CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niat Mahu Adakan Baby Shower Tetapi Zuriat Belum Ada Lagi, Janna Nick Sudah Lama Idam Jadi Ibu

12-6-2024 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7716| Komen: 26

Description: Dalam suasana yang penuh kemeriahan, pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, baru-baru ini mengadakan majlis resepsi kedua sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Dalam suasana yang penuh kemeriahan, pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, baru-baru ini mengadakan majlis resepsi kedua sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel mewah di Putrajaya itu, bukan sekadar perayaan ulang tahun, tetapi juga simbolik harapan dan doa pasangan ini untuk dikurniakan cahaya mata.

Janna Nick mendedahkan bahawa majlis resepsi kedua ini pada asalnya dirancang untuk tahun lalu. Segala persiapan termasuk tempahan dewan dan busana perkahwinan telah dibuat.

Namun, pasangan ini memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut kerana merasakan tiada keperluan untuk mengadakan satu lagi majlis selepas pernikahan mereka di Pulau Langkawi, Kedah.

“Memandangkan segala tempahan sudah dibayar dan wang pendahuluan tidak boleh dikembalikan, mahu atau tidak saya kena buat satu lagi majlis di sini. Jadi kami harap dengan adanya majlis resepsi kedua ini ramai yang dapat mendoakan kehadiran bayi dalam perut saya,” ujar Janna dengan penuh harapan.


Janna, yang telah mencapai banyak kejayaan dalam karier seni dan kehidupannya, kini hanya menantikan satu impian lagi – menjadi seorang ibu.

“Saya memang nak timang anak secepat mungkin kerana saya sudah mencapai segala yang diinginkan dalam karier seni dan kehidupan saya. Tiada apa lagi yang saya nak kejar selain menjadi seorang ibu,” katanya.

Dini Schatzmann, sebagai suami yang penyayang dan penyokong setia, selalu mengingatkan Janna supaya tidak putus harapan.

“Alhamdulillah ramai yang mengaminkan doa kami apabila menyebut mengenai nak timang anak. Memang itu adalah salah satu keinginan kami sekarang. Tapi dalam waktu sama kami selalu mengingatkan satu sama lain supaya jangan putus harapan dan teruskan berdoa serta perlu percaya kepada perancangan Allah SWT kepada hamba-Nya,” kata Dini.


Dini juga berharap bahawa dengan kehadiran ratusan tetamu pada majlis resepsi ini, doa mereka untuk dikurniakan cahaya mata akan dimakbulkan.

“Siapa tahu dalam ratusan tetamu yang hadir pada majlis resepsi kedua ini ada doa yang diangkat dan kami dikurniakan cahaya mata,” tambahnya.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 12-6-2024 08:34 AM
Hover nya nyah!!!.

Bacalah doa.
Bukan post sini hihi.
Quote Thunderclouds 12-6-2024 08:41 AM
Lama² nnt jd retis sejuk beku.
Fokus wat content daily life rumahtgga..struggling nk dpt anak..motherhood journey yada³..
Gitu je la demi sesuap nasik.
Quote belilies 12-6-2024 08:59 AM
Tak jumpa specialist ke? Mengadu domba kat medsoc xdpt apa melainkan title attention seeker
Quote honey_yayan 12-6-2024 09:32 AM
Buat ivf
Quote sukanyanyi 12-6-2024 09:51 AM
Edited by sukanyanyi at 12-6-2024 09:56 AM

kan betol, seperti meols saspek, sheols nak ramai org doakan, tu yg duk canang pasal ni. apa kata buat solat hajat?
n lagi satu mungkin gini la kan org yg dah ada segala2nya tp tinggal satu je lg yg dia blom dapat--jadi tak sabar mcmni. mcm nk nk nk nk jgk.
meols tahun pertama kedua kawen laki siap risau psl kewangan dulu walaupun org cakap rezeki anak tu insyaAllah cukup. so takdenya tahun pertama tu dah gelabah gini.
atau mungkin maternal instinct jana ni terlalu kuat, so dia nk nk nk nk skrg jgk.



Quote sukanyanyi 12-6-2024 10:35 AM
mmg byk kali jgk tgk psgn yg senang tu Allah uji lambat sikit dapat rezeki anak. contoh dulu tok iti. dalam family iols pun ada, di kalangan kawan2 pun ada. yg kita nampak mcm susah laju je kdg Dia bg, bersusun pulak tu. dugaan n rezeki masing2..
Quote ketambangkang 12-6-2024 10:38 AM
ni kalau ngandong kompem bergambar asyik pegang perut wlupun peyut tu kecik lagi
Quote jebatmaspunyer 12-6-2024 10:46 AM
entahlah.. doa nak anak sehabis mampu tp aurat tak sehabis mampu cover. Bukan ke video y dia rakam solat tu awalnya dia pakai seluar pendek nampak paha kan...
Quote alaa 12-6-2024 10:47 AM
rilek2 sudeh... kamu ni semua nak gebang tau. cubalah bagi misteri2 sikit, seprais sikit.
Quote divalaura 12-6-2024 10:48 AM
baru setahun dah gelabah.
aku ni 5 tahun lebih relax je.
bersangka baik dengan Allah..dalam dunia ni bukan semua benda kita nak kita dapat. Bukan semua yang kita tunggu tu akan dapat cepat.
Lagipun masih muda masih banyak peluang. Kesihatan masih baik. Iols ni nak masuk 40 dah tahun depan. redha je lah mungkin rezeki dalam bantuk lain
Quote Sazreena 12-6-2024 10:55 AM
Saya memang nak timang anak secepat mungkin kerana saya sudah mencapai segala yang diinginkan dalam karier seni dan kehidupan saya. Tiada apa lagi yang saya nak kejar selain menjadi seorang ibu,” katanya.

Selalunya lah...bila ko kata gini maka rezeki anak tu akan lambat sebab now itu adalah ujian utk ko. Semua dah dapat eh...so sabar la ye untuk diberi anugerah terindah ni. Allah tu sebaik-baik perancang. Teruskan berdoa dan berusaha. Wat lek wat pis je...xyah sampai solat tahajud and ibadah pun nak tunjuk. Jgn lupa mintak mak ko doakan sbb doa ibu tu kan xde hijab. In the mean time, ko treat dulu jiwa ko bagi tenang sbb once dah dapat anak ni it's not all about flexing the latest and most expensive baby gear etc.
Quote naina 12-6-2024 11:32 AM
sukanyanyi:  Edited by sukanyanyi at 12-6- ...


Ya setuju. Dalam dunia ni semua dia ada. Cantik,cerdik,femes,suami sayang..semua macam mudah bagi dia. Tu dia tergedik2 je. Tapi ujian anak nila buat manusia kadang2 slow down tau. Banyak muhasabah..bukan semua kehendak kita Allah beri..
Quote naina 12-6-2024 11:32 AM
sukanyanyi:  Edited by sukanyanyi at 12-6- ...


Ya setuju. Dalam dunia ni semua dia ada. Cantik,cerdik,femes,suami sayang..semua macam mudah bagi dia. Tu dia tergedik2 je. Tapi ujian anak nila buat manusia kadang2 slow down tau. Banyak muhasabah..bukan semua kehendak kita Allah beri..
Quote azimodin 12-6-2024 01:10 PM
Mungkin kena tone down & jangan terlalu berharap. I dulu sampai level tiap2 bulan beli upt berkotak2, akhirnya pregnant. Tapi Allah bagi ujian besar. Belum hilang sakit bersalin, kena angkat jenazah anak pulak. Lepas tu memang aku dah give up.. tetiba pregnant lagi. Tapi kali ni luar rahim pulak.
Tbh awal2 dulu stress jugak sebab muda lagi dah "susah" nak expand family. Sekarang i dah terima seadanya. Happy x payah bangun tengah2 malam. Keluar pon xpayah angkut stroller & beg besar.
Quote chandrahusin 12-6-2024 02:05 PM
bila takde anak sibuk nak anak
esok2 dh ada anak
stress plk anak asik melalak
dh la dia bipolar kan
Allah belum bagi tu mesti la ada hikmah
Quote zuuu 12-6-2024 02:24 PM
sukanyanyi replied at 12-6-2024 09:51 AM
kan betol, seperti meols saspek, sheols nak ramai org doakan, tu yg duk canang pasal ni. apa kata bu ...

X salah kalo nk netz doakan dia,dh nama pon selebriti,dikenali ramai,fans2 pon pasto doakan yg baik2 je even stranger pon dalam forum ni pon ada je kan kita doakan sesama sendiri walaupon xkenal irl...dia kena tone down sikit,ayat2 kat sosmed tu kalo tulis elok2 x over sangat menunjuk semua aq rasa ramai je yg sudi doakan
Quote sukanyanyi 12-6-2024 02:32 PM
zuuu replied at 12-6-2024 02:24 PM
X salah kalo nk netz doakan dia,dh nama pon selebriti,dikenali ramai,fans2 pon pasto doakan yg bai ...

Ye.. yg sbnrnya geram sbb caranya tu mcm entitled bebenor dpt sesuatu tu.. mcm terpaling..
Quote kakasotong2 12-6-2024 02:44 PM
Janna ni memang sakitla sebab memang pelik perangai dia. Macam terlebih delulu sesangat. Nak buat baby shower la apela sedangkan kau belum mengandung pun lagi. Kalau betul2 berharap sepatutnya diam je. Biasa nya bising2 bingit kecoh gini jarang Tuhan nak makbulkan hajat tu. Sian pula nengok si Dini layan perangai delulu Janna.
Quote Rogue98 12-6-2024 02:47 PM
Sejak statement dia kata sanggup masuk penjara tu tak payah lah ada anak...nanti bipolar naik ntah apa jadi budak tu..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top