CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM keluarkan fotofit suspek simbah asid Faisal Halim, kulit sawo matang

20-5-2024 06:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18671| Komen: 22

Description: KUALA LUMPUR – Suspek yang menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.



KUALA LUMPUR – Suspek yang menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.

Tegas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut, diminta melaporkan kepada pihak polis.

“Laporan boleh dibuat terus kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Inspektor Jagachandran Murugesen di talian 012-684 8166 atau 03-2266 6071.

“Atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan suspek dan membuat siasatan lanjut berkaitan kes simbah asid melibatkan mangsa, Muhammad Faisal Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, PDRM memaklumkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dalam proses disiapkan.

Lakaran fotofit itu akan dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

5 Mei lalu, penyerang kebangsaan, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Susulan itu, polis telah menahan suspek pertama di sekitar Ampang, Selangor bagi membantu siasatan berkenaan kes tersebut.

Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat dengan kes yang disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

6 Mei lalu, suspek kedua insiden simbah asid terhadap Faisal telah ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.

Suspek berusia 30-an itu ditahan lewat petang di sekitar Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-5-2024 01:28 AM
Pakai face mask?


Quote B40tastePosh 20-5-2024 01:40 AM
Edited by B40tastePosh at 20-5-2024 02:11 AM

Macam muka polis je.



Tapi kalau cari dari Jabatan Pendaftaran Negara mesti jumpa punya.
Quote sharlenetexas 20-5-2024 02:32 AM
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.



Topi celoreng?

Quote jambatannetizen 20-5-2024 02:44 AM
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.



Kan. Raut wajah dia macam muka polis. Mesti dia ini bukan calang2. Professional at doing something.
Quote MissYouSayang 20-5-2024 03:00 AM
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.



Mesti taste kau khens
Quote stingergrumpy 20-5-2024 06:35 AM
My only worry....ko sebarkan seperti ini...tak mustahil mereka yg jumpa makhluk ini bukannya dihubungi pihak berkuasa tapi ambil tindakan sendiri....bantai cukup cukup sampai mati...pembalasan terhadap perlakuannya terhadap faisal....
Quote shamsadis 20-5-2024 08:23 AM
at least share lah video CCTV kawasan sekitar, nak tengok cara berjalan, tangan dia panjang pendek ke, kaki dengkot je, ada tatu ke, kening terbelah ke, ada tahi lalat kat tengah dahi ke....share lah video CCTV tu
Quote kepompong 20-5-2024 08:54 AM
mesti topi & facemask dia dah jadi abu skrg

yg kesian org lain yg tak tahu menahu masih pakai topi & facemask gitu
Quote babelina 20-5-2024 10:44 AM
cctv pn x nmpk.. alteast nk tgk cmna kejadian nya.. org tu kuar masuk.. dpt la juga bygkn besar mana..org tu.. gmbr mcm elokkkk jer orgnya...
Quote Kak-Rohana 20-5-2024 12:48 PM
Wahhh…kening!
Quote syamzana 20-5-2024 12:54 PM
semaknya forum 2/3 hari ni. spammer mana terlepas sangkar ni

hrp dijumpai dgn cepat...tgk lakaran tak la rempit orgnya
Quote Samerosie 20-5-2024 01:12 PM
Camne la nak cam..iols tengok photofit ni pun dah rupa cam mamat exist dalam news masa dia nak masuk court.
Quote KamikuP 20-5-2024 02:10 PM
Mcm polis asal kedah jahh.. ekekeke
Quote anony-mous 20-5-2024 02:26 PM
Klau gini mmg xkn jumpa ler
Quote B40tastePosh 20-5-2024 11:06 PM
jambatannetizen replied at 20-5-2024 02:44 AM
Kan. Raut wajah dia macam muka polis. Mesti dia ini bukan calang2. Professional at doing something ...

Sebab ada kenal sorang polis tu muka cenggini..ada lekuk antara hidung dan dahi
Quote Kurex 20-5-2024 11:12 PM
babelina replied at 20-5-2024 10:44 AM
cctv pn x nmpk.. alteast nk tgk cmna kejadian nya.. org tu kuar masuk.. dpt la juga bygkn besar mana ...

Helok sebab facemask.. sekali bukak facemask, JONGOSSSSSS
Quote babelina 21-5-2024 09:25 AM
Kurex replied at 20-5-2024 11:12 PM
Helok sebab facemask.. sekali bukak facemask, JONGOSSSSSS

hahaha.. posibility jongos tu ada.. hahahah
gelak kuat  i ols pepagi kt ofc nie.. sambil buat xtaw sampai lambat jem yg amatttttt hr nie..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.325464 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top