CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kami hanya ada RM12 dalam poket ketika ke hospital’ - Keluarga tular bawa bayi naik motosikal

21-5-2024 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35143| Komen: 401

Description: ALOR SETAR – Ibu bapa kepada bayi yang tular di media sosial kerana dibawa menaiki motosikal dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian Perdana Ment ...


ALOR SETAR – Ibu bapa kepada bayi yang tular di media sosial kerana dibawa menaiki motosikal dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mohd. Azlan Ishak, 36, kesudian Perdana Menteri untuk membantu merupakan rahmat besar buat keluarganya memandangkan kehidupan mereka sememangnya susah.

Katanya, tidak ramai yang mengetahui bahawa dia dan isteri, Norhidayu Halim, 35, hanya mempunyai wang sebanyak RM12 sahaja di dalam poket ketika membawa bayi, Mohd. Aariz Zafran berusia 11 bulan ke hospital pada hari gambar mereka ditularkan.

“Saya bekerja sebagai pembantu pelantar ikan di Kuala Kedah dengan pendapatan harian antara RM30 hingga RM50 sehari. Baru-baru ini saya diserang demam campak dan tidak dapat bekerja selama 12 hari.

“Memasuki hari ketiga saya tidak bekerja, segala barangan keperluan terdiri daripada makanan, lampin pakai buang dan susu anak kehabisan. Kami kemudiannya bergegas mendapatkan bantuan segera dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan diberikan wang RM150.


“Wang itulah yang kami belanjakan untuk membeli semua barang keperluan tersebut. Pada hari kami perlu membawa anak ke hospital, bakinya cuma tinggal RM12 dan itulah saja yang ada di dalam poket sewaktu gambar kami diambil beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Kota Nelayan, di sini hari ini.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dalam laman media sosialnya memaklumkan, kisah keluarga itu mendapat perhatian Perdana Menteri bagi dibantu untuk menambah baik kehidupan mereka. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 22-5-2024 12:00 AM
Mohon jangan tambah anak - andartu & andalusia CARI.
Quote penmerah 22-5-2024 12:08 AM
Semoga abang sekeluarga ditambahkan rezeki Dan diberi kesihatan, kekuatan


Trademark: Mohon abang jgn tambah anak ye. Kalau nk tambah juga, lagi sorang boleh tapi tunggu anak besar sikit

Moga dirahmati abang sekeluarga
Quote white_musk 22-5-2024 12:42 AM
Kalau tambah anak bagus juga. Anak tu rezeki...
Insyaallah..
Quote airmineral 22-5-2024 05:55 AM
Tumpang simpati
Anaknya boleh sembuh sepenuhnya ke?
Kesian tgk budak² sakit ni
Quote any42 22-5-2024 07:02 AM
Gebunya geram tgk. Kesian adik ni. semoga diberi kesembuhan dan diangkat segala sakit yg dihdapi keluarga ini.
Quote pengecatbintang 22-5-2024 07:12 AM
Senoosei EemBee Kodah tak nak komen ke?
Quote kaedahnya 22-5-2024 07:13 AM
semoga nasib keluarga ni jadi lebih baik lepas dibantu perdana menteri. paling penting anak depa dapat rawatan secukupnya sampai sembuh. kesian baby tu dah la gebu.
Quote Samerosie 22-5-2024 07:33 AM
kaedahnya replied at 22-5-2024 07:13 AM
semoga nasib keluarga ni jadi lebih baik lepas dibantu perdana menteri. paling penting anak depa dap ...

Selalunya baby yg ada masalah pernafasan ni gebu sbb ubat steroid.  Harap2 adik ni dapat kesihatan yg lebih baik lepas ni.
Quote vespa_oren 22-5-2024 07:45 AM
white_musk replied at 22-5-2024 12:42 AM
Kalau tambah anak bagus juga. Anak tu rezeki...
Insyaallah..

anak isteri dia rasa 5org, dgn laki tu sorg
Quote yururi 22-5-2024 08:07 AM
B40 need to stop breeding
Quote manop 22-5-2024 09:59 AM
chomelll
Quote Tinot7 22-5-2024 10:04 AM
Bini keje apa?
Quote cmf_premierleag 22-5-2024 10:06 AM
Family ni ada lg sorang anak umur 9 thn yg ada sakit kronik gak
Kesian..semoga dipermudahkan urusan
Quote syamzana 22-5-2024 10:13 AM
semoga dipermudahkan urusan fmly ni sekeluarga.
harapnya baby cepat sembuh. kesian kecik2 dah sakit mcm ni.
Quote Carcosa 22-5-2024 10:15 AM
Smlm baru tgk masuk Buletin Utama.
Anak 5 termasuk yg ini kot. Ada satu lagi sakit kronik.
Tahla, meols nangis jgk tgk keadaan rumah diorang, then ada mak jugak yg sakit tinggal bersama.
Tapi.. Entahlah... Meols kirimkan doa jelah. Semoga Allah meringankan beban mereka.
Quote Carcosa 22-5-2024 10:16 AM
Tinot7 replied at 22-5-2024 10:04 AM
Bini keje apa?

Bini dia tak kerje. Sbb kena jaga budak yg sakit ni.
4 lagi anak, tinggal dgn nenek satu lagi. Sbb tak mampu nak sara. Dalam 4 tu, ada 1 lagi yg sakit kronik jugak.
Quote Tinot7 22-5-2024 10:21 AM
Carcosa replied at 22-5-2024 10:16 AM
Bini dia tak kerje. Sbb kena jaga budak yg sakit ni.
4 lagi anak, tinggal dgn nenek satu lagi. Sbb ...

Dah duit ciput, camne bleh ada anak ramai2?
Quote vespa_oren 22-5-2024 10:25 AM
anak aku hri tu masuk hospital sbb ini lah, bru usia 2minggu, sebulan gak NICU dan wad kanak2, masuk mesin oksigen, jika anak dh sakit ribu2 juga habis ulang alik hospital bagai
Quote Carcosa 22-5-2024 10:27 AM
Tinot7 replied at 22-5-2024 10:21 AM
Dah duit ciput, camne bleh ada anak ramai2?

Bahhahaha. Meols taktau laaa anak2 tu dari kerandut yg sama ke, atau package percutian buy 1 free 4. Idok pulak Buletin Utama kasitau teman.
Tapi itulah, meols pun terpikior mlm smlm, lalu plk ya mereka berjimak (kalau anak dia lah semua), dgn anak2 sakit, rumah segitu, kerja segitu, duit segitu.
Meols je ke yg gila, asyik mikior masalah??

Lihat semua komen(401)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065377 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top