CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 13 Tahun Tikam Ustazah Sampai Mati Disebabkan Dendam Sebab Pernah Kena Denda

17-5-2024 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2510| Komen: 4

Description: Angkara dendam kesumat seorang pelajar tergamak menikam seorang ustazah sekolah asrama penuh di Indonesia.



Angkara dendam kesumat seorang pelajar tergamak menikam seorang ustazah sekolah asrama penuh di Indonesia.

Memetik laporan portal Kompas, wanita berusia 35 tahun itu maut selepas ditikam di kediamannya yang terletak di kawasan sekolah oleh pelajarnya yang baru berusia 13 tahun.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak.

Sementara itu, Ketua Polis Palangkaraya Kobes Pol iaitu Budi Santosa berkata, suspek difahamkan berbuat demikian kerana dendamnya terhadap mangsa yang pernah menghukumnya.

Difahamkan, suspek sebelum ini beberapa kali melanggar peraturan sekolah sehinggakan didenda dengan cara berjemur di tengah panas.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa melakukan pembunuhan itu selepas terdengar bisikan di telingan tanpa menyedari telah membunuh mangsa.


Kini, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan dan memeriksa keadaan mental suspek sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal.

Ramai betul kes bunuh disebabkan mendengar "bisikan halus", apakah semakin ramai tertekan dan menghidap masalah mental tanpa sedar?

Sumber: Kompas/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 17-5-2024 11:56 PM
Mental budak ni...bahaya kalau lepas penjara...nanti besar tbawak perangai membunuh lagi
Quote lightheaded67 18-5-2024 10:49 AM
Edited by lightheaded67 at 18-5-2024 11:04 AM

hmmmmm
kadg budak budak ni pening jugak, dia rebel dgn mak pak family tp dorg buat perangai kat skolah. so kalau dh buat hal, mesti cekgu denda kan  pastu cekgu kena pangkah. sabo jelah

sama je mana mana, budak skolah, cekgu, acik gomen acik swasta. yg dia gadoh dgn org lain, yg dia lepas kt org lain.
hritu kt sepital sni, staf kt spital tu, gadoh dgn kwn kerja situ la nurse jugak (ai dengar dia ngadu kt kwn dia kt meja daftar tu), tp dia g lepas kt acik cina yg dtg spital. ade sorg uncle cina ni mai kat dia tanya soalan, dia jawab ape tau " taktau saya takdak mood" haha smua dengar, sbb dia jawab jerit jerit marah. apooo uncle tu dh bebulu, dia kluar henpon dia rekod minah tu, sbb dia tggu giliran berjam jam nama dia tak panggil, org lain dtg kendian dh panggil dulu, pastu nurse ni topap g jerit marah dia plak. org tu dari boleh sabo jadi emo dibuatnya. halahhh pastu kawan dia plak mai konon nak tolong mmber lah,  emo emo topap marah lagi uncle tu n ajak uncle tu gadoh, tambah pening.. so kitorg yg ade situ pojok uncle tu kasi dia sejuk, tp dlm hati aku nak tampo juga kawan2 nurse tu, nk bekap member pun bio le tau cerita dari awal, menonongggg aje. kdg yg acah acah tolong ni bukan boleh harap, dia lagi panas drpd punca   (eh tp takziah kpd kluarga family, tp denda tmpt panas pun tak sesuwai juga, zaman ai skolah rendah dulu, nasib bukan zaman viral je, cekgu disiplin buat ape tau, dia rotan budak budak lelaki kat bontot, pastu dia suruh budak budak tu bukak sluar sparuh bontot, g duduk atas tong sampah beso besi yg panas tu, boleh imejin?? over kadg cekgu pon, ni kesah skolah rendah tau bukan smk)
Quote antikorok 18-5-2024 11:21 AM
Edited by antikorok at 18-5-2024 11:30 AM

MOHON JANGAN DATANG KE TANAH AYER NI NAIK TONGKANG YACH!!! Cukuplah dengan kes dalam tanah ayer ni puak2 ko yg buat!




Quote BoongaKertas 20-5-2024 04:30 PM
mental and psiko habis budak ni. moga mereput dlm penjara x keluar2 dah. yih!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.202860 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top