CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Transit Aliran Automatik (ART) Diuji Lagi Di Putrajaya, Boleh Naik Percuma Hingga 31 Julai

15-5-2024 07:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4702| Komen: 6

Description: Orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Transit Aliran Automatik (ART) yang akan kembali diuji di Putrajaya.


Orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Transit Aliran Automatik (ART) yang akan kembali diuji di Putrajaya.

Menurut Perbadanan Putrajaya (PPj), tempoh percubaan adalah selama tiga bulan iaitu bermula pada 13 Mei lalu hingga 31 Julai depan.

Dalam satu kenyataan di Facebook beberapa hari lalu, pihaknya berkata projek rintis terbabit adalah usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.

"Dua laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan ini iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat.

"Bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral," katanya.

Laluan kedua pula iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Ia akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.


"Orang awam yang ingin mencuba sendiri pengalaman menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang.

"Sebanyak tiga trip disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya.



Imbas kembali, percubaan ART ini telah dilakukan pada 1 hingga 4 Februari lalu yang juga menyaksikan orang ramai boleh menaikinya secara percuma.

Bagi yang belum tahu, pengangkutan awam ini yang juga dikenali sebagai trackless tram sudah lama wujud di beberapa negara maju.

Pada 2017, Syarikat Kereta Api China (CRRC) telah memperkenalkan tram pandu sendiri yang dikenali sebagai ART.

ART mempunyai karakter pengangkutan seperti kereta api ringan, namun dapat dibina dengan kos yang jauh lebih murah.

Sistem ini tidak memerlukan trek khas dibina dan bergerak di atas jalan biasa menggunakan sistem tayar getah.

Sumber: Perbadanan Putrajaya/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-5-2024 07:44 PM
"terima kasih Malezia..kita pon vole naik pree"-Abangla
Quote nikaido 15-5-2024 08:18 PM
Dah naik masa hari wilayah haritu. Slow ya amat. Kelebihannya boleh naik ramai org sekaligus
Quote Decaffeinated 15-5-2024 09:10 PM
Setakat fun ride untuk orang yang banyak masa. 1 jam dari Putrajaya Sentral ke 'Pusat Bandar'... are you serious?

btw teks kata weekday route berakhir di Lingkaran Gemilang tapi info grafik (jadual) kata Parcel F. Aku check google map jauh gila kot dua tempat tu.
Quote SalenaGomez 16-5-2024 09:04 AM
nikaido: Dah naik masa hari wilayah har ...


Ada byk seat x? Atau semua berdiri je?
Quote syamzana 16-5-2024 09:11 AM
ART ni mmg sekitar putrajaya je ke utk sepanjang tempoh ujian lepas ni akan ada laluan lain?
Quote copy_paste 16-5-2024 09:27 AM
syamzana replied at 16-5-2024 09:11 AM
ART ni mmg sekitar putrajaya je ke utk sepanjang tempoh ujian lepas ni akan ada laluan lain?

aku yg duk PJ ni pun x terserempak lagi dengan tram ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044122 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top