CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Difitnah buat maksiat, Puteri Sarah hantar ‘Letter Of Demand’

9-6-2024 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13375| Komen: 43

Description: Difitnah lagi, Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.

Difitnah lagi, Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.

Ujar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia sudah mengesan individu berkenaan mengenai tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).

Biarpun individu tersebut telah menukar nama dan gambar profil akaun Facebook, peguam mewakili Puteri Sarah tetap dapat mengesan identitinya.

“Lain kali jangan komen menghina, menuduh aku bermaksiat.

“Dah PM (mesej) kau, pengecut pula. Dasar netizen pengecut ‘locked profile’.

“Terus tukar nama Facebook (FB),” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook.


Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan paparan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang disifatkan biadab.

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut menasihatkan netizen untuk menjaga adab sebelum meninggalkan sebarang komen terutama yang boleh menjurus fitnah.

“Jadilah netizen yang berhemah (dengan) menjaga penulisan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 9-6-2024 01:28 PM
sikit2 saman sikit2 saman.... nak duit senang je kan?

yang untung lawyer... huhuh
Quote Sazreena 9-6-2024 01:34 PM
Dah mampu..saman je la en..padan muka gak nyetizen yg suka mempitnah ni.
Quote imransulaiman 9-6-2024 04:43 PM
Kenapa dia suka bergambar sambil menjeling dan mulut terbuka sedikit? Dia nak orang cakap ada iras ctdk ke? Pada aku - lebih kepada iras typical mbak indon.
Quote mizzmimi 9-6-2024 04:45 PM
Ngai bila lagi?

Quote fattymah 9-6-2024 06:26 PM
Saman ke 13 ke yinih
Quote syamzana 9-6-2024 06:37 PM
leinkali jari tu kontrol jgn suka menjoyah perihal org kat public medsoc. kot kaya raya takpe la jugak.
meh masuk forum bergasak berjela2 sorg2 mengeji memuji retis (stakat ni yg berkaitan vvvvvvvvip je kene angkut)
Quote jambatannetizen 9-6-2024 07:52 PM
Sazreena replied at 9-6-2024 01:34 PM
Dah mampu..saman je la en..padan muka gak nyetizen yg suka mempitnah ni.

Selalu saman macam ini depa kena bayar berapa?
Quote jambatannetizen 9-6-2024 07:52 PM
syamzana replied at 9-6-2024 06:37 PM
leinkali jari tu kontrol jgn suka menjoyah perihal org kat public medsoc. kot kaya raya takpe la jug ...

Selalu saman macam ini depa kena bayar berapa?
Quote prettygood 9-6-2024 09:31 PM
ratu saman, menyampah aku, takhabis2 dgn saman dia. lawyer kat msia ni ulang alik court urus kehidupan remeh dia je. ni aku komen ni, jgn kena saman pulak
Quote soulmatte 9-6-2024 10:54 PM
Kalau tak saman nnt orang kata betul lah dia buat maksiat. Saman tu to proof dakwaan tu fitnah. Dia kan retis kena lah jaga nama baik diri & keluarga nya
Quote amarakasih 10-6-2024 01:33 AM
But but kelakuan semasa buat live tak takut ke dia difitnah? Lagi mengundang
Quote amarakasih 10-6-2024 01:46 AM
Btw kelmarin ada nampak IK post kat IGS
Quote Farnor 10-6-2024 01:51 AM
amarakasih replied at 10-6-2024 01:46 AM
Btw kelmarin ada nampak IK post kat IGS

Apo dia post?
Quote matjerk 10-6-2024 02:15 AM
imransulaiman replied at 9-6-2024 08:43 AM
Kenapa dia suka bergambar sambil menjeling dan mulut terbuka sedikit? Dia nak orang cakap ada iras c ...

Ada gak perasan dia suka pose ala2 nganga mulut sedikit tu....
Quote pocongkiutss 10-6-2024 03:21 AM
Biarla dia nak saman

Acik porem bias

Takkan thira kuda yahudi sochi je boleh hantar LOD kat shuringai
Quote CoffeeOverdose 10-6-2024 03:59 AM
dlu aku simpati la juga kat dia. tp bila dia selalu ugut org nak saman ni supaya org puja puji dia saja, rasa mehhhhhhh... Spptnya dia lebih professional handling benda mcm ni. nak saman, do it behind the curtain. Dh mcm meroyan pun ada.
Quote KamikuP 10-6-2024 09:56 AM
mEOLLS rasa dia suka menyaman ni dapat le extra income giteww kalau menang.. ekekek
Quote seri_mawr 10-6-2024 10:17 AM
dia ni dan saman berpisah tiada...

tp nitizen pun...jari tu x leh nak type yang elok2 ke...?
xde apa nk type usah la di type dekat IG kawan tu....

Quote marchikobonzo 10-6-2024 10:53 AM
Lahh..bagus la dia saman orang yang fitnah dia..kang tah apa pulak lagi yang netizen tu fitnah dia..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044166 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top