CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami hidup dalam ketakutan di Makkah bagaikan pelarian' - Mohammad

7-6-2024 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6593| Komen: 41

Description: Sepang: "Setiap saat kami diselubungi ketakutan. Tiada visa haji, gelang dan pasport menyebabkan hidup kami bagaikan pelarian," kata mangsa haji yang terkandas di Makkah dikenali sebagai Mohammad. ...


Sepang: "Setiap saat kami diselubungi ketakutan. Tiada visa haji, gelang dan pasport menyebabkan hidup kami bagaikan pelarian," kata mangsa haji yang terkandas di Makkah dikenali sebagai Mohammad.

Mohammad, 60, dari Nilai, Negeri Sembilan berkata, sebelum ini dia sempat mengerjakan umrah bersama isteri yang mahu dikenali sebagai Ju, 58, dan selepas gagal mendapat visa haji, mereka menyatakan hasrat kepada agensi pelancongan yang membawa mereka ke sana untuk membatalkan niat mengerjakan haji dan mahu pulang ke tanah air.

Menurutnya, mereka bimbang ditahan pihak berkuasa Arab Saudi dan arahan juga sudah dikeluarkan kepada jemaah umrah asing agar meninggalkan Tanah Suci, Jumaat ini.

"Kami tidak keluar dari bilik hotel dan kadangkala hanya makan mi segera dan sekiranya ada orang ketuk pintu bilik pun tidak akan buka kerana takut ditahan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Kelmarin, pasangan suami isteri itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 7 malam dengan disambut ahli keluarga.

Perjalanan pulang mereka dari Makkah ke Jeddah dibantu oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah termasuk mendapatkan semula pasport dan mengarahkan pihak agensi menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Mereka antara 250 individu yang berlepas ke Jeddah pada 2 Mei lalu untuk mengerjakan haji menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan tempatan.

Kumpulan bakal jemaah haji ini diberi visa pelancong ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan alasan akan menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum prosedur dan dokumentasi untuk menunaikan haji diuruskan selepas menunaikan umrah.

Berkongsi pengalaman itu, Mohammad berkata, dia yakin menyertai agensi berkenaan selepas dimaklumkan akan mengerjakan haji menggunakan visa kuota haji rakyat Arab Saudi.

Menurutnya, selepas pihak agensi enggan menyerahkan pasportnya, dia menghubungi salah seorang anak perempuannya, Ena Awil, 33, di Malaysia bagi mendapatkan bantuan.

"Sepanjang menginap di bilik hotel, kami rasa tertekan lebih-lebih lagi memikirkan kesihatan isteri yang menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi sejak lima tahun lalu memerlukan ubat-ubatan dan pemerhatian rapi serta tidak boleh berdepan tekanan," katanya.

Mohammad berkata, dia bersyukur dapat pulang ke tanah air dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

"Buat masa ini kami akan berehat beberapa hari di rumah dan selepas itu akan memberi keterangan di balai polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat," katanya.

Kelmarin, Ena ketika ditemui menjemput ibu bapanya di klia2 berkata, dia sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengenai isu yang timbul susulan pemergian orang tuanya ke Tanah Suci.

Ena juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai selepas agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan haji ibu bapanya dikatakan enggan menyerahkan pasport untuk pulang ke Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbikerz 7-6-2024 04:12 PM
Actually apa kes dia ni?
Quote AJENALI 7-6-2024 04:25 PM
Kenapa x nak serahkan balik pasport mereka? Scammer ke?
Quote gigahertz 7-6-2024 04:37 PM

Guna visa pelancong buat umrah pastu nak buat haji.
Quote gigahertz 7-6-2024 04:39 PM
Nak buat ibadat pun menipu.
Quote midori888 7-6-2024 04:39 PM
bgtau lah agent mana diorg guna utk buat umrah...agent tu kan yg simpan passport diorg...
Quote Ahriman 7-6-2024 05:20 PM
Cash kot pakcik-makcik.menipu di tempat suci.ala2 cerita dalam mustika gittew.
Quote gekkou 7-6-2024 06:19 PM
agent yang scam org ni
hujung3 kena strok jatuh miskin
buat live minta simpati
berbondong yang memaafkan dan menghalalkan
siap menyumbang
time dia scam korg sampai menangis, tertekan, terduduk
makan duit berjuta2
korang lupa?

memang melayu mudah lupa
Quote syamzana 7-6-2024 06:32 PM
2 thread lepas pun iols dah kecam berkenaan kes ni....harap beringat lepas ni
Quote drivethru 7-6-2024 06:53 PM
Padan muka.
Quote B40tastePosh 7-6-2024 07:08 PM
Ahriman replied at 7-6-2024 05:20 PM
Cash kot pakcik-makcik.menipu di tempat suci.ala2 cerita dalam mustika gittew.

Elok nye hantar ke Palestin boleh syahid kat sana..dapat syurga terus.
Quote B40tastePosh 7-6-2024 07:10 PM
abangbikerz replied at 7-6-2024 04:12 PM
Actually apa kes dia ni?


Kes nak melancong tapi buat buat salah pilih pakej pelancongan...pilih pakej nak cikcur je tapi dah sampai ambil pakej umrah, lepastu nak pakej haji pulak.

Banyak songeh dia kan...elok dihantar ke Palestin sana.
Quote melinda_kerr 7-6-2024 07:17 PM
Kesian tapi sendiri cari padah nk jln shortcut. Semoga jadikan iktibar
Quote Fly_over 7-6-2024 07:39 PM
iols is husnuzon kt macik pacik. agensi nk jual pakej umrah punya promot konon2 boleh buat haji skali pakai visa org arab. macik pacik terpedaya nk buat haji free pn join. skali arab saudi suh org2 buat umrah keluar smpi hari jumaat. macik pacik br sedar rupanya salah, xboleh. pastu passport pn dah kena pgg agensi umrah. macik pacik salah sikit sbb boleh terpedaya kena scam.
Quote alieyrina 7-6-2024 08:23 PM
Ada dosa silam or kesilapan masa dulu agaknya. Anggapla tuhan nak bagi teguran. Teguran supaya guna sumber yg betul. Jalan yg betul. Org yg betul. Gitu lahh
Quote makiting 7-6-2024 08:40 PM
Boleh baca kat group2 umrah dlm fb
Byk kisah TA ni punya kes
Ada lg satu tu yg rezeki madinah
Pun kes byk tp orang masih nak percaya

Yg kes ni
Anak dia dulu katanya kerja dgn TA yg selalu tipu org ni.. last2 mak pak dia jugak kena
Quote pocongkiutss 7-6-2024 08:45 PM
bila jd kes mcm ni patut nama agent tu dipampangkan besar besar..& bila kita viralkan pun diorg takleh saman defamation..mmg jahat diorg ni
Quote pocongkiutss 7-6-2024 08:46 PM
makiting replied at 7-6-2024 08:40 PM
Boleh baca kat group2 umrah dlm fb
Byk kisah TA ni punya kes
Ada lg satu tu yg rezeki madinah

Mmg degil gila

Kalau makcik pakcik ni semua dh tau tp husnuzon tak kena tmpt mmg rasa nk cashkan je..DEGIL
Quote makiting 7-6-2024 08:58 PM
pocongkiutss replied at 7-6-2024 08:46 PM
Mmg degil gila

Kalau makcik pakcik ni semua dh tau tp husnuzon tak kena tmpt mmg rasa nk cashkan  ...

Itulah

Ramai yang masih percaya

Mungkin time diaorg lom terkena

Tapi TA ni kes tipu sewa kereta pun ada

Tah la... org kita ni kalau guna agama aje semua asik husnuzonnnn aje
Quote makiting 7-6-2024 09:03 PM
pocongkiutss replied at 7-6-2024 08:45 PM
bila jd kes mcm ni patut nama agent tu dipampangkan besar besar..& bila kita viralkan pun diorg tak ...

Ramai mangsa takut sebab digertak dgn LOD

Tu yg gigil bila dpt surat peguam kalau sebut nama TA penipu tu
Konon mangsa dah pitenah TA tu

Tapi bila baca kisah2 yg jadi mangsa memang kesian

Cuma nak buat mcmana kan

Dah byk kisah tapi masih lagi nak percaya si penipu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049617 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top