CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komando disyaki cuba rogol remaja perempuan 15 tahun ditahan

22-5-2024 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9182| Komen: 54

Description: KUALA LANGAT – Seorang remaja perempuan bawah umur melalui detik cemas apabila nyaris menjadi mangsa rogol lelaki kenalannya yang dikenalinya menerusi sebuah aplikasi dalam talian di Telok Panglima G ...


KUALA LANGAT – Seorang remaja perempuan bawah umur melalui detik cemas apabila nyaris menjadi mangsa rogol lelaki kenalannya yang dikenalinya menerusi sebuah aplikasi dalam talian di Telok Panglima Garang  pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, tindakan suspek yang dipercayai seorang komando itu telah disedari bapa mangsa selepas menemui lelaki itu bersembunyi di sebalik pintu bilik rumahnya.

Katanya, polis telah menerima laporan daripada seorang individu kira-kira 1.38 petang mengenai kejadian tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku kira-kira 5 pagi apabila individu berkenaan mendapati suspek berada di dalam rumahnya sebelum bertindak menangkap lelaki tersebut.

“Suspek mengaku telah memasuki rumah berkenaan dengan tujuan untuk melakukan hubungan intim dengan anak gadisnya yang berumur 15 tahun,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.


Bertindak atas maklumat aduan itu, Ahmad Ridhwan berkata, sepasukan anggota polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek selepas kejadian.

“Siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang penjawat awam berusia 29 tahun yang bertugas di Ulu Kinta, Perak,” ujarnya.

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan jenayah rogol.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat bagi melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat,” ujarnya. 

Sumber – MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 22-5-2024 05:14 PM
astaga. seramnya baca berita ni
Quote Kiahlemau 22-5-2024 06:01 PM
Hebat gak apak budak pompuan tu...boleh tangkap komando ...btw anak dia pun gelenyar...smpi jantan boleh masuk bilik sembunyi blakang pintu
Quote kaedahnya 22-5-2024 06:20 PM
laki tu mabuk kepayang ke sampai sanggup menyelinap masuk rumah awek. awek bawah umur pulak tu. pastu maybe kena buang komando pulak. cemanala ko pikir bebenda ni takkan kantoi.
Quote L.U.S.M 22-5-2024 06:27 PM
Bkn mmg dh rape 2kali ke before that...punyala xguna punya polis
Quote mawardia 22-5-2024 09:20 PM
Tak syg kerjaya dan masa depan. Berfikir menggunakan kepala bana. Gitu lah noks
Quote lasagnaklcc 22-5-2024 09:36 PM
Remaja tu tak melalui detik cemas sbb dia yg ajak laki tu dtg rumah. Cemas lagi kantoi dgn ayah. Yg komando pon tak cukup komando sbb kantoi, dah la bdk bwh umur.
Quote allshares 22-5-2024 09:55 PM
Budunya. Ko nk cari awek cari la yg cukup umo, So takde la ko kena statutory rape kalau having sex. Curi2 msk rumah aweks yg da cukup umo paling2 ko kena pukul separuh mati jah. Tua2 pun pikir masih pakai kepala bawah.
Quote becir 22-5-2024 10:28 PM
Komando apa camni
Quote jari10 22-5-2024 10:33 PM
L.U.S.M replied at 22-5-2024 06:27 PM
Bkn mmg dh rape 2kali ke before that...punyala xguna punya polis

Kenapa pulak “xguna punya polis”???
Quote Decaffeinated 22-5-2024 10:36 PM
Kesian kalau kena buang. Nak dapat tauliah bukan senang.

Babi betul bohsia birah bawah umur tu.
Quote gigahertz 22-5-2024 10:45 PM
Kiahlemau: Hebat gak apak budak pompuan tu...boleh tangkap komando ...btw anak dia pun gelenyar...smpi jantan boleh masuk bilik sembunyi blakang pintu

Troy dulu tumbang pun berebut pasal perempuan.

Quote gigahertz 22-5-2024 10:46 PM
mawardia replied at 22-5-2024 01:20 PM
Tak syg kerjaya dan masa depan. Berfikir menggunakan kepala bana. Gitu lah noks

komando ni nak jatuh hukum susah sikitsebab takut berpaling tadah.
Quote grouper 22-5-2024 11:28 PM
Buat malu komando je boleh senang2 kena tangkap
Quote B40tastePosh 22-5-2024 11:52 PM
Bukan nye kes rogol....tapi anak kau yang buka pintu bilik dan pintu kangkang.
Quote hokeypokey 23-5-2024 03:22 AM
komando tu umur brapa plak??
Quote j3m4h 23-5-2024 04:59 AM
hokeypokey replied at 23-5-2024 03:22 AM
komando tu umur brapa plak??

Suspek 29…cikaro form 3…cikcur kt umh sndr..kantoi dgn apak twist cerita letew..masak la suspek tu kne blk kem..
Quote j3m4h 23-5-2024 05:02 AM
L.U.S.M replied at 22-5-2024 06:27 PM
Bkn mmg dh rape 2kali ke before that...punyala xguna punya polis

Dah knp polis tu plak xguna noks?oberdos ke ni
Quote Thunderclouds 23-5-2024 06:15 AM
Mcm biase.
Boh sia tkantoi ngn apak sendri bwk jantan masuk umah klem nk kne rogol.
Choi!
Quote nad014 23-5-2024 07:35 AM
L.U.S.M replied at 22-5-2024 06:27 PM
Bkn mmg dh rape 2kali ke before that...punyala xguna punya polis

lelaki bila nafsu beraja 2/3 akalnya hilang

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.167002 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top