CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia

23-5-2024 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21839| Komen: 45

Description: Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi.

Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham Nazrul disahkan oleh ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.


Azadan yang dalam perjalanan ke rumah sahabatnya itu berkata, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri oleh keluarganya.

"Saya dimaklumkan arwah tak sedarkan diri dan keluarganya sudah pun menghubungi ambulans.

"Setakat ini, saya belum pasti sama ada jenazah akan dibawa ke hospital atau tidak," katanya.


Azadan berkata, arwah ada datang ke kedainya di Saujana Utama tiga hari lalu bagi untuk meminta bantuan bagi pembedahan tangannya yang bengkak.

"Arwah minta bantuan saya untuk dapatkan dana bagi kos pembedahan tangan bernilai RM15,000.



"Jadi, saya merancang mengadakan program supaya dapat membantunya, tapi hasrat itu nampaknya tak kesampaian apabila arwah terlebih dulu pergi," katanya.

Allahyarham yang sudah tujuh tahun tidak aktif bersama Rabbani selepas mengalami masalah penglihatan meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweet)june 23-5-2024 12:17 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman
Quote readbaca 23-5-2024 12:43 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote dedek12 23-5-2024 02:37 AM
Innalillah...salam takziah buat kuarga
Quote patchipink 23-5-2024 05:27 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote DeLuna85 23-5-2024 06:19 AM
47 kira muda lagi.. inalillah..
Quote tidak_kelihatan 23-5-2024 07:12 AM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Kalau x silap anggota Rabbani masuk ni dah 3 org pulang ke rahmatullah
Quote sayurmayur88 23-5-2024 07:19 AM
al fatihah. semoga Allah merahmati arwah dan ditempatkan bersama golongan yg diredhai Nya.. aamiin.
masa iolls kecik2, nasyid daripada kumpulan Rabbani dan Raihan lah peneman masa2 lapang iolls..
Quote mamapea 23-5-2024 08:00 AM
Edited by mamapea at 23-5-2024 08:01 AM

Salam takziah buat family Allahyarham Nazrul...semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Aamiinn...

masa Allahyarham Ustaz Asri meninggal hari2 la aku dok nangis...terngiang2 suara arwah gelak...arwah kalau gelak suka mengekek2...masa rapat dgn arwah tiba2 arwah meninggal...arwah kwn suami aku...tiap2 mggu la jugak dok jumpa sbb ada hal...
tp dgn yg lain x brp rapat...kalau ada event bln puasa mesti pegi...
Quote Minami2013 23-5-2024 08:03 AM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Quote red_velvet 23-5-2024 08:08 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun ... Mudanya dia pergi.. arwah ustaz asri pun pergi dalam umur 40an jugak kan ..
Quote BoongaKertas 23-5-2024 08:22 AM
moga dipermudahkan urusan keluarga arwah selepas ini. insyaallah.
Quote vanillaninja 23-5-2024 08:31 AM
Innalillah, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Salam takziah buat family dan rakan2 arwah.
Quote Mamason 23-5-2024 08:59 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman, dan semoga keluarga arwah bersabar dan tabah atas kehilangan insan tersayang.
Quote LipasComel 23-5-2024 09:03 AM
grup nasyid fav masa iols kecik2 dulu. salam takziah kepada family arwah..
Quote KamikuP 23-5-2024 09:07 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat ahli keluarga.
Quote kepompong 23-5-2024 09:18 AM
8 tahun lepas dah sakit buah pinggang , means umur belum 40 dah sakit teruk. kesian .. muda2 dah sakit... innalillah
Quote jlo 23-5-2024 09:22 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote xtahumenahu 23-5-2024 09:35 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...moga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman...sedih tgk pic kat spital tu..semoga keluarga arwah tabah dan dipermudahkan urusan
Quote kuchenta_81 23-5-2024 09:40 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Salam takziah buat keluarga.

Ramai juga gang Rabbani, Hijaz dok area BS ni rupanya. Boleh tahan juga income dorang as penyanyi nasyid kalau dapat beli area atas bukit tu.

Berjiran juga dengan besan Yusuf Haslam.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064540 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top