CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johor Mohon 30% Hasil Cukai Negeri Dikembalikan Untuk Pembangunan ‘Bangsa Johor’

12-6-2024 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4982| Komen: 41

Description: Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat adalah tidak salah Johor membuat permintaan khusus


Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat adalah tidak salah Johor membuat permintaan khusus itu.

Umum mengetahui, cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap individu, syarikat atau perkhidmatan. Ia merupakan hasil yang akan digunakan dalam sesebuah pembangunan negara.

Oleh sebab itu, cukai dilihat sebagai instrumen penting dalam membentuk dan membangun sesebuah negara itu.

Terbaharu, Kerajaan Johor memohon sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberi kepada negeri itu.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, permohonan itu bertujuan untuk memastikan ‘Bangsa Johor’ menikmati pembangunan yang lebih baik.

“Selari dengan dengan titah DYAM Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail baru-baru ini, kerajaan Johor telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberikan kepada Johor.


“Perkara ini penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk segala pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Jelas Onn Hafiz, permohonan itu telah dibuat ketika sesi terima mengadap Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican semalam (11 Jun).

Pertemuan itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar Sarman.

Dalam hantaran sama, Onn Hafiz memaklumkan terdapat perkara lain yang turut dibincangkan seperti cadangan pembinaan persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sungai Sedili Besar serta program pemuliharaan Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru.

“Turut dibincangkan adalah projek khas berimpak tinggi negeri Johor iaitu cadangan pembangunan Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bagi sistem pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia dan cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) dari Mersing – Kota Tinggi – Johor Bahru,” ujarnya lagi.

Loading FB Post...

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat adalah tidak salah Johor membuat permintaan khusus itu.

Ini kerana kerajaan Persekutuan sebelum ini banyak melayan permintaan Sabah dan Sarawak.

“Maka apa salahnya Johor buat permintaan khusus. Ini bukan soal Sabah dan Sarawak ada MA63. Ini soal ‘keperluan, kebolehan dan empowerment. Ia tidak lari dari konsep federalisme.

“Johor ada keperluan mendesak untuk sistem pengangkutan awam dan infrastruktur canggih. Matlamat Maju Johor 2030 adalah nyata,” tulisnya di Facebook.

Loading FB Post...

Pada Ahad (9 Jun) yang lalu, Tunku Mahkota Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dalam satu kenyataan baginda di sesi podcast yang berlangsung pada Program Johor Youth Meet-up mencadangkan negeri itu mewujudkan Gabungan Bangsa Johor agar sentimen politik dan kepentingan negeri diputuskan oleh rakyat negeri itu sendiri.

Tambah baginda, gabungan itu boleh memperbaiki sistem di negeri Johor demi kepentingan kehidupan generasi masa hadapan.

“Kita perlu lihat kepentingan sesuatu agenda itu apa yang memberi manfaat kepada negeri kita. Sampai bila Johor nak jadi pengemis.

“Biar Johor jaga kepentingan negeri kita sebab di Putrajaya, mereka tidak faham sentimen keperluan kita, saya nak tengok yang bangunkan negeri ini anak-anak Johor, bukan orang lain.

“Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dengan ada gabungan ini.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titah baginda menerusi sesi tersebut.


Sumber : Astro Awani/Sinar Harian/Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 12-6-2024 12:18 PM







..........
Quote Babai 12-6-2024 12:18 PM







.............
Quote airmineral 12-6-2024 12:56 PM
kenapa perlu ada istilah "Bangsa" johor? iols rasa mcm assobiah sgt
Quote azimodin 12-6-2024 01:00 PM
Ye la.. bangsa J je la yg kasta dia tinggi dari rakyat malaysia yg lain. Kenapa x mintak bangsa J masuk dalam detail IC sekali.
Quote najib888 12-6-2024 01:05 PM
Bangsa J je ke perlukan pembangunan? kalau macam tu, semua negeri la perlu minta balik 30% cukai dikembalikan pada negeri...

dan lepas ni, urusan penambahbaikan jalan2 persekutuan dan lain2 dibawah bidang kuasa federal, kerajaan negeri yg uruskan.  bila semua negeri yg uruskan, apa fungsi federal government?

apa punya starement la nak banding dengan Sabah & Sarawak..
Quote bayan_nuri 12-6-2024 01:10 PM
aku tak play video atas tu, tapi macam ternampak statement "J bukan milik Malaysia"


eh J dah keluar Malaysia ke?
Quote lostnfaun 12-6-2024 01:52 PM
najib888: Bangsa J je ke perlukan pemban ...


Terfikir juga mana mungkin Johor boleh mula sendiri tanpa bantuan dari Federal. Federal bantu & modalkan dr tanah yg kosong sehingga maju. Jadi hasil dr modal mesti Federal nak ambil untung & modal dia utk agih ke negeri lain plak.

Kalau Petronas tak modalkan buat Pengerang, Khazanah buat Legoland dan lain² lagi, tiada tarikan pelaburan akan masuk.

Sabah, sarawak ada hasil bumi pastu diorg ada MA63.
Quote Thunderclouds 12-6-2024 02:12 PM
Edited by Thunderclouds at 12-6-2024 02:13 PM

Bil aku bangsa j claims j kalo kuar dr mesia muleh jah survive & jauh lg maju dr mesia.
Sotan dia reta xabeh leh bgnkn negeri dia independently.
Aku iyakn aja lah.
Harap jd kenyataan 1 hr nnt.
Quote TeropongThaico 12-6-2024 03:06 PM
Apa beza bangsa j dgn lain2 org dkt mesia ni? Darah warna lain2 ke mcm mn. Dulu masa duduk sana aiol tgk sama je muka berminyak berlubang mcm aiol. Telinga pun takde la yg runcing2 mcm dlm movie tu. Apa bezanya
Quote TeropongThaico 12-6-2024 03:06 PM
Edited by TeropongThaico at 12-6-2024 03:09 PM

Triple post
Naya
Quote TeropongThaico 12-6-2024 03:06 PM
Edited by TeropongThaico at 12-6-2024 03:08 PM

Double post
Quote TeropongThaico 12-6-2024 03:06 PM
Edited by TeropongThaico at 12-6-2024 03:10 PM

Apa kena dgn forum ni
Mahap le ye dia buat perangai lak
Quote kasibiman 12-6-2024 03:55 PM
lostnfaun replied at 12-6-2024 01:52 PM
Terfikir juga mana mungkin Johor boleh mula sendiri tanpa bantuan dari Federal. Federal bantu & mo ...

Sarawak dgn autonomi dia kita boleh nampak tahap kemajuan Dan kemakmuran ekonomi sejak 15 tahun lepas.

Sedangkan negeri2 semenanjung duit dok habis kat tembolok umno dengan curah duit kat langkawi.

Kau rasa?

Kelantan meratib tu kes lemah sbb mmg ekonomi lemah.

Penang lantang nak lebih autonomi dlm Hal ekonomi disokong pegangan dlm E+E.

Johor pulak sekarang lantang bersuara.



Quote kasibiman 12-6-2024 03:59 PM
Kalau duit tu dulu tak buat benda bodoh MC curah kat langkawi, kayakan realmild, buat lapisan kroni, buat pelaburan utk rail connectivity, beri agihan kekayaan negara secara lebih saksama Dan uphold spirit of "persekutuan" dlm Malaysia isu ini takkan timbul
Quote KamikuP 12-6-2024 05:17 PM
Kalau J bukan sebahgaian dari Malaysia, no komen
Quote TeropongThaico 12-6-2024 05:44 PM
Kalau nak bg dkt bangsa j harap jgn lupa warga utk huruf lain di mesia ni juga. Bg sama adil jumlah yg sama. Amboi tak sempat sebulan dah minta mcm2
Quote Babai 13-6-2024 08:55 PM
Thunderclouds replied at 12-6-2024 02:12 PM
Bil aku bangsa j claims j kalo kuar dr mesia muleh jah survive & jauh lg maju dr mesia.
Sotan dia re ...

Silakan buat. Kita semua nak tengok.
Quote sharlenetexas 13-6-2024 09:07 PM
Gelilah dengar sikit2 bangsa j sikit2 bangsa j. Tak rasa bangga jadi bangsa Malaysia ke?


Quote izwan_izi 13-6-2024 09:27 PM
Driver plat J...antara driver paling hanat diatas jalan raya semenanjung..diikuti rapat oleh plate P dan D....

Kebanyakkan kes2 viral jalan raya biasanya melibatkan plate J, P dan D...

Plate A-B-C-K-L-M-N-R-S-T-Q-W jarang benar viral akibat kesalahan trafik..

J plate mmg jenis gopoh gapah nk cepat sb terbawa2 perangai nk lintas tambak time rush hour ke..?


Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057883 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top