ank luar nikah batal wuduk x ngn bapak dia..pening la
Quote apedehal 13-5-2024 01:22 AM
Ko dah knp dik bukak aib sndiri...emang muka sperm donornya
Quote hokeypokey 13-5-2024 01:35 AM
dh tu kenapa nk bgtau kami skrg ni?? nk suh kecam pak halim yg dh kecut dan sendu tu???
Quote keretapilaju 13-5-2024 01:55 AM
Ada la tu kot dia bengang ngan si halim ni.. tu yg sampai nak bukak cite ni.. nasib ko la halim.. sape suruh tak ngaku ada anak dulu..
Quote downiey 13-5-2024 06:14 AM
ttp la aibmu n keluarga  serapatnye..
Quote TeropongThaico 13-5-2024 07:15 AM
Dari awal tak yah cari kan bagus. Ni tak pasal2 terselak cerita lama. Tapi tu lah HO pun poyo sgt acah bagus. Kena gini mcm mana lg kita putar halim
Quote DeLuna85 13-5-2024 07:42 AM
Perangai anak tak sah taraf kata org mmg lain mcm sikit. Sendiri buka aib.
Quote guesswho09 13-5-2024 07:50 AM
Saya paham masalah bdk ni
umur 29 tahun dah
bknnya kanak2 bawah umur
tiba2 org yg  tak ada kaitan
pegi tukar maklumat dia di JPN
menyusahkan dia nanti utk
urusan rasmi or nikah kawin



Quote lasagna 13-5-2024 07:55 AM
xperlu cite lah dik, kami dah bleh agak pun.
apak kau dlu pun joli katak semua org tau.
Quote pokokmeranti 13-5-2024 07:58 AM
nasib kamu baik, tidak dibuang dalam tong sampah. sepatutnya yg lepas jgn dibuka kisahnya lagi.
Quote Themilo 13-5-2024 08:00 AM
bravo dekk.

selayaknya apak yang tak bertanggungjawab ni perlu dicanangkan.

lagi pun kalau menikah nanti, H.O who are yousss??
Quote maharani_gebu 13-5-2024 08:34 AM
Ape lagi..... Sila putarrrrrr lagi Halim...
Quote BoongaKertas 13-5-2024 08:35 AM
kenapa org dok ckp aib? bg meols, dia kena war2kan utk kesenangan rujukan bakal husband nanti kan?
Quote Belibis 13-5-2024 08:50 AM
hokeypokey: dh tu kenapa nk bgtau kami skr ...

Terpaksa la cerita ,sebab nama makin sendu..duk ulang2 menceburi bidang seni 2019...apa produk pun takde sapa tau.
Quote maharani_gebu 13-5-2024 08:51 AM
BoongaKertas replied at 13-5-2024 08:35 AM
kenapa org dok ckp aib? bg meols, dia kena war2kan utk kesenangan rujukan bakal husband nanti kan?

Betul tu... Klau tak nanti banyak masalah oii..

Dia ni kira anak tunggal.. Kalau kawen nanti Pejabat Agama mintak surat nikah mak bapak...

Kalau bukan anak kandung, atau anak angkat mana boleh Halim jadi wali...
Dan kalau Halim jadi wali... nikah tak sah...and nanti nasab keturunan semua huru hara...

Jangan buat main hukum Allah... hukum dunia boleh lagi nak spin sana sini...

For me Halim mmg jantan ego. Dengan anak sendiri pun sanggup menipu demi tunjuk yang terpalinggggg
Quote blue_blur 13-5-2024 09:03 AM
tapi apa yang aib nye, bukan salah dia jadi anak luar nikah.... masyarakat pun tak adil nak salahkan anak luar nikah padahal salah mak pak dia...

lain lah kalau anak luar nikah ni pulak salah kan takdir dia dan terus terpesong, sekian sekian sekian...

(tapi kalau menantu idak la yek )

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top