CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Ada Perselisihan Faham, Saya Akan Wajib Merajuk Dulu”-Syamel Kongsi Tips Kawal Emosi Dengan Isteri

12-6-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7682| Komen: 21

Description: Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, bagaimana cara menghadapinya yang membuat perbezaan besar dalam kebahagiaan dan keharmonian sesebua ...

Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, bagaimana cara menghadapinya yang membuat perbezaan besar dalam kebahagiaan dan keharmonian sesebuah perkahwinan.

Penyanyi terkenal, Syamel, yang juga suami kepada Ernie Zakri, telah menunjukkan contoh yang baik dalam menguruskan kemarahan, dengan mencontohi cara Rasulullah SAW.


Ernie Zakri, atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkongsi mengenai sikap suaminya yang menggunakan pendekatan lembut dalam menghadapi perselisihan.

Dalam satu temu bual podcast, Ernie menceritakan bagaimana Syamel selalu mengingatkannya tentang teladan Rasulullah SAW dan isteri baginda, Aisyah RA.


“Kalau ada perselisihan faham, saya akan wajib merajuk dulu. Jika tak merajuk, saya tak puas. Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya ialah tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan sebegitu dalam hubungan,” kata Ernie.

Ernie juga mengakui bahawa Syamel sering kali memilih untuk beralah dalam setiap pertengkaran mereka, melihatnya sebagai satu bentuk kemenangan.

Bagi Syamel, mengalah tidak bermaksud kalah, sebaliknya, ia adalah cara untuk mengembalikan hubungan yang harmoni dan memperoleh keberkatan dalam rumah tangga.

“Saya adalah orang yang kalau marah, memang marah betul tetapi pada akhirnya, memang suami saya yang akan beralah. Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan.

“Dia beralah dan kata dia dapat balik hubungan serta keberkatan dalam rumah tangga. Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah dan perkara itu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam, tak mengapa, semua ini boleh selesai,” ujar Ernie.


Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.

Keharmonian dalam rumah tangga mereka adalah hasil daripada usaha bersama untuk memahami dan menghormati satu sama lain, serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 12-6-2024 09:31 AM
Kalau iols majuk memang tak jalan la pujuk biasa2
Quote fattymah 12-6-2024 09:56 AM
Khawla.comei betul la semalam kat meletopz.. perangai cute sungguh
Quote sukanyanyi 12-6-2024 10:18 AM
mmg nampak mcm ernie serius sket n syamel klaka2 cool.. ok la tu saling melengkapi
Quote ketambangkang 12-6-2024 10:40 AM
pelik kenapa netizen ckp ank dia x comel...comel je aku nengok
Quote jebatmaspunyer 12-6-2024 10:42 AM
Jarang2 lah org lelaki boleh control ego dia. Semoga perkahwinan dorang diberkati Allah s.w.t.
Quote I.K.A888990 12-6-2024 11:22 AM
ala ala comelnya baby
mata sama mcm erni...kiut miut
Quote Lavender_Violet 12-6-2024 01:17 PM
Untunglah dpt laki yg beralah ni & pujuk dgn lembut
Hmmmmmm
Quote Lavender_Violet 12-6-2024 01:17 PM
Untunglah dpt laki yg beralah ni & pujuk dgn lembut
Hmmmmmm
Quote sukacactus 12-6-2024 02:05 PM
Laki aku apa2 pun akn say sorry dl, even selalunya dia xtau pun apa salahnya
Pada aku la, communication tu sgt2 penting
Apa2 tak puas hati korang cakap je kat pasangan
Orang laki terutamanya bknnya reti nak baca2 sign, clue bagai ni
Quote Kurex 12-6-2024 04:12 PM
dia memang taste lelaki lembut nyehhhhhh
Quote manamana123 12-6-2024 04:15 PM
Merajuk tu tanda sayang tau
Quote supernaturalee 12-6-2024 05:06 PM
Quote NuansaBiru 12-6-2024 06:36 PM
sukacactus replied at 12-6-2024 02:05 PM
Laki aku apa2 pun akn say sorry dl, even selalunya dia xtau pun apa salahnya
Pada aku la, communic ...

Bertuah lah dpt laki ringan mulut nak say sorry nih walau tatau salah apa
1.Ni tak, jenis taknak kalah, dah terang2 salah dia pun gi twist pusing keliling, last2 kita yg give up
2.Sudahnya bagi silent treatment jah 2,3 ari, tu jah makanan dia, merasalah kau jadi mcm onggila cakap sorang2 dgn dinding
3.Tu pun hasilnya 50/50 jah, ada masa dia akhirnya akan mintak maap dan rectify whatever shit that he did, ada masa mmg sampai sudah tak say sorry pun, tapi diam2 dia buat tu, buat ni, nak beli jiwa kita lah tu . Well, some people mmg their love language is thru acts of service pun...dah kitonyo pun mudoh benar cair ikut tu

4. Repeat 1-3

Tup tap tup tap, sudahnya tua sama2...  
Quote sukacactus 12-6-2024 06:45 PM
NuansaBiru replied at 12-6-2024 06:36 PM
Bertuah lah dpt laki ringan mulut nak say sorry nih walau tatau salah apa
1.Ni tak, jenis ta ...

Hahaha ala sian!
Laki aku jenis xnak lgsg ada silent treatment ni
Dia xleh duduk
Even kalau aku majuk kurang bercakap pun mlm2 tido still sama2 pegang tangan kah3
Alhamdulillah nak kata lama tak lama, baru pun tak baru berumahtangga ni, tahun depan dah masuk 25 tahun dah
Quote NuansaBiru 12-6-2024 07:11 PM
Edited by NuansaBiru at 12-6-2024 07:14 PM
jebatmaspunyer replied at 12-6-2024 10:42 AM
Jarang2 lah org lelaki boleh control ego dia. Semoga perkahwinan dorang diberkati Allah s.w.t.


Dlm drama2 tontonan acik2 pada waktu maghrib, watak hero hensem wajib ego, moody, dingin dan sewaktu dengannya berair2 acik2 semua dibuatnya
Walau in real life, hanya mereka yg mengalaminya saja yg tau hazabnya bagaimana hidup dgn jantan sebegini

Karakter lelaki macam syamel itu hanya layak sebagai watak jantan lembut kawan baik heroin kerja kedai bunga, salun rambut, butik pengantin
Walau in real life, mungkin lelaki mcm syamel itu yg lebih menyenangkan hati isteri dan lebih menghargai isteri
Quote CiliPadiSedap 12-6-2024 07:28 PM
semua perangai kaka dah hadap ..
Quote TeropongThaico 12-6-2024 08:03 PM
Alahai mata baby...  Geyamnya tgk
Quote izat123 12-6-2024 09:07 PM
NuansaBiru replied at 12-6-2024 07:11 PM
Dlm drama2 tontonan acik2 pada waktu maghrib, watak hero hensem wajib ego, moody, dingin dan sewak ...

Drama melayu memang kebanyakannya lelaki baik jadi second hero yang tak dipilih heroin je kan? Hujung hujung heroin akan tetap berbalik kepada hero yang asshole tapi hujumg episode dah insaf sweet sweet sikit haha.
Quote epuepy 12-6-2024 10:43 PM
NuansaBiru replied at 12-6-2024 07:11 PM
Dlm drama2 tontonan acik2 pada waktu maghrib, watak hero hensem wajib ego, moody, dingin dan sewak ...

So true! Karakter mcm syamel ni lagi menyenangkan in real life. Sejenis kelakar, n pandai pujuk. Sama mcm arwah bapak aku. Mmg rumah sentiasa riuh and happening.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057340 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top