CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siklon Remal hentam Bangladesh, hampir sejuta berpindah

27-5-2024 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5254| Komen: 23

Description: Siklon kuat membadai Bangladesh semalam dengan hampir sejuta orang melarikan diri jauh dari kawasan pantai yang dilanda angin kencang dan ombak besar.

Siklon kuat membadai Bangladesh semalam dengan hampir sejuta orang melarikan diri jauh dari kawasan pantai yang dilanda angin kencang dan ombak besar.

“Ribut kuat ini, Siklon Remal mula melintasi kawasan pantai di Bangladesh semalam. Kami merekodkan kelajuan angin maksimum 90 kilometer, namun tiupan angin diramal menjadi lebih kencang,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi, Azizur Rahman kepada AFP sambil menambah, ribut itu dijangka menghentam kawasan pantai hingga hari ini.  

Pakar-pakar kaji cuaca meramalkan tiupan angin berkelajuan sehingga 130 kilometer sejam, manakala hujan lebat dan angin kencang turut membadai India.

Siklon membunuh beratus-ratus ribu orang di Bangladesh sejak beberapa dekad lalu tetapi bilangan ribut itu semakin meningkat disebabkan impak perubahan iklim.

“Siklon Remal boleh menyebabkan paras laut meningkat setinggi 4 meter berbanding paras biasa dan ini berbahaya,” kata pegawai cuaca kanan Bangladesh, Muhammad Abul Kalam.


Sebahagian besar kawasan pantai Bangladesh memiliki ketinggian hanya 1 atau 2 meter dari paras laut dan ribut seperti Siklon Remal berisiko menyebabkan kemusnahan besar.

Beberapa menteri dan pegawai bencana berkata, sekurang-kurangnya 800,000 penduduk Bangladesh meninggalkan kampung-kampung di tepi pantai, manakala 50,000 orang di India turut berpindah.

 “Kami mahu memastikan tiada satu nyawa pun melayang,” kata Bankim Chandra Hazra yang merupakan menteri kanan negeri Bengal Barat di India.

Sementara itu, polis Bangladesh berkata, sebuah feri lebih muatan membawa lebih 50 penumpang karam dekat pelabuhan Mongla yang menjadi laluan  Siklon Remal.

“Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dan dibawa ke hospital,” kata ketua polis tempatan, Mushfiqur Rahman Tushar. – AFP 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 27-5-2024 12:59 PM
harap jgn lari ke malaysia
Quote Ahriman 27-5-2024 01:24 PM
Iols memikir siklon tu apa?rupanya cyclone.
Kelirunya.Kalau guna puting beliung tk boleh kah?
Quote kepompong 27-5-2024 01:27 PM
Ahriman replied at 27-5-2024 01:24 PM
Iols memikir siklon tu apa?rupanya cyclone.
Kelirunya.Kalau guna puting beliung tk boleh kah?

tak sama cyclone dgn tornado.... tapi ye lah ... bentuk macam puting beliung kat dlm air
Quote Perawankota 27-5-2024 01:50 PM
Malaysia sekarang pon klu ribut, menakutkan...
Quote insulin 27-5-2024 01:51 PM
kepompong replied at 27-5-2024 12:59 PM
harap jgn lari ke malaysia

Aku pun terfikir gini
Quote insulin 27-5-2024 01:51 PM
Perawankota replied at 27-5-2024 01:50 PM
Malaysia sekarang pon klu ribut, menakutkan...

Jangan takut2 kalau dah ada insurans/takaful
Quote grouper 27-5-2024 02:07 PM
Ahriman replied at 27-5-2024 01:24 PM
Iols memikir siklon tu apa?rupanya cyclone.
Kelirunya.Kalau guna puting beliung tk boleh kah?

Cyclones, storms, and typhoons are all tropical storms, but they go by different names depending on where they form. Here’s the breakdown:

Hurricanes: These storms develop over the North Atlantic, central North Pacific, and eastern North Pacific. They are called hurricanes in these regions.

Cyclones: When tropical storms form over the South Pacific and Indian Ocean, they are known as cyclones.

Typhoons: In the Northwest Pacific, these rotating storms are called typhoons.

Tornado atau puting beliung x masuk kategori ribut tropika.
Quote B40tastePosh 27-5-2024 02:24 PM
Edited by B40tastePosh at 27-5-2024 02:26 PM

Sejuta berpindah macam mana tu dengan jalan kecik sempit duduk berhimpit himpit kenderaan takda...mesti berlaga tetek bergesel bontot masa berlari

Kalau USA tu mungkin mudah pindah semua ada kereta jalan lebar, pakai 4wd.
Quote arareez 27-5-2024 02:24 PM
Alang alang biar rohingya kena sapu semua sebelum landing Malaysia
Quote sharlenetexas 27-5-2024 02:46 PM
Ahriman replied at 27-5-2024 01:24 PM
Iols memikir siklon tu apa?rupanya cyclone.
Kelirunya.Kalau guna puting beliung tk boleh kah?

Direct translate cyclone. Ikut hierarki mula2 lekukan tropika, ribut tropika, siklon tropika pastu supersiklon.


Quote supernaturalee 27-5-2024 03:20 PM
yg pasti siklon dgn silikon adalah 2 benda yg berbeza

Quote green~tea 27-5-2024 03:20 PM
Perawankota replied at 27-5-2024 01:50 PM
Malaysia sekarang pon klu ribut, menakutkan...

Aku pun rasa gitu.. mcm saki baki ekor2 cyclone ni
Quote green~tea 27-5-2024 03:22 PM
grouper replied at 27-5-2024 02:07 PM
Cyclones, storms, and typhoons are all tropical storms, but they go by different names depending o ...

Terima kasih  baru tau perbezaan nama tu sbb asal lain2
Quote Ahriman 27-5-2024 03:28 PM
grouper replied at 27-5-2024 02:07 PM
Cyclones, storms, and typhoons are all tropical storms, but they go by different names depending o ...

TQ uolls.dpt ilmu baru harini.
Quote Skuau 27-5-2024 06:26 PM
Ahriman replied at 27-5-2024 01:24 PM
Iols memikir siklon tu apa?rupanya cyclone.
Kelirunya.Kalau guna puting beliung tk boleh kah?

tableh..nmpk cam kampung.com-T20
Quote JohnDeSouza 27-5-2024 06:28 PM
sorry x dapat la aku bersimpati
Quote Decaffeinated 27-5-2024 09:52 PM
arareez replied at 27-5-2024 02:24 PM
Alang alang biar rohingya kena sapu semua sebelum landing Malaysia

Moga akan ada yang mendoakan yang serupa buat kamu.

Quote Decaffeinated 27-5-2024 09:53 PM
JohnDeSouza replied at 27-5-2024 06:28 PM
sorry x dapat la aku bersimpati

Why, since they are less human than others to deserve it?
Quote felinecat 27-5-2024 09:59 PM
Ikut asal siklon Tropika boleh cecah 200km kan.. Malaysia pernah kene sipi2, jadi ribut greg

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.088214 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top