CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ina Naim buka kedai dobi, Tunai hasrat arwah suami - “Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana"

11-6-2024 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14568| Komen: 159

Description: Isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berkongsikan dia kini menjalankan perniagaan dobi di kampungnya, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.


Isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berkongsikan dia kini menjalankan perniagaan dobi di kampungnya, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Menerusi sesi live di TikTok, Ina berkata ia adalah impian arwah suaminya untuk membuka kedai dobi serta meminta segelintir individu yang memerlinya untuk membeli mesin basuh untuk membasuh pakaian.

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung. Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini,” katanya.

Sementara itu, Ina berkata dia menggunakan wang peninggalan arwah suaminya sebagai modal perniagaan serta meluahkan rasa syukur pernigaan dobinya itu tidak putus.


“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang. Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 11-6-2024 10:16 PM
royalti ke sedekah derma orang ramai???
Quote Supersirap 11-6-2024 10:24 PM
Tahniah diucapkan semoga dipermudah segala urusan
Quote missHaidiD 11-6-2024 10:27 PM
Masyuk jgk duit sedekah.  Takpe la Rezeki anak2
Quote missHaidiD 11-6-2024 10:28 PM
hokeypokey replied at 11-6-2024 10:16 PM
royalti ke sedekah derma orang ramai???

Arwah bknnya saari amri

Si tomok pun dpt belas2 hengget tak kn arwah sohai dpt puluh2 k
Quote addamnor 11-6-2024 11:17 PM
Sekolah kan anak2 tu..
Quote putericahaya999 11-6-2024 11:18 PM
Satu washer 30k.. satu dobi 300k
Byk nye duit
Quote putericahaya999 11-6-2024 11:18 PM
Satu washer 30k.. satu dobi 300k
Byk nye duit
Quote doubleA 11-6-2024 11:19 PM
Besar mana kedai dobinya? Modal mahal wei melainkan dobi bukan layan diri mungkin la mesin beli second hand. Apapun semoga anaknya bersekolah
Quote bukan_ustazah 11-6-2024 11:21 PM
Iols percaya ina ni memang pandai cari duit, dulu belom kawin pun sheols senang juga ada kereta pandai cari duit cuma lepas kawin jadi huhuhuhu
Quote cap_ayam 11-6-2024 11:30 PM
Wah bestnya ada kedai dobi.
Quote makadek 12-6-2024 12:13 AM
Asbab mosus meninggal dia bole buka dobi dn lain2.. Kalau tk. Berzuhud laaa sampai ke sudah... Ayat dia pn mcm geram je
Quote matjerk 12-6-2024 07:38 AM
Betul ke suami pernah berhasrat nak bukak dobi? Sbb x nmpk ciri2 tu pun masa hidup dia
Quote matjerk 12-6-2024 07:40 AM
bukan_ustazah replied at 11-6-2024 03:21 PM
Iols percaya ina ni memang pandai cari duit, dulu belom kawin pun sheols senang juga ada kereta pand ...

Yg ni betul. Dia org yg dah start cari duit di usia muda.... kalau dia x kawen sape2 dulu.. mesti dia jauh melangkah... n dh buat mcm2... silap2 jadi jutawqn dah.  Dia pun ada nama dah kan time tu..
Quote Moyangkucing 12-6-2024 07:54 AM
putericahaya999 replied at 11-6-2024 11:18 PM
Satu washer 30k.. satu dobi 300k
Byk nye duit

Besar modal nya tu. Banyak sungguh duit peninggalan sohai bewak kat dia ya?
Tak baik bohong tau yinnah... Nanti masuk melaka...
Quote BoongaKertas 12-6-2024 07:59 AM
iols suka baca citer yg empowering women mcm ni. such a good example. sheols a balu, she's surviving in her own ways. iols doakan yg baik2 utk ina & anak2.
Quote telracs 12-6-2024 08:16 AM
matjerk replied at 11-6-2024 11:40 PM
Yg ni betul. Dia org yg dah start cari duit di usia muda.... kalau dia x kawen sape2 dulu.. mesti  ...

Ok juga tu mat, dia kawen arwah... Ada hikmat lain yang kita tak nampak, dapat juga dia pahala isteri solehah...
Apa pun, mudah²an selepas ini dipermudahkan lagi urusannya, dia pun masih kategori muda lagi ..
Semoga menjadi ibu yang berjaya..
Semoga terbuka pintu hatinya untuk memberi pendidikan formal untuk anak²nya..
Ada rumours kata, anak² dia masuk tahfiz di sana, ok juga tu...
Quote Mamason 12-6-2024 08:25 AM
Bestnya ada business ...dobi ni laku laaa... ramai org guna especially musim ujan.
Quote wannoorazlina 12-6-2024 08:32 AM
sebagai balu, mestilah dia nak tutup aib arwah suami..
dan dia pun bagi la alasan ni keinginan arwah suami..
duit tu kita tak tau dari hasil mana, mungkin ada bahagian harta pusaka yg dah diberikan pada ina selepas arwah meninggal + duit sedekah orang ramai..
bagus la ina bukak bisnes dobi kat kampung..
dekat dengan mak ayah, anak2 lebih terurus..
Quote TomyamPuteh 12-6-2024 09:20 AM
Ina bukak dobi, nerakazen yg panas

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.107436 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top