CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyasaran subsidi diesel: Tak kisah rakyat maki berbakul, saya ada mandat – Anwar

11-6-2024 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4287| Komen: 56

Description: KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjadi sasaran oleh rakyat ekoran penyasaran subsidi diesel yang dibuat kerajaan semalam.



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjadi sasaran oleh rakyat ekoran penyasaran subsidi diesel yang dibuat kerajaan semalam.

Dakwa Anwar, beliau diherdik dan dimaki oleh rakyat setelah kerajaan mengambil tindakan tidak popular untuk menetapkan harga baharu diesel pada tahap RM3.35 seliter.

“Saya kena maki berbakul-bakul, Perdana Menteri tidak prihatin dan tidak fikir mengenai rakyat. Dia fikir gembira sahaja pergi jalan sana sini.

“(Malaysia) Madani sudah jadi Madanon. Saya tidak ada masalah dan kita kena jawab dengan fakta,” katanya dalam ucapan sempena perhimpunan warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, pagi ini, lapor MalaysiaGazette di Putrajaya pada Selasa.

Hadir sama adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah dan timbalannya, Lim Hui Ying.

Anwar berkata demikian mengulas langkah kerajaan menetapkan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter mula semalam.

Tambah Anwar, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu bagi mengurangkan ketirisan bahan api itu kerana terdapat nelayan-nelayan negara asing turut menikmati diesel pada harga subsidi yang diperuntukan khusus kepada rakyat negara ini.

“Kita harus selamatkan subsidi diesel dan bagaimana kita boleh hilang begitu sahaja.
“Subsidi diesel RM4 bilion, RM1.2 bilion subsidi ayam dan tidak ada pihak yang mahu ambil tindakan sebab tidak popular,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau tidak kisah untuk diherdik ekoran tindakan tidak popular tersebut.

“Saya yakin dan tidak kisah untuk rakyat maki saya berbakul-bakul. Saya ada mandat saya akan lakukan.

“Bila masa saya terpaksa undur, saya akan pergi tapi sementara saya di sini, saya akan akan tetap berjuang untuk pastikan apa yang betul untuk rakyat dan Malaysia menjadi sebuah negara hebat di Asia,” katanya lagi.

Mulai semalam, harga diesel di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Sumber : Suara TV


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 11-6-2024 10:08 PM
Kununnnn tak kisah..silap maki,berangkut ke bukit aman...lanjio
Quote menjad 11-6-2024 10:10 PM
Yalahhhh.. apa2 ajer lah
Quote ctaz 11-6-2024 10:23 PM
subsidi ayam dgn disel tu bukan utk rakyat ke.....
patut la mahathir pecat ko dulu.....


Quote kemaruk 11-6-2024 10:25 PM
Zaman umno najib pon dorang ada mandat jugak

Tapi korang 24 jam hasut macam2

Maka terjebaklah acik2 sewel dan benak termakan hasutan
Quote Radzor 11-6-2024 10:27 PM
sabah sarawak takda ketirisan.
Quote kemaruk 11-6-2024 10:34 PM
Radzor replied at 11-6-2024 10:27 PM
sabah sarawak takda ketirisan.

Harga diesel di sabah sarawak tak naik sebab lebih ramai yang pakai diesel kat sana kata mereka..

So kelak petrol ron95 naik kat sabah sarawak je la.. kat semenanjung takyah naik sebab lebih ramai pakai petrol kat semenanjung..
Quote Firenzza 11-6-2024 11:07 PM
Sampai harini dia x dedah list mahakaya mcm janji nk dedah 6 kotak......

Tang warga asing seludup diesel sampai billion2 ke sempadan plk dia  xde tulur nk playback cctv kt ciq at least 10 lori tangki minyak lepas sempadan dan rakaman penguatkuasa tgh tido time lori tangki tu lalu....ikut ckp budak kementerian dia tahun ni je negara hilang puluh2 billion sbb minyak seludup tu sbb rkyt kena hukum akibat kecuaian org gomen (sapa jd gomen skrg? Tp dia ckp gomen dulu yg salah, dia je yg betul)
Quote rikiruj 11-6-2024 11:52 PM
Cakap tak serupa bikin satu hal la… tapi berani buat unpopular action says one thing jugak la.
Quote gigahertz 11-6-2024 11:58 PM
ctaz replied at 11-6-2024 02:23 PM
subsidi ayam dgn disel tu bukan utk rakyat ke.....
patut la mahathir pecat ko dulu.....

kerajaan sekarang lebih teruk dari komunis.zaman komunis dulu diorang cari bekalan makan.
diorang dapat diorang blah. kalau lawan baru di bunuh.
Quote lanacondor 12-6-2024 12:02 AM
kemaruk replied at 11-6-2024 10:25 PM
Zaman umno najib pon dorang ada mandat jugak

Tapi korang 24 jam hasut macam2

Bagus bang Kem. Antara org yg konsisten sokong bang jib. Sep sikit bang Kem.
Quote Rogue98 12-6-2024 01:16 AM
Mandat ke pantat...bangnon...tak reti manage ekonomi negara pencen jer lah...tahun depan ada date dgn usop kat mahkamah...
Quote Kiahlemau 12-6-2024 01:19 AM
Yang undi PH ni memang sial betul la
Quote fattymah 12-6-2024 02:22 AM
Firenzza replied at 11-6-2024 11:07 PM
Sampai harini dia x dedah list mahakaya mcm janji nk dedah 6 kotak......

Tang warga asing seludup d ...

Setujukkkkk... Cam nak carutz lak.. eh vavi kan
Dah pegang kerajaan still cakap cam pembangang
Quote pokokmeranti 12-6-2024 07:42 AM
kesengsaraan rakyat hari ini adalah jasa dan perjuangan tok guru tertentu dalam PAS yg mengangkat Anwar di zaman gelapnya. akhirnya parti sendiri berpecah. semoga yg pertahankan anwar diberi umur panjang utk melihat dengan mata hati kezaliman PH
Quote pagaruyung 12-6-2024 07:52 AM
Sy ulammmmm…..
Quote fattymah 12-6-2024 07:54 AM
Kenapa ayat dia selalu tergantung.. takdak isi erkkk
Quote grouper 12-6-2024 07:54 AM
Macam punca utama ketirisan ni sebab penguatkuasaan yang lemah ke cane...hauk sangat ke penguatkuasa ni buat keje tapi tau plak jumlah ketirisan tu..
Quote SWORKS27 12-6-2024 08:05 AM
zaman dier lagi teruk dari BN..
ingat lagi kata2 pujangga dia bersama penyokong penjilat tegar PH..
BN rasuah..Barang Naik..
NAH...sekarang...apa sudah jadi..

jawab la wahai penyokong, penjilat PH sekalian...senyap pasaipa??????
Quote SWORKS27 12-6-2024 08:06 AM
Kiahlemau replied at 11-6-2024 05:19 PM
Yang undi PH ni memang sial betul la

bukan setakat siyal...
barua, haram jadah semua ada....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.398323 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top