CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Awak Terasa, Awak Lah Tu..” – Tiada Permohonan Maaf Daripada Bekas Sahabat, Leona Enggan ‘Reveal’ Nama Orang Ketiga

23-5-2024 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5324| Komen: 14

Description: Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata, bekas rakan karibnya masih belum membuat permohonan maaf kepadanya selepas kejadian yang p ...


Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata, bekas rakan karibnya masih belum membuat permohonan maaf kepadanya selepas kejadian yang pernah tular sebelum ini.

Hal tersebut susulan kontroversi dimana teman baiknya yang juga merupakan seorang influencer didakwa telah menjadi orang ketiga dalam hubungannya bersama bekas pasangannya dahulu.

Menurut Leona, dia terkilan dengan sikap individu tersebut yang tidak mencuba untuk memohon maaf atas kesilapan yang terjadi dan mengakui dirinya tidak pernah menyekat influencer tersebut di mana-mana media sosial.

"Hubungan saya dengan bekas kekasih, kami tidak lagi berkawan tapi kami okay. Cuma untuk pihak yang lagi satu itu, dia tidak pernah minta maaf kepada saya dan saya juga tidak mahu dia di dalam hidup saya."

"Saya rasa agak annoying sebab dia boleh pergi ke orang lain untuk bercakap tentang perkara ini tetapi tidak cuba nak hubungi saya, saya tak pernah block dia pun."



Namun begitu, kata Leona, dia tidak pernah menyangka video yang dimuat naik di TikTok sebelum ini akan menjadi perhatian netizen dan mendapat tontonan yang banyak. Meskipun banyak spekulasi yang tersebar, anak aktor ini tetap tidak ingin mendedahkan nama bekas teman baiknya itu.

"Saya tak petik nama sesiapa pun. Bila saya bangun, saya tengok video tersebut dan viral dan cecah berjuta tontonan. Tapi sampai sekarang saya tak dedahkan siapa yang saya maksudkan kawan baik dalam video itu."
 
"Dan saya masih tak mahu dedahkan siapakah yang dimaksudkan. Kalau awak terasa, awak lah tu."


SUMBER : YouTube Gempak/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 23-5-2024 04:10 PM
Habis lah kapkek...Leona tunggu kau say sorry setahun...bila dah viral video jam baru lah nak say sorry.. itu pun kat socmed jer bukannye face to face.
Quote jalfa 23-5-2024 04:12 PM
Dah setahun dek..move on je lah...x dak kekosen hensem ke boleh cekup kat uni tu
Quote nuril86 23-5-2024 04:18 PM
habislaa... sape makan cili terasala pedas tu.
Quote jfq 23-5-2024 04:35 PM
Acik tu nama bukan dah masuk dlm list blockout ke?
Quote missbigrockstar 23-5-2024 07:31 PM
Move on je dik. Awak kaya raya, Comel, educated, nanti dah kurus, dah bekerjaya, ramai jejaka beratur tawar diri.
Quote Hoola 23-5-2024 07:37 PM
feramfas fenyondol mna pnh mngaku
depa je betulll
jodoh n tkdir katanyehhhhhhh

hakkkptuihhh!
Quote she 23-5-2024 07:52 PM
Nice counter Leona
Quote akaisora 23-5-2024 09:06 PM
rasanya leona ni dah move on ja dr kisah cinta dia tu.tp dia masih mengharapkan permintaan maaf dr so called bff tu.tp pihak satu lg tu mmg jenis tak ambik kisah pon.tak peduli pon,nanti up video acah tersakiti.
Quote Rogue98 23-5-2024 10:21 PM
jfq replied at 23-5-2024 04:35 PM
Acik tu nama bukan dah masuk dlm list blockout ke?

Oh dah kena blockout ek...patutlah tgk IG followers aritu 460k skrg dah 456k...
Quote syamzana 23-5-2024 10:34 PM
laaahai kisah setahun lalu berebut bf plak tu. kene igt penyondol mana pernah salah??? yg salah partner tak reti jaga ikat ketat2.
sapa la yg ungkit balik??
Quote Farnor 23-5-2024 10:47 PM
Ok Leona. Nanti lpas degree sambung lagi ke peringkat tinggi.. Pasal ex BFF bior jer la yer.. Yang genting u heffi hefi jer
Quote hokeypokey 24-5-2024 06:25 PM
cupcake aisyah ler tu
Quote Missjass 24-5-2024 09:04 PM
Rogue98 replied at 23-5-2024 10:21 PM
Oh dah kena blockout ek...patutlah tgk IG followers aritu 460k skrg dah 456k...

CA kan spoke person garnier
Quote ujio 25-5-2024 02:12 AM
Bdk kek cawan tu masih dgn exboyfie leona ke..?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.042329 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top