CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM pantau kemungkinan gelombang baharu Covid-19

20-5-2024 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5763| Komen: 40

Description: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu Covid-19 berikutan peningkatan dua kali ganda wabak berkenaan yang direkodkan di Singapura sejak dua minggu lalu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu Covid-19 berikutan peningkatan dua kali ganda wabak berkenaan yang direkodkan di Singapura sejak dua minggu lalu.
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron.

"KKM sedang memantau trajektori gleombang baharu peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura.

"Setakat ini, dilaporkan ia membabitkan kes gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di Singapura," katanya menerusi satu hantaran di X, hari ini.

Dzulkefly memberi penjelasan terbabit sebagai respons kepada pertanyaan seorang pengguna X yang bertanya sama ada Malaysia bersedia untuk berdepan gelombang baharu Covid-19, sebagaimana yang sedang melanda Singapura.


Pengguna terbabit meninggalkan komen dalam satu hantaran infografik menunjukkan peningkatan kes di Singapura bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lalu dengan jumlah kes baharu melonjak kepada 25,900.

Jumlah itu mencatatkan peningkatan mendadak berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada 12 hingga 18 Mei lalu adalah 1,230 berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya dengan peningkatan 14.8 peratus.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 20-5-2024 11:49 PM

Quote gigahertz 21-5-2024 12:47 AM
Malaysia pernah kosong kes sebelum ni.
pastu tetiba kes naik banyak giler.
Quote aina_shaira 21-5-2024 03:04 AM
Covid ada balik ke sekarang ni?
Quote BoongaKertas 21-5-2024 09:30 AM
ya Allah, x habis lg ke...hazabnya benda ni
Quote hayrin86 21-5-2024 09:51 AM
aina_shaira replied at 21-5-2024 03:04 AM
Covid ada balik ke sekarang ni?

Bergantung pada kewaspadaan. Jika tiada sebarang urusan penting di luar, duduk rumah jawapannya.

Quote manop 21-5-2024 11:34 AM
Ulang..ulang..
Quote bottombikini 21-5-2024 11:54 AM
maybe tak cukup korum lagi yg mati
Quote sangbara2020 21-5-2024 02:33 PM
maybe beksin byk lebih lg lettew
Quote Skuau 21-5-2024 02:38 PM
SURATAN ATAU KEBETULAN:
asal depa naik jer...kobid mai.
asal kobid mai...depa naik.
                  
Quote LoveSungmin 21-5-2024 04:16 PM
aina_shaira replied at 21-5-2024 03:04 AM
Covid ada balik ke sekarang ni?

ada.. manager i baru kena last 2 weeks.. now still batuk tak berhenti.. nak meeting pun seram
Quote mamaazim 21-5-2024 05:09 PM
LoveSungmin replied at 21-5-2024 04:16 PM
ada.. manager i baru kena last 2 weeks.. now still batuk tak berhenti.. nak meeting pun seram :swe ...

yes office mate I pun kene, after that kene post covid. keluar masuk hospital due to lung infection. kesian dia... jangan citer pasal covid ni ngan dia sbb pada kita mungkin setakat alah demam biasa tp pada dia teruk dia kene. sekarang ni dia kata dia dok strengthen dia punye imune n tak nak pegi tempat crowded.  Tak nak pegi shopping lama2 etc...
Quote ninja boy 21-5-2024 06:23 PM
Patutlah last week ofis ckp covid2
Quote stingergrumpy 21-5-2024 06:32 PM
Kavajayjay tersenyum mengekek....wa apa dulik skg wa kt India mari...jadi consultant board of directors....

Ko ghaser?
Quote Shayang 21-5-2024 06:38 PM
Pulak dah aku baru je lalu 2-3 hari lepas kat penjual masker yg jual 10 pek rm10 je
Quote netto_ 21-5-2024 06:43 PM
Mcm dejavu plak. Mase mula2 cobid je time diorg ni kt atas
Quote LoveSungmin 21-5-2024 07:43 PM
mamaazim replied at 21-5-2024 05:09 PM
yes office mate I pun kene, after that kene post covid. keluar masuk hospital due to lung infectio ...

i ingatkan simptom dah tak teruk sekarang ni.. mana tau rupanya lebih kurang macam yang dulu juga.. demam, sakit badan, batuk, selsema, runny nose..
Quote uda 21-5-2024 10:12 PM
LoveSungmin replied at 21-5-2024 07:43 PM
i ingatkan simptom dah tak teruk sekarang ni.. mana tau rupanya lebih kurang macam yang dulu juga. ...

My sis kena last 2 weeks. Batuk2,sakit tekak sampai hilang suara. Last 2-3 hari baru ada suara.
Dia kena drp 3/5 hingga khamis lalu baru habis MC. Mc bersambung. Now kena bengkak kaki pulak and urine ada protein.

Itulah hari tu dalam flight dia tak pakai mask.
Quote fefeeling 21-5-2024 10:29 PM
Elok gak aku tak masuk opis selalu.. opis pun asyik buat hot desk je nyampah aku nak meeting ke masuk call ke tak tenang takde privacy. Lg satu aku risau kes pokok tumbang petang2 ujan haihh ralat pikir bila opis tgh2 segitiga emas ni
Quote punchup 21-5-2024 10:57 PM
Abang aku pun kena covid 3x...sampai telinga tak dengar sebelah..bukan gegendang telinga tapi saraf telinga ..doktor mmg kata sbb covid..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.125232 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top