CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tengah Rancak Buat Live Dalam Kereta, Adira Telefon Datuk Red – ‘Dia Suruh Guna Studio Kat Tingkat Atas’

16-5-2024 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7670| Komen: 14

Description: Meskipun sudah bercerai pada 24 April lalu, usahawan iaitu Datuk Red dilihat tetap menjaga hubungan baiknya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi.


Meskipun sudah bercerai pada 24 April lalu, usahawan iaitu Datuk Red dilihat tetap menjaga hubungan baiknya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi.

Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang melakukan sesi siaran langsung TikTok di dalam kereta.


Difahamkan, sesi siaran langsung itu bertujuan untuk melancarkan barangan jualannya.

"Orang ‘launching’ produk ke, minyak wangi ke di tempat yang gah-gah, saya dalam kereta saja."

"Tak balik rumah sebab hari ini secara rasminya saya tak ada rumah."

Sedang dirinya asyik melayan para pengikut di ruangan komen, secara tiba-tiba telefonnya berdering dan individu yang menelefonnya adalah Adira.


Menurut Datuk Red, bekas isterinya itu memintanya untuk tidak melakukan sesi siaran langsung di dalam kereta.

Sebaliknya, Adira memberikan keizinan untuk menggunakan studio yang berada di tingkat atas rumahnya memandangkan kedua abangnya berada di rumah.

"Dia (Adira) telefon saya suruh guna studio dia di tingkat atas (rumah)."

"Saya baru ingat nak tipu sekali rupanya dia ada tengok saya tengah ‘live’ sekarang ini."

"Dua abang dia ada dekat rumah."

Di akhir video tersebut, dapat dilihat Datuk Red meneruskan sesi siaran langsungnya di studio tersebut sambil ditemani Adira.

Video tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan murni Adira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Datuk Red masih dibenarkan pergi ke kediaman Adira memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.



Sumber: TikTok putehhhx/Ohbulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-5-2024 01:38 PM
Eeewww..terpaling corcern..masa laki jadi scammer concern tak dgn mangsa..tanya je
Quote naina 16-5-2024 02:42 PM
Fuhhh memang betol2 kuat iman ni laki perempuan.
Quote laksmanabentan 16-5-2024 03:39 PM
ehhh eleeeee.... tiberrrrr la pulakkk...
sebelum ini ko menipu orang tak hengatt......
Quote SembangKari 16-5-2024 03:50 PM
woowwwwwwwwwwwwww....rating gold medal ex pasangan paling harmoni laaaaaaaaaaaaaaa
Quote doubleA 16-5-2024 05:14 PM
Kalau nak rojok balik pun rojok jela. Makan hati sorang lagi scammer ni dok potray kebaikan adirah je
Quote ninajaybee 16-5-2024 05:16 PM
Pelik scammer ni netizen punyalah sokong dan bantu. Kenapa ya?
Quote perembes 16-5-2024 06:36 PM
tinred dan dira dah tak baik ke?  nmpak tin red sedih sgt lpas pisah smpai nangis sedu2
Quote abangadek 16-5-2024 07:21 PM
Nmpak dr dulu pn tokred lg syg adira banding tin red
Quote wikedsaikel 16-5-2024 07:56 PM
abangadek: Nmpak dr dulu pn tokred lg syg ...
huh. Memang sekufu la sebab tu dah cerai pon  mcm lovey dovey. Apa perasaan lovey dovey dengan yang orang duk panggil scammer
Quote Mary_jane 16-5-2024 09:21 PM
Jangan jadi scammer lagi lepas ni.
Quote lasagna 17-5-2024 08:39 AM
kaka nk tya ni, title datuk dia tu legit kaa? sus!
Quote marchikobonzo 17-5-2024 11:54 AM
Halah halah..terpaling concern pulak lepas cerai
Quote I.K.A888990 17-5-2024 12:03 PM
kekdahnya depa ni mcm bait2 lirik ni..

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu
Oh
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku

Quote mummy_vouge 18-5-2024 03:43 PM
Adira ni nampak cam baik je. Kan dia dah lama nak cerai, banyak kali. Agaknya bila tau tokred ni dok scam orang tu la kot mintak cerai.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.207819 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top